PAS dan BN saling menuding jari antara satu sama lain berhubung insiden kekasaran yang berlaku sepanjang proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang hari ini.
Kedua-dua pihak mendakwa pergaduhan yang berlaku tercetus akibat tindakan provokasi lawan masing-masing.
Insiden tersebut – satu berlaku di SK Teluk Kemang pada jam 11.20 pagi tadi dan satu lagi berlaku di pusat pengundian SK Panglima Adnan pada jam 10.10 pagi tadi.
Kedua-duanya berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek dan tindakan membaling botol air mineral, menyebabkan keadaan menjadi tegang.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan ketika dihubungi mendakwa, kejadian tidak diingini itu sukar dikawal kerana pendekatan “politik ganas” BN.
“Ia menyebabkan keadaan sukar dikawal. Kedua, pihak polis gagal bertindak. Alasan yang diberikan tidak cukup tenaga.
Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian pula mendakwa, terdapat anggota Pemuda Umno yang cedera dan luka akibat dibaling batu oleh penyokong PAS di SK Telok Kemang pagi tadi.
Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakan polis yang mengawal keadaan, termasuk membuat tangkapan bagi mengawal keadaan keselamatan.
Usaha Pas melakukan ketegangan dan keganasan ala militan agar terjadi huruhara dan ketakutan kepada para pengundi.
Bagi Pas semakin rendah peratusan pengundian semakin baik,kerana mereka berjaya mengurangkan majoriti Umno dibanding keputusan Pru-12 yang lalu.
Namun peratusan pengundian hingga kini mencecah 70%, sasaran SPR 80%.
Dalam suasana sebegini.. tidak dapat dipastikan mana yang betul,kerana UMNO dan Pas saling menuding jari, puak mana yang melakukan provokasi.
Namun rekod menunjukkan, Pas selalunya melakukan kempen ala militan jika terdesak.

No comments:
Post a Comment