Wednesday, August 19, 2009

Hanya pakar forensik dapat menentukan taraf psiokologi Beng Hock sebelum ditemukan mati: Dr Prashant Samberkar

Hari ke-10 inkues kematian TBH diberitahu, bahawa hanya pakar forensik yang dapat menentukan taraf emtional dan psiokologi TBH sebelum ditemukan mati. Pakar pathologi ke-2 Dr Prashant Samberker berkata demikian semasa menjawab soalan penguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo.

Dr Prashant juga memberitahu inkues, bahawa ada 5 sebab kenapa TBH semasa sampai ke impak di T-5 luar Plaza Masalam; masih sedar. Antara sebab-sebab yang diberikan adalah: jumlah kerosakan tisu lunak, jumlah darah dan pembekuan darah yang terdapat di bahagian kanan dan kiri dada TBH. Sementara itu, doktor pakar ini memberitahu inkues, bahawa kematian TBH bukan disebabkan dibunuh, kerana tiada kesan pergelutan, tiada kesan kecederaan lidah, kesan pada kasut kerana akibat impak berat badan TBH semasa sampai ke tempat impak.

Ada kemungkinankah semasa TBH duduk di tingkap seseorang telah menolaknya, kerana kesan DNA misteri terdapat di bahagian jaket TBH. Apa kah melalui inkues ini, individu misteri tersebut dapat dirungkai? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive