Showing posts with label KL112. Show all posts
Showing posts with label KL112. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

KL112: Memang Nak Guling Kerajaan: Mat Sabu

BOHONG kata Mat Sabu, kalau tiada niat nak gulingkan kerajaan. KL112 memang ada niat nak guling kerajaan (Tapi melalui pilihanraya) demikian kata Timbalan Presiden Pas-Mat Sabu.

Timbalan Presiden Pas itu mengulas kenyataan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, bahawa Pembangkang meniru "arab spring" untuk menggulingkan kerajaan.

Himpunan Pembangkang pada 12 Januari lalu di Stadium Merdeka yang dihadiri kira2 45,000 peserta dianggap sebagai kegagalan pengajur kerana sasaran 1juta tidak kesampaian.

Pembangkang mahu menjadikan KL112 sebagai platform untuk membangkit semangat sebelum berdepan dengan PRU-13.

Kegagalan pengajur mendapatkan peserta yang diinginkan, adalah bukti, bahawa pembangkang tidak mempunyai sokongan rakyat seperti mereka uar-uarkan.

Pada PRU-2008, Pembangkang berjaya menafikan kuasa tradisi Bn di dewan rakyat, apabila pakatan tiga parti DAP-PAS-PKR mendapat 82 kerusi berbanding Bn 140 daripada 222 kerusi parlimen. Selain itu, Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (sehingga 5/2/2009); sementara Kelantan kedudukan Pas semakin kuat jika dibandingkan dengan keputusan PRU-2004.

Pada PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa, kedua belah pihak mempunyai keyakinan untuk menang; namun melihat kecenderungan pilihan rakyat pada pilihanraya kecil sebelum ini, ternyata Bn mempunyai kelebihan untuk mempertahankan Putrajaya.

Sejak Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri, telah banyak transformasi yang dilakukan termasuk penghapusan ISA.

Keperhatinan kerajaan Bn terhadap masalah rakyat juga diambil peduli, apabila kerajaan memberikan bantuan tunai seperti BRIM.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan Bn pada masa ini adalah untuk menyelesaikan keluhan rakyat, kerana kerajaan Bn sebenarnya mendengar denyut jantung rakyat.

Monday, January 14, 2013

KL112: Menurut Al Jazeera hanya 45 ribu

Media antarbangsa Al Jazeera telah melaporkan bahawa hanya sekitar 45 ribu sahaja yang hadir pada KL112 ,sama seperti yang dilaporkan oleh media pihak polis ,TV3, RTM dan beberapa media arus perdana yang lain. Al Jazeera yang berpengalaman melaporkan berita-berita demonstrasi besar seperti di Mesir,Tunisia dan beberapa negara yang lain bersetuju dengan perangkaan angka yang dilaporkan oleh media arus perdana tempatan.Jadi ,mana munsabahnya sampai ada pemimpin pembangkang tweet kata 100 ribu yang hadir ??
Target yang diletakkan oleh Mat Sabu iaitu 1 juta rakyat hanyalah ilusi sahaja. Anwar sebenarnya agak kecewa dengan himpunan tersebut kerana gagal untuk menimbulkan kekacauan seperti BERSIH 3.0 yang lepas.Pihak polis bertindak profesional dengan menjadi pemerhati disamping mengawal keadaan trafik sepanjang himpunan tersebut.


Keghairahan PR untuk mengumpul rakyat untuk bersama mereka jelas wujud disana ketakutan oleh Anwar dan himpunan ini digunakan untuk meniup kembali semangat penyokong2 tegar PR yang kini semakin goyah pendirian mereka akibat kecelaruan perjuangan pimpinan parti mereka.Usaha di laman sosial seperti FB digunakan sehabis mungkin oleh PR untuk menyebarkan bahawa himpunan mereka telah berjaya padahal angka tersebut masih belum cukup selesa buat PR untuk merasa megah ke Putrajaya.

