Wednesday, August 19, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock dikejutkan dengan satu surat

Inkues hari ke-11 hari ini dikejutkan apabila peguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo memberitahui koronor Azmil Muntapha Abas, bahawa beliau menerima sepucuk surat semalam yang mengandungi maklumat mengenai kematian mendiang TBH.

Isi surat tersebut dipercayaai telah dibaca oleh Koronor dan dipercayaai pihak polis memulakan siasatan mengenai kebenaran kandungan surat tersebut.

Inkues kematian TBH ini samakin membuahkan banyak misteri, selain 2 DNA lelaki yang terdapat pada jaket dan tali pinggang TBH belum terungkai, sekarang surat misteri pula menjadi persoalan.

Dari siapa kah surat tersebut, atau satu lagi lakonan agar kematian TBH ini semakin misteri?

No comments:

Blog Archive