Friday, August 21, 2009

Mendiang Teoh Beng Hock: Surat misteri berisi tuduhan palsu

Jika sekiranya surat tersebut dibuat oleh pegawai SPRM, kenapa menggunakan perkataan "dipercayai" contohnya kad perakam waktu Timbalan Pengarah yang dimaksudkan, penulis tersebut menggunakan perkataan "dipercayai" ini bermakna, penulis tersebut bukan pegawai SPRM, kerana jika penulis adalah pegawai SPRM penulis tidak perlu tulis "dipercayai" untuk melihat kad perakam waktu TP yang dimaksudkan.

Bagi hemat saya surat ini dibuat semata-mata mencari kambing hitam dalam kes kematian TBH ini. Jika sekiranya isi tulisan ini betul, tidak perlu lah menunggu sehingga 5 Ogos untuk menulis, dan lebih 10 hari untuk menunggu menyerahkan secara misteri kepada Gobind Singh Deo, sedangkan perjalanan inkues telah masuk hari ke-11 dan faktor-faktor yang menyelebungi misteri kematian TBH hampir terungkai.

Surat misteri ini, dirasakan hanya mahu melencongkan perjalanan inkues ini kepada faktor-faktor hear say.

Melibatkan Khir Toyo memang kerja politik, melibatkan TP yang berkaitan bermotifkan dendam, kerana jika dianalisis kandungan surat tersebut, TP ini adalah punca membongkar kerja-kerja penyelewengan exco pakatan di Selangor.

Jawatan setinggi TP, kalau bukan tugasnya mengarah, coba sebutkan apa lagi yang beliau boleh buat? pegawai-pegawai bawahan mesti menerima arahan daripada atasan, jika tidak dari mana pula menerima arahan?.

Tidak salah mempertimbangkan untuk membuat siastan terhadap surat misteri ini, tetapi yang penting jangan terlalu prejudice.

TP yang dimaksudkan perlu memberikan DNA untuk merungkai kemelut kematian TBH ini, bagi Khir Toyo secepatnya membuat laporan polis.

No comments:

Blog Archive