Sampai atas bumbung stadium pun full house,agak-agak la nak bohong pun,patutlah Kit Siang kata 100 ribu sebab pencacai PR sanggup lompat naik atas bumbung stadium sekali..[Gambar Edit Penyokong PR]

Sunday, January 13, 2013

KL112: Jika hanya lebih 100 ribu- Satu Kegagalan Anwar

BAIKLAH. Kejayaan Anwar menghimpun lebih 100 ribu semalam sempena Hari Kebangkitan Pakatan Rakyat. Apa kah jumlah itu boleh mejamin kemenangan PR dalam pilihan raya? Kita tahu bahawa jumlah itu tidak sampaipun 1 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan yang berjumlah lebih 12 juta.

Sebenarnya, himpunan pakatan rakyat semalam merupakan kegagalan mereka, kerana sebelum perhimpunan itu berbagai pihak daripada pakatan rakyat menguar-uarkan akan menghimpun satu juta peserta; malah pakatan selangor berjanji akan menghantar 300,000 perserta sama seperti kenyataan parti Pas, bahawa parti itu juga akan menghantar 300,000.

Namun, walau berbagai tokok tambah, terbukti pakatan rakyat tidak mampu menghimpun 1 juta, meskipun  kenyataan urusetia himpunan itu, mereka telah berjaya mengumpul 500,000.

Pedulilah kenyataan daripada pihak mana, yang jelas perhimpunan pakatan rakyat semalam sebenarnya telah membuka pekong mereka, bahawa kononnya mempunyai sokongan; namun ternyata mereka tidak mendapat sokongan walaupun tiada halangan daripada pihak mana-mana.

Kalaulah diikuti kenyataan pihak polis yang melakukan pemantuan bahawa jumlah perserta semalam adalah antara 40-45 ribu. Kenyataan pihak polis ini sebenarnya sangat munasabah, kerana pihak merekalah yang bertugas menjalankan pemantauan.

Akan tetapi, kenyataan pihak polis sudah tentunya tidak akan digunapakai oleh pihak pembangkang atau pemerhatinya, seperti mana gambar-gambar yang disertakan ini, kerana gambar-gambar ini sudah mengalami super impose, di mana menggambarkan perserta seperti ikan sadin di dalam Stadum Merdeka.

Jika dilihat melalui gambar-gambar di atas, telah jelas bahawa para serta adalah manusia-manusia yang tidak perlu bernafas, kerana mampu dirapatkan sedemikian rupa.

Walau apapun, apa saja bentuk perhimpunan yang dilakukan Anwar, tidak akan menggangu keyakinan rakyat yang cintakan keamanan dan masih mahu meneruskan kerajaan barisan nasional untuk terus memerintah negera.

Tahun 1998, himpunan serupa lebih dahsyat kerana diikuti dengan kemarahan pengikut Anwar kerana pemecetannya, namun BN pada PRU-1999 masih mengekalkan kuasa 2/3.

Pada Tahun 2008, bukan kerana pembangkang kuat yang menyebabkan 5 negeri gugur daripada kerajaan BN, malah kehilangan kuasa 2/3 dalam dewan rakyat, akan tetapi perbalahan antara para pemimpin Bn. Bagi menghadapi PRU-13; persengketaan antara para pemimpin Bn malah sudah disifarkan; atas sebab itu, apa pun kelibat Anwar melalui Pakatan Rakyatnya, tidak akan menghalang Bn untuk terus menguasai Putrajaya selepas PRU-13.

INGATLAH dalam sistem demokrasi kuasa majoritilah yang menang, bukan suara manoriti yang terlolong terpekik sana sini.

KL112: Cuba Perhatikan Foto-Foto INI

Pusat bandar Kuala Lumpur sempena KL112 dibanjiri  XXXXX penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan bermula pada jam 2 petang.


Saturday, January 12, 2013

Terkini KL112: Hambar: Kecewalah Anwar Ibrahim

SAMBUTAN HAMBAR. Kecewalah Anwar Ibrahim. Perhimpunan PR ini.. tiadapun yang perlu ditunjukkan.

Polis memaklumkan bahawa tiada insiden tidak diingini berlaku dan tiada tangkapan dibuat pada Perhimpunan KL112 yang diadakan di Stadium Merdeka. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, jumlah peserta Perhimpunan KL112 ialah antara 40,000 dan 45,000 orang. Katanya, polis masih memantau pergerakan peserta perhimpunan sekiranya ada ke lokasi-lokasi lain. Himpunan dijangka berakhir jam 5 petang.

