Friday, May 16, 2014

PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan Indikasi Parlimen Tergantung selepas PRU-14

Jumlah kerusi Parlimen Semenanjung 165; daripada jumlah itu pada PRU-13 BN menang 85, manakala PR 80. Di Sabah dan Sarawak termasuk Labuan 57, daripada jumlah itu BN menang 48, manakala PR 9.

Di Semenanjung daripada 85 kerusi itu, 18 kerusi, boleh jatuh ditangan Pakatan Rakyat, jika trend pengundi Cina berterusan menolak BN dan PKR-DAP-PAS mampu menarik tambahan pengundi melayu. Kawasan yang dimenangi PR pada PRU-13, merupakan turning point, ertinya, kawasan-kawasan itu bakal selamanya dikuasai Pakatan Rakyat. Kekuatan UMNO pada PRU-13, merupakan yang maksima boleh dicapai parti itu di Semenanjung.

Jika trend pengundian kaum cina tidak berpatah balik kepada BN, maka pada PRU-14, daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung BN bakal hanya boleh menang 67, manakala PR akan menang 98; jika di Sabah dan Sarawak PR bakal mempertahankan 9 kerusi, maka besar kemungkinan akan berlaku parlimen tergantung. Parlimen TERGANTUNG boleh sahaja berlaku atas sebab jumlah kerusi genap=222. Di Sabah dan Sarawak, selain 9 kerusi yang dimenangi PR pada PRU-13, ada 2-3 kawasan dalam bahaya dan bisa jatuh kepada PR.

BN boleh mempertahankan kerajaan pada PRU-14, jika MCA, Gerakan dan MIC, mampu bangkit, jika tidak, kawasan-kawasan yang dimenangi parti itu dalam intaian pakatan rakyat. Selain itu, ada juga kawasan-kawasan yang dimenangi Umno menjadi intaian Pas, namun jika ini berlaku akan berlaku give and take antara PAS-PKR dan Umno; Umno akan tetap menang 67 kerusi parlimen, manakala, tiga rakan Umno itu akan mendapat kerusi kosong.

Bagi menpertahankan kerajaan BN diperingkat persekutuan, maka sokongan rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan sangat perlu. Sabah perlu mempertahankan minima 22, manakala Sarawak 24 dan Labuan terus milik BN. Di atas kertas, BN masih selamat dengan 114 kerusi daripada 222, ertinya boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, sepertimana berlaku di Terengganu selepas PRU-13. Jika senario ini berlaku selepas PRU-14, tidak dapat dibayangkan apa yang berlaku dalam negara ini.

No comments:

Blog Archive