Apabila pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menggesa penganjur perhimpunan haram 9 Julai depan, Bersih, supaya tidak menjadikan suruhanjaya itu sebagai 'kambing hitam', ada pihak menuduh SPR bermain politik.
Mereka menuduh SPR melindungi kerajaan dan memanipulasikan keputusan pilihan raya demi kepentingan parti pemerintah.
Sementara itu, penganjur perhimpunan haram itu bercadang untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai, walaupun langkah itu dibantah keras oleh pelbagai pihak.
Kumpulan pengacau yang berhasrat mengadakan perhimpunan haram itu menuntut lapan perkara kononnya untuk memastikan pilihan raya umum diadakan secara bersih dan telus - membersihkan senarai pemilih, melakukan reformasi terhadap sistem pengundian, menggunakan dakwat kekal untuk cap jari pengundi, membenarkan tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, mewujudkan akses terhadap media secara bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam dan menghentikan amalan rasuah serta politik kotor.
Persoalannnya ialah adakah tuntutan mereka itu berasas atau sengaja diada-adakan? Juga, adakah sistem pilihan raya kita begitu buruk? Banyak pihak percaya tuntutan itu dibuat sekadar untuk menyembunyikan niat buruk yang terselindung di sebalik keseluruhan rancangan mereka.
SPR bersedia mengadakan perjumpaan dengan penganjur perhimpunan haram itu sekali lagi untuk membincangkan isu yang ditimbulkan kerana ia percaya demonstrasi jalanan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah atau membawa kepada pindaan undang-undang.
Abdul Aziz berkata bahawa SPR telah mengadakan perjumpaan dengan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu Datuk S. Ambiga serta beberapa anggotanya pada akhir tahun lepas dan mereka menerima penjelasan SPR tentang isu yang ditimbulkan.
Beliau juga berbincang tentang lapan isu berkenaan, termasuk membuat pindaan terhadap undang-undang.
"Sekiranya mereka benar-benar memperjuangkan demokrasi, mereka perlu terus membincangkan isu berkenaan dengan SPR dan mengemukakan permintaan mereka melalui saluran sewajarnya.
"Ini bukan caranya. Janganlah jadikan SPR sebagai kambing hitam. Mereka tuduh kami tidak demokratik dan tidak bersih serta membantu dan menyokong kerajaan. Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan tuduhan itu tidak benar.
"Sekiranya para pengundi sukakan Pembangkang, mereka akan menang (kerusi) dan hal ini telah terbukti. Jadi, apakah niat sebenar mereka? Saya rasa kami (SPR) bersikap adil dan saksama," kata Abdul Aziz.
Beberapa ahli politik turut mempersoalkan niat sebenar kumpulan pengacau itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam menuntut agar pilihan raya diadakan secara bersih.
Dalam blog beliau, Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baru Datuk Zulkifli Noordin berkata walaupun tujuh daripada lapan tuntutan yang dibuat oleh kumpulan itu kelihatan seolah-olah mempunyai kewajaran untuk menangani kecacatan yang wujud dalam sistem pilihan raya, namun persoalannya ialah adakah tuduhan mereka itu berasas?
"Kita tidak kata pilihan raya yang diadakan selama ini adalah sempurna. Memang ada kecacatan, sama seperti di negara lain juga," katanya.
Sambil mengambil pilihan raya di Turki baru-baru ini sebagai contoh, beliau berkata walaupun AK Party (Parti Keadilan dan Pembangunan) begitu popular, tetapi keputusan menunjukkan ia hanya mendapat 50 peratus undi.
AKP memenangi 326 daripada 550 kerusi parlimen dan gagal mendapat dua pertiga majoriti (367 kerusi) yang diperlukannya untuk meminda perlembagaan secara unilateral.
Beliau berkata perkara serupa juga berlaku di India, Australia dan Amerika, antara negara yang mempunyai kecacatan dalam sistem pilihan raya.
"Tapi, jika mereka berkata ia tidak bersih, sekiranya ada permainan kotor, macam mana mereka (Pembangkang) boleh menang di lima negeri dan hampir membanjiri Perlimen dengan orang mereka?" tanya beliau.
Zulkifli berkata malah, pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti dua pertiga dan mempunyai banyak peluang untuk menimbulkan perkara itu melalui usul, soalan, perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong dan perbahasan ucapan Bajet di Parlimen.
"Mereka tidak pernah memberi sebarang bukti tentang apa yang mereka dakwa sebagai tidak bersih. Mereka hanya hendak mengadakan perhimpunan, ingin memesongkan pemikiran rakyat bahawa pilihan raya diadakan secara tidak bersih. Kami mempertikaikan tindak-tanduk mereka berhubung perkara itu," katanya.
Beliau berkata sekiranya penganjur perhimpunan haram itu mahu mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mereka boleh membuat temu janji dengan Istana Negara, tetapi mereka tidak berbuat demikian.
"Oleh itu, kita dapat melihat bahawa di sebalik semua ini, mereka ada agenda lain. Mereka ada niat lain. Saya percaya mereka mempunyai agenda bersifat mala fide (jahat).
"Lihat saja respons mereka apabila saya kemukakan idea ini dalam Facebook dan Twitter saya. Para penyokong Anwar berkata mereka akan "penuhi jalan raya dengan darah... ia akan menjadi satu lagi Tahrir' (merujuk kepada perhimpunan berdarah di Kaherah yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak)," katanya.
Beliau berkata sekiranya kumpulan pengacau itu ingin memperbetulkan sistem pilihan raya, mereka sepatutnya berusaha agar pindaan terhadap undang-undang dilakukan, bukan menyalahkan SPR.
"Sungguh tidak wajar apabila pengerusi kumpulan itu, yang pernah menjadi pengerusi Majlis Peguam, tidak memahami apa yang tidak dapat dilakukan oleh SPR... iaitu ia tidak boleh meminda Perlembagaan Persekutuan. Kalau mereka mahu mengubahnya, suarakanlah ia di Parlimen.
"Kita dapat melihat bahawa mereka tidak pernah berniat untuk berbuat begitu," kata beliau.

No comments:
Post a Comment