Setakat jam 2.55 petang pihak polis mengatakan 50 ribu berada dalam stadium dan 7 ribu di luar stadium. Target Pembangkang 1juta seperti diuar-uarkan.. gagal mutlak. Pengundi Malaysia 12 juta.. hanya berapa peratus sahaja yg bangkit... tiada apa2 yg boleh ditunjukan PR..

Perserta KL112

Menurut Laporan Polis jumlah perserta dalam stadium 30 ribu sementara di luar stadium sekitar 5 ribu setakat 2.10petang. Target Pembangkang menghimpun 1 juta GAGAL.

Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.

Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, antara 20,000 dan 25,000 peserta berada dalam Stadium Merdeka manakala di luar antara 15,000 dan 20,000 ketika ini.
AWAS besar kemungkinan kanak2 jadi mangsa dalam stadium merdeka, kerana kesesakan. Bayangkan 50 ribu memenuhi stadium yg berkapasiti 30 ribu itu. Jika ada kematian berlaku, pasti pembangkang menuding jari pada Kerajaan, kerana menyebabkan kematian.

Polis Kuala Lumpur menempatkan anggota secukupnya di sekitar ibu negara sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjamin tiada sebarang insiden tidak diingini sepanjang himpunan KL112 di Stadium Merdeka, hari ini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata ia termasuk menugaskan anggota trafik di 40 lokasi strategik bagi memastikan kelancaran lalu lintas sekitar ibu negara dalam lingkungan radius satu kilometer dari lokasi perhimpunan. 

Peserta perhimpunan dijangka mula berarak ke stadium jam 12 tengah hari dari 12 lokasi iaitu Pasar Seni, Pudu Sentral, Masjid Jamek, Maju Junction, Kompleks Sogo, Masjid Negara, Bangunan KTM, Masjid Kampung Baru dan KLCC. 

Lokasi selebihnya adalah Kelab Sultan Sulaiman, KL Sentral dan Masjid Ar Rahman di Universiti Malaya. Kita menugaskan anggota polis memantau keselamatan di 12 lokasi itu, katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Sambil menambah tiada sebarang penutupan jalan dibuat selain di Dataran Merdeka, beliau berkata, polis menjangka kesesakan lalu lintas sepanjang perhimpunan dari jam 2 hingga 5 petang itu, sekali gus menasihatkan mereka yang ingin ke ibu negara menaiki pengangkutan awam bagi mengelak tersekat dalam kesesakan. 

Peserta dan orang awam juga dinasihatkan tidak terkejut dengan kehadiran Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan bertugas di sekitar ibu negara kerana ia adalah nilai tambah kepada kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung. 

Kita mengambil iktibar atas kejadian letupan yang berlaku pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 2011, maka kita akan menggandakan kawalan ke tahap maksimum bagi memastikan tiada sebarang kejadian buruk, katanya. 
Menurut Mohmad, pihaknya sudah bersiap sedia dengan jumlah anggota polis dan kelengkapan secukupnya untuk mengawal keselamatan peserta dan orang awam sepanjang perhimpunan itu.


KLCC

Jalan Sultan

Amcorp Mall

Pasar Seni

Jalan Ampang
Peserta perhimpunan didukungi pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka di sini mulai jam 10.45 pagi tadi dengan sebahagian daripada mereka mengadakan demonstrasi di jalanan sambil melaungkan slogan. 

Di Stadium Merdeka pula, anggaran 3,000 peserta berkumpul di hadapan stadium itu berikutan pintu masuknya hanya dibuka pada 2 petang. 

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari berbagai lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

Catatan dari berbagai sumber

11:35am: Masjid Negara - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), yang merupakan laluan ke Stadium Merdeka.

11.00am: Little India, Brickfields - Terdapat kira-kira 60 orang berhimpun di situ. Perniagaan di situ adalah seperti biasa. Tidak jelas sama ada ini menunjukkan sokongan dingin masyarakat India yang biasanya akan berhimpun di sini untuk menghadiri perhimpunan.

