Thursday, August 20, 2009

Surat Misteri kematian Teoh Beng Hock: Pegawai SPRM terlibat?

Siaran harakah daily net, mengatakan bahawa kandungan surat misteri yang diterima oleh peguam pemerhati keluarga TBH 18 Julai yang bertarikh 5 Ogos tersebut, ada tercantum bahawa pegawai kanan SPRM terlibat. Bagaimana kah isi kandungan surat tersebut boleh diketahui, sedangkan koronor inkues telah mengarahkan agar kandungan surat tersebut jangan disebar luaskan agar siasatan mengenainya tidak terganggu.

Sekiranya laporan tersebut benar, apakah analisis DNA 81 pegawai SPRM Selangor yang telah dikemukakan kepada inkues kematian TBH, tiada satu orangpun yang sepadan dengan DNA yang terdapat pada luar jaket dan tali pinggang TBH.

Apa kah laporan tersebut hanya merupakan provokasi? agar pegawai kanan SPRM tersebut dalam keadaan serba salah? ataupun bersifat andaian, kerana menyamakan dengan kes penumbukan Anwar Ibrahim oleh mantan ketua polis negara pada tahun 1998. Sama-sama kita tunggu seluruh kebenaran melalui inkues selanjutnya yang akan disambung pada pulul 2 Isnin depan.

No comments:

Blog Archive