Monday, April 13, 2009

Sanggupkah Anda

Coba beritahu bagaimana mendekati pimpinan kerajaan, pemimpin parti atau mereka-mereka yang mempunyai kuasa dalam kerajaan. Coba beritahu, bagaimana mencari kehidupan melalui projek kerajaan atau setidak-tidaknya aktiviti yang ada hubung kait dengan kerajaan. Coba beritahu, bagaimana berjumpa pegawai-pegawai kerajaan yang diberikuasa mengagihkan projek-projek atau rancangan yang telah diluluskan oleh kerajaan. Coba beritahu, bagaimana memanfaatkan peluang-peluang yang ada; jika tidak mendapat sokongan kerajaan atau institusi yang ada hubungan dengan kerajaan. Coba beritahu ini semua. Anda yang telah berjaya sanggupkah beritahu, cara-cara anda memperolehi kejayaan anda, sanggupkah anda memperkenalkan rakan anda kepada pimpinan yang anda kenal. Sanggupkah ada menjemput rakan anda berjumpa dengan pegawai-pegawai yang punya kuasa. Sanggupkah anda membantu rakan anda, jika rakan tersebut mengalami kesusahan hidup,misalnya jatuh muflis dan sanggupkah anda membantu rakan anda yang kehilangan pekerjaan. Sanggupkah anda menjadi sifu. Jika anda sanggup, anda merupakan sebahagian insan terpilih yang sukar dicariganti.

No comments:

Blog Archive