Sebuah bas polis diletakkan di tepi jalan. Hanya lima anggota di lihat di situ.

10.55am: Masjid Al-Rahman - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.

10.50am: KLCC - Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC.

Mereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka. 


10:45am: Stadium Merdeka - ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.

Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

10:40am: Jalan Thambipillay 4, Brickfields - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.

10:30am: KLCC - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.10.15am: Jalan Sultan - Sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangang dengan iringan lagu popular Korea itu yang disesuaikan dengan lirik anti-Lynas.

Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun. Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.

9.55am: Stadium Merdeka - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.

Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

9.45am: Masjid Al-Rahman - MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.

9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.

Friday, January 11, 2013

KL112: Himpunan Pembangkang menzalimi rakyat

Kebanyakan rakyat di negara ini menyifatkan perhimpunan yang didalangi pembangkang sebenarnya tidak mencerminkan suara rakyat sebenar kononnya wujud kezaliman oleh pihak kerajaan terhadap rakyat. 

Ironinya rata-rata rakyat ketika ditemui Bernama berkata pihak penganjur dan pembangkang sebenarnya yang melakukan kekejaman kepada rakyat apabila menganjurkan perhimpunan yang telah beberapa kali sebelum ini mencetuskan keganasan, kecederaan dan kerosakan harta benda awam. 

"Perhimpunan seperti ini tidak ada manfaatnya, terlalu banyak kesan negatif apabila apa yang mereka (pembangkang) cuba sampaikan melalui perhimpunan itu sudah tidak bererti kerana ia bertukar menjadi rusuhan yang ganas dan merosakkan banyak benda," kata Teh Eng Hing, bekas Setiausaha Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, hari ini. 


Bahkan katanya, apabila terlalu banyak perhimpunan diadakan, ia sudah menjadi 'biasa' dan tidak lagi memberi impak seperti yang diharapkan pembangkang. "Senario di Malaysia kini, sikit-sikit ada perhimpunan, saya rasa lebih baik dibincangkan dengan saluran yang betul, jangan terlalu banyak perhimpunan, jika berbincang, apa yang mereka mahukan pasti lebih 'sampai' dan nampak intelek," katanya. 

Ketua Unit Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noraza Yusof pula meluahkan kebimbangan perhimpunan kali ini turut mencetuskan huru hara seperti perhimpunan BERSIH tahun lalu, seterusnya memberi impak negatif kepada pelancong. 

Katanya, DBKL berusaha mencerminkan keharmonian dan keindahan ibu negara Malaysia di mata pelancong namun wujudnya perhimpunan seperti itu hanya akan menjejaskan usaha DBKL selama ini. 

"Setiap Sabtu, DBKL mengadakan program lawatan Jejak Warisan, iaitu aktiviti berjalan kaki melawat bangunan bersejarah sekitar Dataran Merdeka. 
"Ia (program) 80 peratus melibatkan pelancong asing dan selebihnya pelancong domestik, bayangkan sekiranya keadaan huru hara berlaku ketika pelancong itu sedang mengikuti program, ia akan memberi kesan negatif terhadap suasana Malaysia yang sebenarnya kepada mereka," katanya. 

Seorang suri rumah, M Rajeswary, 30, mempersoalkan apa lagi yang dimahukan pembangkang kerana hakikatnya kerajaan selama ini amat prihatin menyalurkan pelbagai bantuan secara menyeluruh kepada rakyat. 

"Apa yang saya tahu kerajaan begitu banyak bantu keperluan rakyat seperti beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, sediakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan juga rebat telefon RM200. 

"Saya pun tidak faham apa perlu perhimpunan ini yang banyaknya menyusahkan ramai rakyat," katanya. 

Seorang kakitangan swasta, Kamaruddin Jaafar, 41, berkata rakyat sebenarnya sudah bosan untuk melihat perhimpunan tidak bemanfaat sebegitu. 

"Memang rakyat takut, tapi rakyat juga sudah bosan, rusuhan dan pergaduhan berlaku sehingga merosakkan harta benda, inikah perhimpunan aman yang dijanjikan pembangkang? Hentikanlah...," katanya. - BERNAMA

Blog Archive