Latest News

Parlimen hari ini: Nor Omar tawar projek kontraversi NFC kepada Pembangkang

SEMASA bertikam lidah di parlimen, akhirnya Menteri MOA, Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi.

NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.

“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (gambar) ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.

“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.

Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.

Nor juga berkata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.

Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009.

0 Response to "Parlimen hari ini: Nor Omar tawar projek kontraversi NFC kepada Pembangkang"

Blog Archive