Friday, August 21, 2009

Misteri kematian Teoh Beng Hock: Apakah kerana berkerjasama dengan SPRM?

Setelah 11 hari inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock, surat misteri yang mengaitkan mantan MB Selangor dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor timbul. Apakah si penulis surat berfikir agak panjang, baru tersedar bahawa adalah lebih baik baginya menulis surat tersebut. Atau kah ada konspirasi tertentu mengaitkan mantan MB Selangor itu dengan Timbalan Pengarah SPRM tersebut agar kesepakatan mereka terbongkar, seperti mana kandungan surat bertarikh 5 Ogos tersebut.
.
Jika benarlah kandungan surat tersebut, apa kah kerana itu TBH dibunuh kerana bersengkokol dengan musuh kerajaan pakatan.Menghapuskan TBH di dunia ini, boleh membebaskan para pelaku salahguna kewangan kerajaan yang disiasat oleh SPRM. TBH adalah saksi utama SPRM dalam kes salah guna tersebut, kerana itu TBH dianggap telah berpaling tadah? dan patut mati? Tafsiran seumpama ini lah yang patut dicari dalam inkues mendiang TBH ini.

No comments:

Blog Archive