Sunday, March 24, 2013

Kemaskini Ops Daulat: 4 Lagi Pengganas Mati Ditembak

Sebahagian Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Tanjung Batu, Lahad Datu
Dalam kejadian tembak menembak awal hari ini di kawasan Tanjung Batu, empat pengganas berjaya dibunuh, dua dewasa serta dua kanak-kanak, sementara seorang anggota tentera mengalami keederaan di paha.

Sementara itu PAT Jeneral Tan Sei Zulkefli Mohd Zain berkata kini tiada lagi penembak tepat dalam kalangan pengganas Kiram di kawasan pencerobohan di daerah ini.

Panglima Angkatan Tentera itu berkata tentera terlatih daripada pihak musuh itu dipercayai telah mati ditembak atau melarikan diri.

Setakat ini sejumlah 67 pengganas sulu maut sejak Ops Daulat bermula.

No comments:

Blog Archive