Monday, April 13, 2009

Berkira-kira

Coba kira, berapa harga SMS (short message system). Kalau sehari menghantar 100 SMS, bernilai? dan sebulan berapa jumlah wangnya? Kerana itu saya tidak suka hantar SMS dan balas SMS. Pendirian ini adalah pendirian seorang pimpinan Negeri Sabah yang terjumpa dengan saya baru-baru ini. Tambah lagi, katanya kalau ada orang misscall, saya tidak akan balas, kenapa perlu saya balas, sipemanggil yang ingin bercakap dengan saya, apabila saya tidak sempat menjawab panggilannya, bukan bermakna saya tidak mahu menjawabnya, tetapi saya manusia juga, perlu tidur,perlu mandi dan sebagainya. Jika kita kaji pendirian pemimpin ini, banyak betulnya. Seorang pemimpin tidak perlu menjawab atau menghantar SMS, seorang pemimpin tidak perlu memanggil balik misscall, seorang pemimpin tidak perlu jawab panggilan talipon, sebabnya kerana dianya adalah pemimpin. Kalau ada rakyat minta wang kerana kesusahan, untuk apa diberi wang, tanyakan kepada sipeminta itu, jika ada tanah: suruh tanam apa saja pasti jadi wang. Jika tempat tinggalnya dekat laut atau sungai, suruh saja ke laut dan sungai,pasti dapat ikan, dan juallah ikan itu, pasti dapat wang. Jika tanah tiada dan tinggal berjauhan dengan laut, suruh saja keladang-ladang besar atau restoran-restoran, atau bangunan-bangunan yang sedang dibangun atau jalan-jalanraya yang dinaiktaraf, pasti dapat kerja dan dapat upah berbentuk wang.

Lanjut pemimpin itu lagi, di rumah saya ini: ramai yang datang membawa bill api, bill air, surat saman bank kereta tidak berbayar, minta bantuan majlis persandingan anak, belanja baca doa tujuh hari dan berbagai lagi. Saya katakan pada mereka, jika bill air tidak dapat dibayar, gali perigi atau ambil air dari sungai. Jika bill api tidak dibayar, tukar kepada lampu suluh. Jika kereta tidak dapat dibayar, suruh saja tarik kereta itu, persandingan anak yang kahwin tidak perlu, jika tidak mampu, minta bantuan doa tujuhhari, tidak perlu, berdoa tidak perlu makan-minum. Kagumkah anda kepada pemimpin ini. Saya sungguh kagum, kerana ada pepatah mengatakan: Jangan beri ikan tetapi berilah kail.

Suatu ketika, saya sempat berborak-borak dengan pemimpin yang sama, ditempat yang boleh diketogarikan tempat yang harga kopinya RM 10.00 ke atas secawan. Katanya lagi, demi membantu rakyat kita, kita perlu ada kuasa. Kuasa yang dimaksudkannya adalah kuasa politik. Menurut pemimpin itu lagi, beliau memulakan percaturan dalam proses mendapat kuasa melalui pencalonan. Setelah layak nanti, maka proses selanjutnya melihara perwakilan.

Selang beberapa bulan kemudian, benar juga kaedah yang digunakan oleh pemimpin ini telah berjaya, dan beliau sekarang telah ada kuasa politik. Seperti katanya SMS,panggilan semuanya tidak perlu dijawab. Ucapan tahniah sayapun, hingga kini tidak berjawab.

No comments:

Blog Archive