Friday, August 28, 2009

Kekalutan dan tekanan yang tak terkawal punca Teoh Beng Hock bunuh Diri!!!

Rakaman percakapan Teoh Beng Hock yang bermula pukul 10.40 malam 15 Julai dan berakhir kira-kira 3.45 pagi 16 julai masih bersifat sukarela. Rakaman percakapan tersebut bukan berbentuk beramaran, kerana TBH belum ditahan reman menurut seksyen 117 acara jenayah.

Unsur paksaan tidak wujud dalam rakaman percakapan sukarela, kerana rakaman tersebut masih bersifat meniliti dokumen-dokumen yang disyaki ada unsur jenayah rasuah. Dokumen-dokumen tersebut perlu diteliti apa kah ada unsur jenayah, walaupun melalui rakaman percakapan terdapat unsur jenayah, akan tetapi pendakwaan akan berpaksi kepada dokumen-dokumen yang ditemukan. Hakim tidak akan membuat keputusan berasaskan hear say, melainkan berasaskan bukti-bukti yang dikemukakan di hadapannya.

Rakaman percakapan TBH pada masa-masa tersebut, tersalah anggap oleh TBH,kerana mungkin dalam fikirannya, beliau dan konco-konconya akan didapati bersalah, kerana dokumen-dokumen yang ditanyakan kepadanya semuanya palsu.

Kerana TBH tahu benar bahawa tuntutan yang tersimpan dalam laptop dan cpunya adalah tuntutan-tututan palsu, kerana itu lah dari awal-awal lagi TBH merasa gelisah, tertekan dan ketakutan.

Ketakutan yang amat sangat, kegelisahan yang amat sangat, serta tekanan yang amat sangat membuatkan orang hilang pertimbangan. Keadaan ini lah yang terjadi kepada TBH. TBH pada awal-awalnya telah mencuba menghubungi beberapa orang rakannya melalui telepon bimbitnya, namun hingga jam 3.45 pagi tiada seorang pun muncul menolongnya. Kekalutan yang amat sangat ini membuatkan TBH sangat gelisah dan tertekan, kerana itu ada orang ternampak bahawa TBH mundar-mandir di ruangan tamu pejabat sprm antara pukul 5-5.5.30 pagi 16 Julai. Saksi ke-19 Mohd Asharf Mohd Yunus sempat memberikan segelas air kepada TBH pada kira-kira 4.45 pagi 16 Julai, saksi ke-19 ini mengesahkan bahawa pada masa itu tidak ada sesiapa berada di ruangan tetamu pejabat sprm melainkan TBH seorang.

Merasa keseorangan (walaupun sebelum ini dikatakan Tan Boon Wah bersamanya) membuatkan TBH putus harapan. Putus harapan ini lah yang bermain-main di kepala TBH masa itu, mungkin demi menghilangkan segala kekalutan tersebut, TBH teringat sifat orang jepun, yakni harakiri, bunuh diri demi menebus maruah!.

TBH kemungkin bunuh diri demi menebus maruah, walaupun ada 2 orang tidak dikenal cuba menyelamatnya dengan menggapai jaket dan tali pinggangnya. Gapaian 2 orang asing ini, tidak mampu mencegah TBH jatuh, kerana berat badan TBH yang di katakan 70kg, ditambah dengan tarikan graviti, akan mencapai 5 kali lebih berat, dan hingap di impak akan mencecah 10 kali ganda berat badan.

Berjayakah inkues ini membuktikan bahawa TBH bunuh diri kerana harakiri?? Teori penguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo yang mengaitkan ada unsur penyiksaan tidak timbul, kerana semasa perakaman percakapan TBH masih bersifat sukarela, belum ke tahap beramaran, kerana TBH belum ditahan reman!.

No comments:

Blog Archive