Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berhati-hati dalam pemilihan calon-calon yang mewakili BN pada PRU-13 akan datang.
Jika tersalah pilih, BN yang sepatutnya membentuk kerajaan, akan hilang peluang itu sekelip mata, jika berlaku kejadian lompat.
Post PRU-12, satu kerajaan telah jatuh, akibat lompat parti; demikian juga tahun 1994, kerajaan PBS Sabah jatuh kerana lompat parti. Ambillah iktibar berhubung kejadian itu.
Di Sabah berputar-putar isu, bahawa beberapa pemimpin BN termasuk dua MP akan menyeberang kepada pembangkang bila-bila masa atau selepas sahaja parlimen dibubarkan. Jika ini berlaku, maka ianya merupakan satu anugerah, atas sebab BN tahu siapa lawan. Namun, jika mereka itu tetap bersama BN, maka walaupun telah diketahui mereka itu adalah musang dalam reban ayam, namun sedikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengungudian.
Adalah lebih mudah berhadapan dengan lawan yang terang daripada berlawan dengan musuh dalam selimut.
Jika para pemimpin yang kaki sebelah mereka di Pembangkang sementara kaki sebelah pula masih di BN, masih bersama-sama BN, maka terlalu sukar mengatasinya terutama dalam tempoh-tempoh kempen.
Atas sebab itu, pucuk pimpinan terpaksa bertegas terhadap para pemimpin yang tidak setia ini.

No comments:
Post a Comment