Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kenyataan mengatakan bahawa dirinya dan keluarganya dalam keadaan tertekan dan emosi kerana isu khalwat yang konon membabitkan dirinya.
Bulan lalu ada beberapa blog menulis, kononnya MB Terengganu itu ditangkap khalwat di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.
Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu, namun hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
"Saya sedih dan dukacita apabila blog hari ini memfitnah saya secara membabi buta," kata beliau dipetik Berita Harian.
Ahmad dilantik sebagai menteri besar Terengganu pada Mac 2008.
"Bagaimanapun, apabila mengenangkan anak saya apabila balik dari belajar menangis depan saya, selepas membaca blog yang menuduh saya macam-macam.
"Jadi, saya ambil keputusan akan saman mereka yang buat fitnah ini dan pemblog-pemblog ini kerap memfitnah saya dengan mengatakan saya kena tangkap basah (khalwat) dan sebagainya," kata Ahmad.
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya sambil menyifatkan pemblog yang membuat fitnah sebagai manusia "bertopeng khinzir."
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.
Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan... saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya.

No comments:
Post a Comment