Latest News

DAP Kalah- Sebab Pilih Calon Melayu: Guan Eng

Lim Guan Eng membuat kesimpulan; bahawa kegagalan DAP mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan disebabkan meletakan calon melayu.

Pengundi cina penyokong DAP belum bersedia menerima calon bukan cina, antara penyebab kekalahan DAP.

Selain faktor calon, DAP juga mengakui bahawa penyumbang kekalahan disebabkan kurangnya pengundi luar kawasan turun mengundi. 

DAP atau PKR dan PAS sangat tergantung kepada pengundi luar kawasan. Sebenarnya pengundi luar kawasan adalah penyumbang kepada kemenangan parti-parti pembangkang pada PRU-12 dan PRU-13.

BN telah mengambil iktibar itu, atas sebab itu, pada PRK Teluk Intan, tidak mengatur kepulangan pengundi-pengundi luar kawasan. Benar juga, strategi itu berbaloi; dan berjaya merampas kerusi Teluk Intan yang terlepas sejak tahun 2008.

Kalau melihat undi yang diperolehi calon BN, sebenarnya konsisten dengan jumlah penyokong parti itu, dari PRU ke PRU. Penurunan undi calon DAP, yang hanya mampu mendapat 19,919 pada PRK kali ini, menunjukan bahawa pengundi luar berjumlah 8,000 pengundi merupakan penyokong pembangkang.

1 Response to "DAP Kalah- Sebab Pilih Calon Melayu: Guan Eng"

Ben Yaacob said...

Mohon Laluan Tuan Utk Kenyataan Media PEMBELA Untuk DiSebarluaskan..

Satu Siri Jelajah oleh IRF (Islamic Reinasance Front) Yang Mendapat Dana Tajaan Dari NED (National Endowment For Democracy) Sedang Bergerak Di Seluruh Serambi Mekah Kelantan.

Tujuan Forum Ialah Bagi Menanamkan Ke Dalam Fikiran Masyarakat Bahawa Negara Ini Negara Sekular Dan Harus Selamanya Tidak Di Ubah Status Tersebut..

PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) telah mengeluarkan Kenyataan Cabaran Kepada Dr. Farouk Musa Untuk Memberi Respons Atau Membatalkan Forum Jelajah Yang Jelas Berunsur Hasutan Tersebut.

http://www.bangkit.info/2014/06/pembela-cabar-dr-farouk-musa-dari-irf.html

Blog Archive