Friday, August 28, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock: alasan TIDUR Mohd Anuar Ismail suatu alibi???

Inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock berlabuh hari ini setelah masuk hari ke-16 dan akan disambung semula pada 8 September.

Selama mendengar inkues selama 16 hari, terlalu sedikit maklumt yang dapat merungkai punca TBH bunuh diri atau dibunuh.

Mahkamah inkues, tidak seluruhnya diisi dengan mencari fakta punca TBH bunuh diri atau di bunuh, akan tetapi mahkamah jadi politiking antara Datuk Abdul Razak Musa dan Gobind Singh Deo.

Inkues ini selain mendapati ada percangahan maklumat antara pegawai sprm sendiri, juga terdapat banyak loop hole semasa menjalankan siasatan kepada TBH.

Sebagai contoh apabila saksi ke-19 mengambil tempat sebagai saksi, bahawa beliau tidak pernah memberi soalan kepada TBH, sebaliknya kehadiarannya sebagai tukang pukul, kerana pegawai yang menyiasat TBH ada lah rakan Mohd Ashraf, Yakni Arman Alies. Semasa ditanya, siapa yang akan beri laporan kepada ketua mereka Hairul IIlahm Hamzah, Asharf dengan sigap berkata Arman!.

Kehadiran Asraf di bangunan sprm sehingga 5.06 pagi (punch card) dan 5.12 pagi (cctv) 16 julai apakah hanya sekadar memberi segelas air pada TBH pada kira-kira pukul 4.45 pagi.

Kenapa kah fakta-fakta misteri seperti jam 5-5.5.30 pagi tiada pegawai yang ditugaskan dapat melihat gelagat TBH, kalau pun ada, yaitu pegawai penyiasat kes ini, Mohd Anuar Ismail sendiri, malangnya katanya: dia tidur di dua tempat sehingga 8.30 pagi 16 julai. (alasan tidur apakah satu alibi??).

Fakta yang mencurigakan terhadap Mohd Anuar Ismail adalah: Telah 2 orang pegawai sprm mengesahkan bahawa tiada pergaduhan berlaku antara pukul 2-2.30 pagi 16 julai.

Fakta yang ganjil adalah: Mohd Anuar Ismail tahu bahawa TBH adalah saksi utama sprm, kenapa kah pegawai ini tidak terus membuat laporan polis sebaik mengetahui kematian TBH.

Ada kemungkinan kah Mohd Anuar mengetahui apa yang berlaku antara 5 hingga 7.15 pagi 16 julai, kita tunggu apa kah inkues ini mampu merungkainya.

No comments:

Blog Archive