Saturday, May 07, 2011

Kerajaan yang mempunyai kuasa 2/3 penting untuk negara: Tun M

Malam ini dalam ceramah Perdana Tun Dr Mahathir pada majlis MUBARAK bertempat di Pan Pacific Sutera Kota Kinabalu, mantan Perdana Menteri itu berkata adalah perlu dan penting bagi negara mempunyai kerajaan yang mempunyai kuasa 2/3 di dewan rakyat. Tujuannya katanya, agar agenda membela rakyat dan pembangunan negara dapat berjalan dengan lancarnya.

Sebuah kerajaan yang lemah, sangat merugikan bukan sahaja kepada rakyat juga kepada negara. Kerajaan yang lemah tidak akan dapat banyak pelaburan asing, kerana pelabur, katanya mahukan kerajaan yang stabil,terutama kestabilan politik.

Oleh itu, menurut Tun Mahathir, pada pilihanraya akan datang, rakyat perlulah bijak dan perlu memilih parti yang benar-benar mempunyai potensi untuk mendapat kuasa 2/3. Tiada ada gunanya menukar kerajaan, kerana mode menukar, namun kerajaan yang dibentuk lemah, kerana tidak mempunyai kuasa 2/3, maka yang rugi adalah rakyat.

Tun Mahathir menyentuh semasa beliau menjadi Perdana Menteri, negara yang pada mulanya sangat bergantung kepada hasil pertanian, telah bertukar kepada negara industri, malah menjadi negara perdagangan ke-17 dunia. Sebabnya kata, kerajaan yang kuat yang senantiasa mempunyai kuasa 2/3.. maka kestabilan politik dalam negara senantiasa terpelihara. Untuk itu, negara asing atau syarikat asing tidak segan silu melabur di Malaysia.

No comments:

Blog Archive