Wednesday, December 19, 2012

BN boleh menang kuasa 2/3 Dewan Rakyat

Tun M Sandakan 16/12/2012
BN dua kali tersentak; pertama pada PRU-2004 dan kedua pada PRU-2008. Pada PRU-2004, BN menang bukan sahaja kuasa 2/3 malah 3/4 kerusi dewan rakyat. Pada PRU itu, Kelantan hampir ditawan, dan cuma kurang 2 kerusi DUN.

Pada PRU-2008 pula BN tersentak untuk kali kedua, kemenangan pada PRU sebelumnya bukan sahaja tidak mampu dipertahankan, malah BN hampir kecundang. Nasib baiklah Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat, kalau bukan, maka BN mungkin mengalami kekalahan serupa dengan parti LDP Jepun.

Kekalahan LDP Jepun dan tsunami politik pada BN hampir serupa puncanya- yakni para pemimpinnya lupa daratan.

Bagi BN pula, akibat kemenangan yang begitu besar pada PRU-2004, membuatkan para pemimpinnya bersifat sombong dan lupa kepada jasa-jasa pemimpin lama. Misalnya sumbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir cuba dilenyapkan dengan berbagai cara, termasuk memalukannya semasa persidangan Bahagian Umno Kubang Pasu.

Akibat sifat sombong dan takabur segelintir pemimpin BN umumnya dan umno khasnya, maka rakyat hampir menghukum gabungan 13 parti itu pada PRU-2008, walaupun gabungan itu banyak berjasa kepada pembangunan negara dan rakyat sejak merdeka.

Pucuk pimpinan yang mengakibatkan BN mengalami tsunami politik, sudahpun membayar kesilapannya apabila berundur setahun selepas PRU itu.

Pucuk pimpinan baru mengambil alih, yakni apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Najib mewarisi kerajaan yang lemah, mewarisi kesimpang siuran dalam politik, berdepan dengan masalah ekonomi secara global. Jelasnya, beliau menjadi pemimpin pada saat-saat genting dengan berbagai masalah dalaman dan luar negara.

Najib bermula melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Disusuli dengan berbagai transformasi baik bidang politik, ekonomi dan sosial.

Najib membawa pendekatan yang responsif terhadap kehendak rakyat; baik penyelesian jangka pendek mahupun jangka panjang.

Selepas hampir empat tahun menerajui negara, Najib akhirnya mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Penerimaan terhadap Najib bukan sahaja daripada rakyat jelata, malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memberi pengiktirafan, bahawa kepimpinan Najib berada pada saluran yang betul dan tiada sebab untuk tidak disokong.

Pendekatan Najib yang memberi pengormatan kepada mantan-mantan Perdana Menteri, malah menjadi ikutan Barack Obama, semasa Presiden Amerika itu berkempen mempertahankan jawatan Persiden Amerika untuk penggal kedua. Barack berganding bahu dengan mantan Presiden Amerika; Bill Clinton semasa berkempen. 

Najib faham betul bahawa jasa para pemimpin vetaran tidak boleh dilupakan begitu sahaja; beliau tidak mahu mengulangi kepiminan yang diwarisinya yang cuba melenyapkan sumbangan para pemimpin veteran.

Kini, sering kita menyaksikan bahawa lawatan-lawatan Najib yang bersifat rasmi turut juga kelihatan kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Majlis terakhir kita melihat kehadiran Tun Dr Mahathir bersama Najib adalah pada persidangan LDP komponen BN Sabah di Sandakan pada 16 Disember.

Ramai pemimpin akar umbi memberi tanggapan, bahawa sokongan padu yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir kepada Najib adalah salah satu faktor penyebab rakyat kembali menyokong BN.

Sokongan Tun Dr Mahathir terhadap Najib, adalah menjadi faktor utama kaum cina kembali menyokong BN. Sokongan kaum cina terhadap Tun Dr Mahathir sukar untuk dipersoal; beliau membuktikan pada era Reformsi pada PRU-1999; pada PRU itu BN tetap mendapat kuasa 2/3 kerusi dewan rakyat, kerana sokongan kaum cina.

Pada PRU-13 ramai yang beranggapan bahawa BN akan kembali berkuasa dengan kuasa 2/3. Faktor yang mendorong kepada anggapan ini adalah keputusan rakyat Jepun yang mengembalikan Parti LDP untuk berkuasa semula. Malah parti tertua Jepun kembali menguasai dewan atas, dimana sebelum ini belum ada parti yang dapat mengawal kedua-dua dewan sekaligus.

Rakyat Jepun sedar, bahawa cuba-cuba untuk mengubah kerajaan tiga tahun lalu, bukan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat; diharapkan pada pengundi Malaysia, bahawa kemarahan pada PRU-2008 telah reda, dan semoga pengundi menyokong BN semula, sepertimana tindakan rakyat Jepun mengembalikan Parti LDP.

No comments:

Blog Archive