Inkeus hari pertama seorang pegawai keselamatan ada memberitahu, bahawa pada 12.52 pagi 16 Julai ada seorang pegawai SPRM bersama 2 orang cina yang tidak dikenali telah masuk bangunan SPRM. Siapakah 2 orang itu? Apakah Tan Boon Hwa kenal mereka atau individu tertentu yang dipanggil Tan Boon Hwa untuk membawa dokumen-dokumen penting yang ingin diserahkan kepada SPRM?
Tan Boon Hwa telah selesai sesi pertama soal jawab pada 1.30 pagi 16 Julai, kemudian Boon Hwa tidak mahu pulang, walapun dibenarkan pulang. Antara pukul 3.45 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, apa yang Tan Boon Hwa lakukan dalam pejabat SPRM tersebut. Sebagai catitan mendiang Teoh Beng Hock dipercayaai mati antara 7.15 pagi ke 11 pagi 16Julai, berasaskan keterangan pakar pathologi Dr Prashant Samberkar.
Penumpuhan siasatan ini seharusnya kepada Tan Boon Hwa dan 2 orang lelaki cina yang masuk pada 12.52 pagi 16 Julai lalu. Penyiasatan kepada surat misteri yang diterima peguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo yang diterima pada 18 Ogos dari seseorang yang tidak dikenali, seolah-olah isi surat itu menyenaraikan maklumat orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan kematian TBH, hanya merupakan gimik,kerana faktor penting sebenarnya dalam inkues kematian TBH ini, ada pada Tan Boon Hwa sendiri.
Cahaya menyingkap penyebabkan TBH jatuh dari tingkap T-14 pejabat SPRM ada pada DNA yang dijumpai pada sebelah luar jaket dan tali pinggang TBH. Proses merungkai DNA ini, boleh dikorek melalui Tan Boon Hwa, kerana asasnya adalah Tan Boon Hwa berada dalam bangunan SPRM tanpa tujuan jelas saat mana TBH dipercayaai mati akibat jatuh.
Apa kah melalui surat misteri ini, point yang mengarah kepada Tan Boon Hwa akan melencong jauh? dan melalui surat misteri itu juga, individu-individu yang tiada kait mengait akan ikut disiasat, dan akhirnya akan memperlambat perungkaian inkues ini.
Persoalan yang perlu dicari, jika motif penulis surat tersebut mencari kebenaran,kenapa tidak langsung dihantar kepada koronor inkues ini, kalau pun tidak percaya kepada pihak polis? kenapa perlu melalui Gobind Singh Deo? Satu tanda tanya besar mengenai maksud tersirat surat misteri ini. Walau bagaimanapun, kita tunggu isi surat tersebut melalui inkues seterusnya.

No comments:
Post a Comment