Sunday, May 24, 2015

Teruk Betul Kah Imej DS Najib?

1. Imej yang bagai mana DS Najib perlukan? sehingga melantik Tan Sri Lim Kok Wing pemilik Universiti yang bernama sama?

2. Di peringkat antarabangsa, nama beliau cukup gah, sehingga boleh menemani Presiden Barack Obama bermain golf, di kala presiden Amerika itu sedang bercuti di Hawaii hujung tahun lalu.

3. Media arus perdana, saban hari, saban jam membawa berita berkaitan Perdana Menteri.

4. AYT tertanya-tanya, imej apa yang diperlukan Perdana Menteri?

5. Kalau melantik juru-juru cakap berkaitan dengan isu-isu yang melanda negara seperti GST, 1MDB, kenaikan harga barangan, serta penguraian berkaitan RMK-11. AYT fikir wajar dilakukan.

6. Perdana Menteri sebenarnya memerlukan juru-juru cakap rasmi, di mana mereka-mereka itu mempunyai merit dan dan jenama, di mana kenyataan-kenyataan mereka boleh diyakini dan dipercayaai rakyat.

7. Jika adanya juru-juru cakap tersebut dengan diimbangi berbagai program yang menarik minat rakyat, maka dengan sendirinya, imej Perdana Menteri akan naik dengan sendirinya.

5 comments:

Anonymous said...

Memalukam kaum bugis saja si najib ni

Anonymous said...

Berhubung 'kesilapan' 'fakta' oleh Najib semasa memberikan jawapan bertulis kepada semu ahli parlimen termasuklah Speaker pada bulan March yang lalu, pasal apa boleh berlaku 'kesilapan' boleh berlaku atau 'kesilapan' itu disengajakan dengan harapan tak akan terbongkar.

Tetapi bila makin banyak Najib kelentong, bila makin banyak para Abu Jahal Tukang Jawab Najib merapu itu dan ini, akhirnya makin banyak dah terdedah.

Kalau betul kesilapan, mengapakah dalam tempoh sebulan lebih ini, pendedahan dari macam-macam sumber termasuk pendedahan oleh Sarawak Report, dari Tun Dr. Mahathir mengenai sebenarnya yang disimpan di BSI Singapore Limited itu bukannya wang tunai USD 1.103 bilion, tetapi paper asset yang tak diketahui jumlahnya, mengapakah ketika itu pihak Kementerian Kewangan terutama Menteri Kewangan mengambil berat dan membetulkan apa yang dikatakan 'kesilapan' tadi?

Tindakan mendiamkan diri dalam tempoh sebulan lebih ini oleh Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan adalah boleh dianggap cubaan untuk menipu sidang dewan dan menipu kerajaan Malaysia bagi tujuan tertentu yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Najib dan orang-orang berkaitan di Kementerian Kewangan perlu ditangkap dan disiasat dan didakwa di mahkamah, kerana bukti penyelewengan dan jenayah yang mereka lakukan itu adalah sangat jelas.

Pihak berkuasa perlu bersikap telus di mana ketika ini kepercayaan rakyat terhadap Najib sangatlah rendah, kepercayaan kepada kerajaan juga adalah rendah walaupun tidaklah serendah kepercayaan rakyat terhadap Najib, jangan sampai agensi kerajaan juga tidak dipercayai oleh rakyat kelak.

Tindakan tegas perlu diambil kerana apa yang dilakukan itu sangatlah menjejaskan maruah serta merugikan kerajaan dan negara serta rakyat. USD 1.103 bilion itu adalah wang hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, jika 1MDB gagal membayarnya maka kerajaan yang kena bayar, gunakan wang perbendaharaan negara yang sepatutnya digunakan untuk buat sekolah, buat hospital, buat jalan raya, buat jambatan, serta pembangunan lain untuk rakyat. USD 1.103 bilion itu jika ditukarkan ke nilai RM mencecah lebih kurang RM 4 bilion, jadi ini melibatkan kepentingan negara, kerajaan, dan rakyat, oleh itu, tindakan tegas perlu diambil dengan kadar yang segera yang boleh.

Anonymous said...

Kita tunggulah jawapan dari Ketua Polis Negara pula, laporan polis dah dibuat, kita lihatlah apakah Ketua Polis Negara jujur atau bersekongkol dengan suspek jenayah penipuan ini.

Nak harapkan Speaker Parlimen, memang tak boleh diharap, dah dapat tandas baharu, dah dapat perabot baharu, dapat buat ubah suai di pejabatnya, maka dia pun sayangkan sangat dengan jawatannya hingga tidak mempedulikan lagi tanggungjawabnya sebagai Speaker Parlimen lagi. Hingga kini tak ada kenyataan dari Speaker Parlimen berhubung perkara ini.

Anonymous said...

sangat teruk mohon terasa

UMNO PARTI PENJARA said...

...

Muhyiddin Mahu Hantar 200 Surat Ke UMNO BHG Tolak Najib?

https://youtu.be/zEJma8Ld5fM
https://youtu.be/KtM1vqPEBOc
https://youtu.be/mgssNnX_sZA

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<



Singkir Najib, Naikkan Mukhriz - Tun M Busuk Hingga Ke Usus!

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<



MAKIN Tolol - Puteri UMNO Menyalak Lagi Dari Caw ke bhg ke PAU 2015!!

Sumber Berita


>>>Klik Di Sini<<<

Blog Archive