Sunday, January 13, 2013

KL112: Jika hanya lebih 100 ribu- Satu Kegagalan Anwar

BAIKLAH. Kejayaan Anwar menghimpun lebih 100 ribu semalam sempena Hari Kebangkitan Pakatan Rakyat. Apa kah jumlah itu boleh mejamin kemenangan PR dalam pilihan raya? Kita tahu bahawa jumlah itu tidak sampaipun 1 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan yang berjumlah lebih 12 juta.

Sebenarnya, himpunan pakatan rakyat semalam merupakan kegagalan mereka, kerana sebelum perhimpunan itu berbagai pihak daripada pakatan rakyat menguar-uarkan akan menghimpun satu juta peserta; malah pakatan selangor berjanji akan menghantar 300,000 perserta sama seperti kenyataan parti Pas, bahawa parti itu juga akan menghantar 300,000.

Namun, walau berbagai tokok tambah, terbukti pakatan rakyat tidak mampu menghimpun 1 juta, meskipun  kenyataan urusetia himpunan itu, mereka telah berjaya mengumpul 500,000.

Pedulilah kenyataan daripada pihak mana, yang jelas perhimpunan pakatan rakyat semalam sebenarnya telah membuka pekong mereka, bahawa kononnya mempunyai sokongan; namun ternyata mereka tidak mendapat sokongan walaupun tiada halangan daripada pihak mana-mana.

Kalaulah diikuti kenyataan pihak polis yang melakukan pemantuan bahawa jumlah perserta semalam adalah antara 40-45 ribu. Kenyataan pihak polis ini sebenarnya sangat munasabah, kerana pihak merekalah yang bertugas menjalankan pemantauan.

Akan tetapi, kenyataan pihak polis sudah tentunya tidak akan digunapakai oleh pihak pembangkang atau pemerhatinya, seperti mana gambar-gambar yang disertakan ini, kerana gambar-gambar ini sudah mengalami super impose, di mana menggambarkan perserta seperti ikan sadin di dalam Stadum Merdeka.

Jika dilihat melalui gambar-gambar di atas, telah jelas bahawa para serta adalah manusia-manusia yang tidak perlu bernafas, kerana mampu dirapatkan sedemikian rupa.

Walau apapun, apa saja bentuk perhimpunan yang dilakukan Anwar, tidak akan menggangu keyakinan rakyat yang cintakan keamanan dan masih mahu meneruskan kerajaan barisan nasional untuk terus memerintah negera.

Tahun 1998, himpunan serupa lebih dahsyat kerana diikuti dengan kemarahan pengikut Anwar kerana pemecetannya, namun BN pada PRU-1999 masih mengekalkan kuasa 2/3.

Pada Tahun 2008, bukan kerana pembangkang kuat yang menyebabkan 5 negeri gugur daripada kerajaan BN, malah kehilangan kuasa 2/3 dalam dewan rakyat, akan tetapi perbalahan antara para pemimpin Bn. Bagi menghadapi PRU-13; persengketaan antara para pemimpin Bn malah sudah disifarkan; atas sebab itu, apa pun kelibat Anwar melalui Pakatan Rakyatnya, tidak akan menghalang Bn untuk terus menguasai Putrajaya selepas PRU-13.

INGATLAH dalam sistem demokrasi kuasa majoritilah yang menang, bukan suara manoriti yang terlolong terpekik sana sini.

No comments:

Blog Archive