Friday, August 28, 2009

Tan Boon Wah tidur di pejabat sprm tujuan apa??

Dalam sidang akhbar pada 17 Julai setelah diketahui bahawa Teoh Beng Hock dijumpai mati di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, Tan Boon Wah mengatakan bahawa beliau malas pulang ke Kajang, kerana ada sesi kedua soal jawab dengan pegawai sprm. Ternyata dakwaan Boon Wah ini betul, kerana memang benar bahawa sesi soaljawabnya dengan pegawai sprm bermula pada 11 pagi 16 julai.

Pertanyaan kenapa Tan Boon Wah sanggup diam di pejabat sprm dari 1.30 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, bukan kah jangka masa ini cukup untuk Tan Boon Wah pulang dan berehat! Apa kah ada misi tertentu Tan Boon Wah, kerana dia tahu, bahawa Teoh Beng Hock masih dalam proses merakamkan percakapan.

Tidak mungkin kalau Tan Boon Wah tidak terjumpa TBH dalam ruangan pejabat tersebut,kerana Tan tidak keluar pejabat sprm sehingga lah sesi ke-2 selesai.

Keterangan saksi ke-18 Mohd Najieb Ahmad Walad, bahawa beliau tidak mendengar suara pertengkaran antara jam 2-2.30 pagi 16 Julai adalah meragukan, walaupun suasana masa itu tenang, kerana Mohd Anuar Ismail (saksi ke-17) tidak mendengarnya,kerana yang mendengar adalah Bulkani Paharudin, kerana Bulakni kebetulan bersama-sama TBH dan Tan Boon Wah di dalam tandas Sprm.

Tan Boon Wah berada dalam pejabat sprm, menunggu TBH selesai merakamkan percakapan. Sesi perakaman percakapan TBH selesai pada 3.45 pagi, kemudian TBH lepak di sofa, tidur-tidur ayam di situ. Jam 5-5.30 pagi, seseorang melihat TBH mundar mandir, masa itu lah Tan Boon Wah muncul. Untuk mengelak kekecohan di dengar, maka Tan Boon Wah membawa TBH ke tingkap, di mana TBH terjun.

Sebenarnya Tan Boon Wah tahu benar punca kematian TBH, kerana masa itu Tan Boon Wah bersama-sama TBH di tingkap yang bermasalah tersebut.

No comments:

Blog Archive