Saturday, March 16, 2013

Gambar 5 Pengganas yang dihantar berunding dengan Pihak Polis

Gambar 5 pengganas sulu yang dihantar berunding dengan pihak polis pada awal kejadian penerobohan Lahad Datu didedahkan oleh  Blog My News Hub. Tidak dinyatakan bagaimana penulis blog itu mendapatkan gambar ini, dan tidak dinyatakan juga bila gambar ini diambil.

Sebagaimana kita tahu bahawa perundingan dengan pengganas sulu bermula pada 13 Februari dan tamat pada 21 Februari.

Pada mulanya, pengganas telah bersetuju meninggalkan tanah Sabah, namun sebelum mereka beredar, mereka mahu berjumpa dengan seorang pemimpin pembangkang berprofile tinggi. Sehingga kini, siapa pemimpin pembangkang itu belum didedahkan.

Adalah diperayai semua dalam gambar ini telah maut dan termasuk dalam 61 bilangan pengganas yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan negara.

No comments:

Blog Archive