Latest News

Krisis Lahad Datu: Siapa Abubakar Abdilnasser?

ABUBAKAR Abelnasser adalah anak kepada Abdilnasser Kiram. Abdilnasser Kiram pula adik kepada Jamalul Kiram III.

Abubakar yang menetap di Sabah senantiasa in-contact dengan Agbimuddin Kiram, bapa saudaranya. Agbimuddin merupakan individu yang paling diehendaki oleh pasukan keselamatan ekoran tindakan keganasan di Lahad Datu dan Semporna.

Agbimuddin berjaya dihubungi oleh jurucakap Jamalul Kiram Abraham Idjirani kira-kira jam 2 pagi semalam, menurut jurucakap itu, Agbimuddin kini masih berada dilokasi pertempuran dan masih berusaha untuk berkumpul dengan anggota kumpulannya.

Agbimuddin menurut Idjirani mengesahkan telah kehilangan 23 pengikutnya tidak termasuk dua semalam di Sungai Nyamuk, Kg Tanjung Batu.

Setakat ini, pasukan keselamatan negara menyatakan telah 57 pengganas maut, walaupun hanya menjumpai 25 mayat.

Berkaitan Jeneral Haji Musa Abdulla, ada kebenaran laporan bahawa komander MNLF itu terbunuh, kerana Agbimuddin sendiri mengesahkan, Haji Musa belum bergabung dengan kumpulannya setakat ini.

Pihak polis semalam melaporkan telah menangkap dua orang saudara terdekat Agbimuddin, mungkinkan Abubakar?

Abubakar perlu ditangkap kerana peranannya yang senantiasa in-contact dengan bapa saudaranya itu, menyebabkan bapa saudaranya sukar dijumpai.

0 Response to "Krisis Lahad Datu: Siapa Abubakar Abdilnasser?"

Blog Archive