Wednesday, February 08, 2012

Eli boleh bernafas lega: Pihak Indonesia belum sahkan Azmin Heli yang ditahan itu adalah kekasihnya

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas.

"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes yang melibatkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran yang tertentu.

Akhbar tempatan sejak beberapa hari lalu melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara ekoran terbongkarnya skandal itu. - BERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Dok luar negara pun PKR yg sponsor... Bestlah si Helmi...

NURUL IZZAH TAK BERANI ANGKAT MUKA DEPAN PENDUDUK PPR!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Blog Archive