Friday, August 28, 2009

Pilihan HARAKIRI Balai Polis atau pejabat sprm:Ganjil bukan!! DI Kuala Kangsar seorang lagi terjun bunuh diri

Teoh Beng Hock memilih pejabat sprm untuk bunuh diri. Akibat kematian mendiang, satu inkues ditubuhkan, dan sekarang telah masuk hari-15. Berbagai teori dikemukakan, dari pakar perubatan, polis maupun para penganalisis jenayah. Namun hingga kini belum dapat merungkai kematian Teoh Beng Hock.

Pagi tadi dikejutkan lagi dengan kematian Kwek Lee May, 20 tahun, yang dijumpai pada kira-kira 8 pagi dipercayai terjun bunuh diri dari bangunan polis Kuala Kangsar. Untuk sementara, kematian Kwek Lee May diklsifikasikan sebagai bunuh diri.

Dengan memilih balai polis atau pejabat sprm sebagai tempat bunuh diri merupakan keganjilan untuk sementara. Apa kah kelemahan kerajaan terlalu mudah menubuhkan inkues lah, suruhanjaya lah, membuat kan orang yang bertendensi bunuh diri memilih pejabat penguatkuasa undang-undang seperti balai polis dan pejabat sprm, agar supaya penguatkuasa undang-undang ini menjadi kambing hitam?

Tetapi yang menghairankan hingga kini belum ada lagi anggota penguatkuasa undang-undang terjun bunuh diri di bangunan sendiri. Trend apa kah ini? apa kah masyarakat negara ini terjangkit harakiri jepun?

No comments:

Blog Archive