Monday, August 24, 2009

Teoh Beng Hock: Bunuh diri atau terbunuh

Teoh Beng Hock adalah seseorang yang sangat suka akan kerja dan tugasannya. Kerana itu satu kesilapan atas kerja atau tugas yang diberikan kepadanya sangat menganggu pemikiran dan emosinya. Keseimpulan ini diperolehi oleh Dr Kahirul Azman Ibrahim semasa menemubual keluarga TBH termasuk tunangnya.

Semasa temubual tersebut, Dr Khairul dapat menyimpulkan bahawa tiada tanda-tanda bahawa TBH ada kecenderungan membunuh diri, walaupun teorinya tersebut tidak mencukupi untuk membuat suatu kesimpulan muktamad.
.
TBH telah diambil keterangannya oleh pihak SPRM antara 3-3.30 pagi 16 Julai lalu, dan lepas itu dibenarkan pulang. Namun TBH tidak terus pulang sebaliknya berbaring atas sofa di ruangan pejabat SPRM. Antara 5-5.30 pagi 16 Julai, ada seseorang yang nampak TBH sangat gelisah dan mundar mandir dalam ruangan pejabat SPRM.
.
Ada hubungan kah kematian TBH ini dengan ganguan emosinya, kerana tugas dan kerjanya telah terencat, akibat siasatan SPRM, kerana itu tidak berapa lama setelah selesai memberikan keterangan kepada SPRM, TBH begitu gelisah. Kegelisahan tersebut, ditunjukan oleh tingkah lakunya yang mundar mandir. Kegelisahan TBH bertambah mempuncak lagi, apabila ada seseorang yang dia kenali menyalahkannya kerana berkerjasama dengan SPRM dan sanggup pula jadi saksi utama. Akibat buntuh fikiran ini, maka TBH tanpa terfikir apa-apa lagi, lalu terjun dan mati.
.
Apa kah teori ini akan terbukti melalui inkues TBH yang akan masuk hari ke-12 hari ini, sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive