Sunday, May 18, 2014

PRK Teluk Intan: BN Gagal Kemuka Calon Masa Depan

Sudahlah kawasan Parlimen Teluk Intan adalah kawasan DAP, BN pula gagal mengemuka calon yang punya peluang untuk menang.

Calon BN adalah Presiden Gerakan, calon yang ditolak pengundi kawasan itu bagi PRU-12 dan PRU-13. Memang beliau mantan MP kawasan itu, namun itu dahulu. Mantan MP tidak semestinya diberi peluang lagi. 

Melihat penolakan pengundi kepada calon itu, seharusnya BN peka, dan pada kali ini mengemukakan calon masa depan, bukan calon mengenang nostalgia.

Memang diakui, bahawa kemenangan seseorang calon bukan sepenuhnya terletak kepada unsur pribadi, melainkan parti yang diwakilinya. Akan tetapi melihat senario yang berkisar pada calon BN itu, beliau adalah calon yang ditolak, meskipun sebelum ini merupakan wakil rakyat kawasan itu.

Sekiranya BN mengemukakan seorang calon baru, mungkin penerimaan pengundi berlainan. 

Calon BN Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kong berdepan dengan calon muda DAP Dyana Sofya Daud.

Pencalonan Dyana memecah tradisi parti itu, yang selalunya mencalonkan calon kaum cina. 

Walaupun Dyana adalah melayu, atas dia adalah calon DAP, maka pengundi cina dijangka akan memberikan sokongan besar. 

Pada PRK kali ini, dijangka majoriti yang akan diperolehi Dyana akan mengatasi majoriti yang diperolehi mendiang Seah Leong Peng pada PRU-13 lalu, iaitu 7,313 semasa berdepan dengan calon yang sama.

No comments:

Blog Archive