Anwar kena mainan Sabah. Pertama, kerana cuaca buruk, kapal yang ditumpanginya gagal mendarat sesuai dengan masa yang dijangkakan di KKIA dan terpaksa mendarat di Labuan.
Anwar gagal hadir pada suatu majlis Pesta Kaamatan di Tempasuk, Kota Belud. Jika beliau dapat hadir, maka kebetulan, acara itu dihadiri Timbalan Presiden UPKO yang juga MP Tuaran-Datuk Welfred Mojilip Bumburing.
Welfred dispekulasikan sejak sekian lama akan menyertai PKR, kerana tindak tanduknya yang sering menghadiri berbagai majlis anjuran PKR.
Terbaru, di Beluran Sabah, di salah satu majlis anjuran PKR, Welfred juga turut hadir.
Sejak beberapa hari lalu, media alternatif terutama yang pro Pakatan Rakyat membuat spekulasi bahawa akan berlaku lompat parti beramai-ramai di Sabah pada 10 Jun, dan meramalkan bahawa kejadian itu akan terpampang di surat-surat khabar hari ini 11 jun, sebagai hadiah kepada Najib, kerana angka 11 adalah kegemaran perdana menteri ke-6 itu.
Spekulasi akhbar pro pembangkang itu, turut juga dipetik oleh beberapa blog pro-BN, termasuk blog AYT.
Spekulasi penghijrahan beramai-ramai pemimpin BN itu, hanya tinggal khabar angin, kerana sehingga ke saat ini, belum ada kepastian dan kebenarannya.
Namun, sesetengah pihak daripada BN, beranggapan bahawa spekulasi itu ada kebenarannya, dan ada yang menganggap bahawa Kata-katak yang akan melompat ini, adalah kata-katak pintar, mencuba mempermain waktu, dan semua pihak termasuk pucuk pimpinan BN sendiri.
Namun yang jelas, untuk sementara waktu, Anwar adalah mangsa pertama mainan-mainan katak-katak hebat ini.
Apakah kesudahan sandiwara ini, sama-sama kita tunggu.

No comments:
Post a Comment