Latest News

Kota Belud: Disebalik Dakwaan Pembangkang

1. Tulisan Portal Pembangkang The Malaysian Insider (TMI), berasaskan temubual dengan seorang pemimpin PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh, serta temubual dengan beberapa pengikut beliau, sudah tentu mengandungi semua kejelekan bukan sahaja kepada wakil rakyat akan tetapi kerajaan yang memerintah.

2. Melalui tulisan itu tiga isu yang ditimbulkan- Kota Belud tiada mercu tanda yang dibanggakan mesikpun pernah diwakili oleh tiga Ketua Menteri dan kini dua Menteri Persekutuan serta Speaker Dewan Rakyat , akutnya masalah air bersih dan kesesakan jalan di pekan.

3. Kota Belud walaupun hanya satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dun, akan tetapi keluasannya sama dengan Negeri Perlis. Kawasan permukaan bumi yang berbukit bukau, mempunyai pantai yang terpanjang di Pantai Barat Sabah atau malah di Malaysia, dengan sumber pendapatan rakyat daripada pertanian, perikanan dan perkebunan.

4. Kota Belud tidak mempunyai sumber harta karun lain seperti kayu balak, perladangan besar, kecuali di perairannya terdapat pelantar minyak.

5. Tulisan TMI itu, sebenarnya bertujuan provokasi dan tidak menggambarkan keadaan sebenar serta bukan berasaskan kepada keadaan sebenar di lapangan. Tulisan itu membunyaikan fakta sebenar dan mempunyai niat jahat. Apa yang gagal diutarakan oleh tulisan itu, sejak Bn menjadi Kerajaan negeri bermula tahun 1994, lebih RM700 juta ringgit dibelanjakan bagi kawasan tersebut, temasuk membina bypas daripada Tuaran, serta jalan ke Kudat. Selain itu, pembangunan baru Pekan Kota Belud sedang dalam pelaksanaan serta Jelapang Padi yang berkos RM1bilion.

6. Isu kedua yang ditumbulkan melalui TMI itu, iaitu masalah Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) sebenarnya sudah sekian lama menjadi perhatian para pemimpin Kota belud, malah semasa kempen PRU-12, calon BN pada masa itu Dato Rahman Dahlan telah menjadi satu bahan kempen beliau, bahawa masalah BALB akan diselesaikan secepat mungkin. 

7. BALB untuk berjaya maka loji penapisan air perlu ada, untuk itu pada Tahun 2009, dicadangkan untuk membina Empangan Tambutoan di kawasan Kedamaian. Sebaik sahaja cadangan itu dinyatakan, Pembangkang yang diketuai DAP menghasut rakyat untuk menolaknya, malah Pemimpin DAP Lim Kit Siang sanggup turun daripada Kuala Lumpur untuk datang dan tidur di Kg Tambutoan bagi mengumpul rakyat kampung itu agar menolak pembangunan empangan tersebut.

8. Pembangkang termasuk Jalumin Boyogoh calon PKR bagai kawasan Parlimen Kota Belud pada PRU-12 (bukan PRU-13 sepertimana tulisan TMI) berkempen di kawasan Kedamaian agar menolak pembangunan empangan tersebut, dengan berbagai kenyataan yang bersifat menghasut dan meruncingkan rakyat.

9. Akibat kempen negatif terhadap empangan Tambutoan, maka pada PRU-13, calon Bn bagi DUN Kedamaian tewas kepada calon PKR, dan semua kawasan Pusat daerah mengundi kawasan itu bagi Parlimen, Bn tewas.

10. Kini, selepas pembinaan Empangan Tambutoan, tidak diteruskan untuk sementara waktu, maka pembangkang mempolitikkan pula, masalah BALB. Kenyataan pembangkang tersebut, sama dengan marah dengan nyamuk, akan tetapi telah membakar kelambu.

11. BALB Kota Belud, akan terselesaikan sudah, jika empangan Tambutoan dibina, malah, jika empangan tersebut berjaya dibina, impak gempa pada 5 Jun yang melanda Gunung Kinabalu, tidak merosakkan sepenuhnya loji air Bayayat, dan sungai Kedamaian, kerana aliran air lumpur daripada kaki gunung tersebut akan terperangkap oleh empangan tersebut.

12. Tulisan TMI yang memetik Jalumin, memang bermaksud jahat, kerana gagal mengutarakan, punca sebenar masalah air Kota Belud.

13. Isu ketiga, iaitu kesesakan di Pekan. Secara jujur, bagaimana hebatnya pemimpinpun, tidak akan dapat menyelesaikan kesesakan jalan di Pekan. Sebabnya selain keluasan pekan yang kecil, dengan jumlah rumah-rumah kedai yang begitu banyak, serta banyaknya kenderaan yang keluar masuk, maka sudah menjadi adat sesebuah pekan, jika keadaan berlaku, maka kesesakanlah yang berlaku.

