Monday, August 24, 2009

Pukul 5 pagi ke 7.15 pagi 16 Julai masa kritikal merungkai kematian mendiang Teoh Beng Hock

Pegawai penyiasat Sprm Mohd Anuar mengesahkan, bahawa Teoh Beng Hock adalah saksi Sprm. Sebagai saksi adalah wajar, TBH diberi perlindungan yang sewajarnya. Akan tetapi TBH selepas sahaja disoal siasat, perlindungan terhadapnya tidak diberikan.Malah selepas disoal dibiarkan lepak di sofa.
.
Mohd Anuar malah tidur di Surau sehingga pukul 5 pagi dan meneruskan tidurnya di ruang tamu sehingga 8.30 pagi. I/O ini malah sempat melihat beg TBH terletak di sofa di mana TBH dikatakan berbaring pada pukul 9 pagi 16 julai. I/O ini dikatakan telah masuk pejabat pada 8.22 pagi 15 julai dan berada di situ sehingga 18 julai.
.
Pegawai penyiasat ini tidak mengambil tindakan previntif, kerana beliau tahu benar bahawa di pejabat sprm ada 4 orang tetamu asing, yakni Tan Boon Hwa dan Lee Wye wing berserta 2 orang lelaki cina yang masuk bersama Mohd Asraf pada 12.52 pagi 16 Julai.
.
Pada pukul 5pagi hingga 5.30 pagi ada yang ternampak TBH begitu gelisah dan mundar mandir di ruangan pejabat Sprm. Sementara itu Tan Boon Hwa juga mengaku melihat TBH di bahagian pantry pada 6.10 pagi.
.
Antara pukul 5 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai adalah masa-masa kritikal mengetahui gelagat TBH, kerana pada masa itulah, kemungkin TBH bermasalah, kerana Dr Prashant memberi tahu, bahawa pada jam-jam itulah kemungkinan TBH mati.
.
Satu persoalan yang perlu dicari adalah, Mohd Anuar adalah seorang perokok, malangnya pada masa-masa itu, beliau tidak ke tingkap yang dipertikaikan untuk merokok, di manakah tempat Mohd Anuar merokok kali ini? Apa kah, memang ada satu muslihat, bahawa ada orang-orang tertentu berada di tingkap tersebut, sehingga Mohd anuar segan ke situ?
.
Antara pukul 5 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai, dimanakah Tan Boon Hwa berada? kemudian 2 orang asing yang tidak diketahui itu berada dimana? Untuk merungkai kematian TBH ini, penumpuhan pada masa-masa ini sangat penting, kerana di temukannya 2 DNA asing satu di jaket dan tali pinggang TBH.
.
Dalam inkues ini juga, timbalan pengarah sprm di mana namanya disebut dalam surat misteri, perlu disiasat, kerana pegawai kanan ini masih berada dalam bangunan sprm pada masa-masa tersebut, kerana beliau dipercayai keluar pada 6.26 pagi 16 julai.

No comments:

Blog Archive