MASIH misteri, di mana Agbimuddin. AYT selalu berhujah, Agbimuddin sebenarnya tidak pernah berada di Sabah semasa krisis Lahad Datu.
Kenyataan sebelum ini terutama daripada Jamalul KIram III, bahawa adiknya itu berada di sabah adalah satu muslihat.
Di berbagai laporan, daripada Filipina, tidak pernah menyebutkan bahawa ekspidisi kumpulan "Tentera Sulu" pada 9 Februari ke Sabah, tidak pernah menyebutkan penyertaan Agbimuddin. Laporan-laporan hanya menyebutkan kumpulan 234 orang itu diketuai oleh Komander MNLF Jeneral Haji Musa Abdulla dan Lt Ernesto Sambas.
Pihak Polis atau pasukan keselamatan juga tidak pernah menyebutkan kehadiran Agbimuddin, hanya menyebut kumpulan pengganas itu diketuai Agbimuddin sepertimana dakwaan Jamalul Kiram.
Sesuatu yang pelik, alat komunikasi mana yang tidak menggunakan bateri atau aliran litrik; tiada bateri handphone di dunia yang mampu bertahan selama sebulan.
Agak pelik kenyataan Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani kononnya dia berhubung dengan Agibmuddin pada pukul 2 petang pada Jumaat dan menyatakan Agbimuddin masih berada di Sabah. (entah-entah Agbimuddin sedang tidur dibiliknya di Taguig City Selatan Manila).
Pada petang Jumaat PAT Tan Sri Jeneral Zulkefli Mohd Zain dan KPN Tan Sri Ismail Omar menyatakan bahawa Agbimuddin telah "meloloskan" diri ke Minadano dan membiarkan pengikutnya di hutan Tanjung Batu dan Tanjung Labian.
Seperti kata Pesurujaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib "we don't deal with theories" "we are in war".
Bagi pihak Polis sekarang ini, bukan persoalan lagi di mana Agbimuddin, yang penting mahu menamatkan tugas dan menghapuskan saki baki pengganas sulu di bumi Sabah yang diperkirakan berjumlah antara 40-50 orang lagi.
No comments:
Post a Comment