14. Apa yang sengaja tidak dinyatakan oleh Jalumin, bahawa akibat pendapatan rakyat Kota Belud yang meningkat, maka pemilikan kenderaan hampir merata untuk setiap rakyat. Peningkatan pemilikan kereta, tidak dapat ditampung oleh kawasan pekan yang berkeluasan kecil. Penambahan keluasan Pekan Kota Belud, sukar dilakukan, kerana terpaksa menebuskan guna tanah-tanah milik rakyat, dan jika tindakan itu yang diambil, ianya menjadi kemarahan rakyat lagi. Mungkin, jika pembangkang menjadi pemerintah di suatu hari kelak, tindakan itu bakal ditempoh.

2 Responses to "Kota Belud: Disebalik Dakwaan Pembangkang"

Anonymous said...

Saya ada lah seorang rakyat biasa yang bukan ahli kepada mana mana parti politik. Bukan juga ahli mana mana NGO. Jadi komen saya ada lah ikhlas dan tidak memihak. Bukan semua perkara yang Pembangkang kemukakan tidak betul. Bukan juga semua yang Kerajaan BN cakap itu sudah tentu betul dan diterima rakyat.
Saya anggap soal soal merapu seperti tanda merchu - bangunan tinggi agaknya - ada lah remeh. Tak payah lah. Projek dekat padang bola dipekan itu pun sudah hampir setahun tergantung gantung. Saya lebih tertarik mengenai isu jelapang padi, isu BALB dan isu empangan Tambatuon, yang semuanya kelihatan berhubung kait.
Persoalaan mengenai daerah Kota Belud yang sangat luas yang setanding Perlis lebih condong kepada persoalaan akademik. Kalau mahu dimajukan, keluasan bukan masalah. Kalau ada kawasan ladang sawit atau kayu balak atau pelantar minyak pun tidak akan membawa apa apa erti. Sektor pekerjaan ini didominasi oleh warga asing dan PATI. Orang tempatan tidak mahu jolok buah sawit atau tebang balak. Kerja dipelantar minyak perlukan kemahiran. Yang menjadi masalah ia lah ketiadaan 'political will' pemimpin. Sejak bila Kerajaan BN kekurangan wang untok memajukan sesuatu kawasan? 2 menteri penuh 1 Speaker Dewan Rakyat yang bertarap menteri. Mereka hanya perlu petik jari kalau mahukan sesuatu projek pembangunan. Ada mereka minta selama ini?. Dulu Ketua Menteri/Menteri Kerjaraya/Menteri pertanian/Pembantu Menteri/TYT, apa yang mereka tinggalkan yang menjadi kenangan dan legasi diKota Belud? Mungkin Yick Ming lebih berjasa kerana bangunkan banyak rumah kedai dan Taman Nikmat..salah?
Tukang jam tua ini lebih mempunyai kesungguhan dan 'will power' untok membantu rakyat. Ramai orang Kota Belud yang ada kedai dan perniagaan. Kalau bukan taman perumahan yang dia bena, majoriti kakitangan kerajaan/guru masih menumpang dirumah emak bapa sampai sekarang.
Bila cerita mengenai jelapang padi, cerita peruntukan ribu juta, petani mulai beranggan macam macam. RM1,000 juta hanya untok bangunkan jelapang padi diKota Belud. Tidak nampak sangat hasil pelaburan besar ini. Hanya minggu lepas saya nampak seorang petani yang berasal dari kawasan jelapang padi malu malu beli beras 3 kilo dipasar tani. Kenapa petani beli beras?
Dulu sebelum PRU13, beria ia sangat Kerajaan mahu bena empangan dikampung Tambatuon yang hampir 35 km dari kawasan jelapang padi. Kampung ini terletak tidak berapa jauh dari kaki gunung Kinabalu, dan sentiasa terdedah kepada gempa bumi. Tidak jauh sangat dari Pacific
Ring Of Fired ditimur. Kejayaan BALB sekarang dikaitkan pula dengan empangan. Begitu juga dengan jelapang padi. Projek ini memerlukan air dari empangan. Kalau mahu BALB berjaya, kenapa tidak naik tarap kapisiti pam air yang sedia ada? tambah 30/40 booster tank dan letak ditempat yang strategik. Kampung yang jauh dari pekan bekalkan dengan paip graviti atau paip dalam tanah. Semua dijamin dapat bekalan air bersih. JPS hanya perlu naik tarap/bena sistem pengairan yang sedia ada dari sungai Kedamaian dan Wariu. Tak perlukan empangan kerana ianya membawa lebih banyak keburukan dan kemusnahan dari kebaikan.
Soal kesesakan dipekan rasanya masih boleh diperbaiki. MDKB hanya perlu lebih proaktip dan memandang kedepan. Jangan hanya asyik rancang bena kedai tapi jalan keluar masuk tidak berapa diambil kira. Kedai dekat Bank Rakyat/simpang pasar tani/simpang pejabat pos/simpang 3 belakang Shell/susur keluar dekat masjid/simpang depan panggung lama bakal minta nyawa. Jangan tunggu sampai ada yang mati dulu baru nak cat jalan atau buat papan tanda. Belanja rm700 juta sejak 1994 didaerah ini tidak masuk pembesaran jalan dalam pekan?

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Blog Archive