Showing posts with label wardina. Show all posts
Showing posts with label wardina. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina dimasuki perompak

Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot melalui mimpi ngeri apabila rumahnya di Bukit Antarabangsa, Petaling Jaya dimasuki perompak bertopeng dalam kejadian awal pagi Khamis.

Wardina dalam entri Twitternya berkata, kira-kira tiga orang perompak memecah masuk rumahnya lalu memukul suaminya Ikhwan Johari sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuklah lima buah komputer riba dan juga telefon bimbit.

“Mereka seperti marah kerana tidak menemui barang kemas. Perompak itu memakai topeng, bertongkat dan juga memegang parang. Ia amat menakutkan,” katanya.

Wednesday, July 06, 2011

Wardina dapat pembelaan ADUN Seri Setia

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kesal kerana kehadiran Wardina Safiyyah dalam satu program anjurannya dijadikan modal fitnah oleh penulis blog tertentu yang menyerang personaliti televisyen popular itu.

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain.

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi yang turut memohon maaf kepada Wardina.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu memuncak beberapa hari kemudian apabila gambar artis popular itu dimuatkan dalam laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Katanya, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

"Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Sunday, July 03, 2011

Benar kah Wadina Safiyyah berehat kerana tertekan?

PELAKON dan PENGACARA Wardina Safiyyah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari meneruskan tugas sebagai Pengacara Rancangan TV3 Malaysia Hari Ini(MHI) bagi mencari ketenangan setelah dikecam oleh beberapa pihak.

Wardina yang sebelum ini menafikan sekeras2nya menyokong rusuhan BERSIH mendakwa beliau mengakui mengalami tekanan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap karier yang beliau ceburi akibat daripada serangan beberapa blog sebelum ini.

Pelakon sitcom Spanar Jaya ini berkata beliau akan kembali bertugas seperti biasa setelah berehat selama 2 bulan.

Begitu sekali tekanan yang dihadapinya?

Saturday, July 02, 2011

Wardina nak saman blogger siarkan gambarnya tidak bertudung

Gambar wardina pengacara MHI di TV3 tidak bertudung telah tersebar dibeberapa laman blog baru-baru ni. Wardina juga memberi amaran keras kepada pemilik blog berkenaan agak mengeluarkan gambar yang mengaibkan dirinya itu. Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah juga memberi tempoh 14 hari kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mmbuang gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian. Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka. “Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Friday, July 01, 2011

Wardina Safiyyah Buat U Turn-baca pengakuannya

Wardina bersama Azmin Ali
Salaam,
27/6/2011
Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap. Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir.

Sedarlah "Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh leih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" Al-Ana'm #32

Bermainlah kamu.... saya tidak terpedaya dengan dunia yang sementara..kerana saya yakin pada yang Esa...Itu kekuatan saya.

-Wardina Safiyyah- W

Wardina Safiyah berdalih

Ekoran tulisan blog anwaradic.com yang menulis bahawa selebreti TV3 itu kini terang-terangan menyokong pembangkang; Wardina Safiyah (gambar) berdalih, kononnya dia tidak tahu bahawa majlis yang dihadirinya yang juga turut dihadiri oleh Azmin Ali dan beberapa pemimpin Pembangkang lain adalah anjuran PKR.

Manusia kalau terperangkap apatah lagi menyangkut periuk nasi, semua alasan dapat diberi.

Blog Archive