Tuesday, March 01, 2011

Mahkamah Jalan duta: Karpal perlu masa untuk mengenepikan cara-cara barang bukti diperolehi

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

Pada hari ini pihak pendakwaan telah mendedahkan bahawa barangan bukti -berus gigi kecil warna putih, tuala good morning, rambut diperolehi daripada lockup D9 IPD KL- di mana daripada barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'.

Barangan bukti dimana DNA Lelaki Y sepadan dengan DNA lelaki yang didapati dalam rektal Saiful diperoleh daripada OCCI Datuk Khoo Chee Hwa pada 17 Julai 2008.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak.

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat.

Setelah mendengar bagaimana barangan bukti dan sumber DNA-Karpal Singh berhujah, bahawa dia perlu masa untuk membuat hujahan.

No comments:

Blog Archive