Friday, March 15, 2013

Kemaskini Memburu Agbimuddin

Kenderaan pasukan keselamatan menuruni bukit Felda Sahabat 16 setelah kembali dari membuat rondaan dalam Ops Daulat di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu di Lahad Datu pada Jumaat.
TELAH dua hari berturut-turut tiada kejadian tembak menembak antara Pasukan Keselamatan dengan Pengganas Sulu.

Pengganas yang dipercayai bersembunyi di kawasan paya yang luas di Tanjung Labian dan Tanjung Batu, setakat ini belum bertembung dengan pasukan keselamatan.

Sementara itu Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lapan warga Filipina berusia 17-29 tahun menaiki bot laju berjaya dipintas pada 12.15 malam tadi. Boat laju itu membawa 300 tong minyak, dan penumpangnya membawa wang tunai Ps 360,000.


No comments:

Blog Archive