Latest News

1MDB Akhirnya Akan Dibubar

1. Syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan 1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009, akhirnya akan dibubarkan menjelang awal tahun depan.

2. Syarikat itu, sejak penubuhannya mengundang berbagai kritikan dan dakwaan, dan memuncak sejak akhir-akhir ini.

3. Dakwaan terhadap syarikat itu termasuk kononnya sebahagian pinjaman yang berjumlah RM42 bilion telah lesap.

4. Dewan Rakyat pada khamis diberitahu bahawa sehingga 31 Mac 2014, 1MDB mempunyai nilai aset bernilai RM51.4 bilion yang terdiri daripada RM19.5 bilion aset mudah cair dan RM31.9 bilion bukan tunai.

5. Dewan Rakyat juga diberi tahu, bahawa antara aset bukan tunai syarikat tersebut adalah tanah TRX dan Tanah Bandar Malaysia.

6. Aset lain syarikat tersebut antara lain 94.69 hektar (234 ekar) tanah di Pulau Pinang, 13 buah IPP dan satu kemudahan penyulingan yang tersebar di 5 negara.

7. Dalam proses membubar syarikat itu, satu tindakan mengurangkan beban hutang sedang dijalankan. 

8. Pada hari ini, Menteri Kewangan Ke-2 telah mengumumkan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut, antara lain melalui perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar, di mana IPIC akan menyalurkan USD1 bilion untuk digunakan membayar hutang syarikat daripada konsertium perbankan antarabangsa yang berjumlah USD975juta.

10. Juga melalui rasionalisasi 1MDB akan ditubuhkan tiga syarikat yang berdiri sendiri, TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga- Edra.

11. Melalui cadangan rasionalisasi tersebut, dijangka hutang 1MDB akan berkurangan sehingga RM16bilion.

12. Masalah utama syarikat tersebut adalah aliran tunai, sehingga sukar membayar obligasi pinjaman jangka pendek. 

13. Akhir tahun lalu, syarikat tersebut terpaksa meminjam RM2bilion untuk membayar hutang, selain saluaran kewangan daripada kerajaan yang berjumlah RM970juta. 

14. Pada April, syarikat tersebut terpaksa menjual 1.6 ekar tanah miliknya kepada TH Property sebanyak RM188juta untuk membayar obligasi pada 9 Mei.

15. 1MDB menjadi duri dalam daging pentadbiran Perdana Menteri, sehingga menyebabkan beberapa pemimpin utama Umno mengeluarkan kenyataan tidak menyebelahi syarikat gergasi itu.

16. Entah apa yang difikirkan oleh lembaga pengarah dan pengurusan syarikat tersebut sehingga meminjam sehingga RM42bilion sedangkan modal berbayar hanya RM1juta.

17. Terlalu agresifnya pengurusan dan lembaga pengarah, sehingga rancangan bisnes tidak diimbangi dengan aliran tunai.

18. Akhirnya satu syarikat yang pada awalnya difikirkan berdaya maju, akhirnya akan dibubarkan.

19. Pentadbiran Najib dikejar masa untuk menyelesaikan kemelut syarikat tersebut, kerana ianya satu alat yang digunakan oleh mantan Perdana menteri- Tun Dr Mahathir mendesak beliau meletakkan jawatan.

20. Hanya kerana kemelut IMDB, para pemimpin Umno bercakaran. 

21. Apapun, AYT berharap, kalaupun marahkan nyamuk, janganlah bakar kelambu.

3 Responses to "1MDB Akhirnya Akan Dibubar"

Amri Rohayat said...

IMDB akan dibubarkan awal tahun depan? Sukatilah. Cuma harap jangan lupa jawab soalan. Kalau tak boleh bagitau ke mana pergi 27 bilion pun tak pe -- kita faham, banyak gila kan. So bagi tau kat mana pergi duit dari Cayman berjumlah USD1 bilion tu pun cukuplah. Ya, duit yang katanya "sudah ditebus" dan terpaksa diparkirkan di Singapura sebab regulasi Bank Negara yang menyusahkan tu. Masih ingat? Yang Presiden IMDB beritahu Singapore Business Times, TUNAI tu ada, dia dah tengok statement dengan mata kepala sendiri tu. Kemudian perkara sama diberitahu kepada Parlimen oleh... Menteri Kewangan? Perdana Menteri? Penasihat IMDB? Tak pasti kapasiti mana satu, kitapun dah pening. 2 bulan selepas tu konsortium bank di Singapura menuntut balik loan bersandarkan jumlah yang sama. Tiba-tiba berlaku pembetulan di Parlimen -- bukan TUNAI, tapi ASET. Kemudian seminggu selepas tu, bertukar dari ASET menjadi "UNITS, Just Units". Ingat tak? Deposit USD1 bilion tunai/aset/units just units yang dicagarkan sebagai loan yang dituntut oleh bank berkenaan sehinggakan tiba-tiba semalam ada perjanjian betul-betul untuk USD1 bilion -- juga! Nombor keramat, 1 bilion ni, ya -- dan tunai tersebut harus dibayar -- dengan spesifik sekali! -- sebelum tarikh 4hb Jun. Wah. Cepatnya! Anyway. Ya. USD1 bilion _itu_. Boleh explain kat mana dia?

Anonymous said...

Ini soal CBT, bang. Serious crime. And involving bukan singgit dua, malah berbilion. Takkan abang nak tutup mata atau join sokong suatu perbuatan yang mungkin melibatkan CBT?

Anonymous said...

Belum terbukti ada CBT pun. Yg ada mungkin miss management. Tapi cita2 1MDB ni memang baik untuk rakyat dan negara.

Blog Archive