Thursday, August 20, 2009

Datuk Khir Toyo: Ada kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock?

Surat misteri 5 helai yang dikatakan berlambang SPRM di taip dalam bahasa Malaysia serta tidak bertanda tangan bertarikh 5 Ogos, 09 dikatakan memuatkan satu konspirasi antara Khir Toyo dengan pegawai kanan SPRM dalam kes Teoh Beng Hock.

Terlalu mudah membuat tuduhan, terlalu mudah percaya, sehinggakan surat seperti itu pun boleh diyakini ada kebenarannya. Mungkin satu ketika lagi, surat-surat seperti itu akan menjelma. Perlu diingat, bahawa surat-surat seperti ini hanya bertujuan melencongkan proses inkues kematian mendiang TBH.

Sepatutnya, pihak Koroner, perlu menumpukan perjalanan inkues ini kepada orang-orang tertentu yang dipercayaai berada dalam bangunan SPRM, ketika mana TBH dipercayaai terjatuh lalu mati.

Individu-individu yang berasaskan hear say, perlu diketepikan dahulu, rungkai dahulu apa yang sebenarnya terjadi antara pukul 3.45 pagi hingga 10.59 pagi 16 Julai, 09. Tumpukan kepada individu-individu yang dipercayai terlibat langsung dengan proses soal siasat hinggalah dijumpainya mayat TBH.

Melencongkan perjalanan inkues ini kepada surat-surat layang yang belum tentu kebenarannya hanya memperlambat proses inkues ini.

Jika sekiranya ada kebenaran surat misteri tersebut, kenapa tidak langsung dialamatkan kepada Koronor?

No comments:

Blog Archive