Showing posts with label isa. Show all posts
Showing posts with label isa. Show all posts

Tuesday, June 07, 2011

Siapa Abdul Haris Syhuhadi-63 Tahun? ditahan dibawah ISA

Seorang peniaga kecil di Klang yang bernama Abdul Haris Syuhadi berumur 63 tahun ditahan dibawah ISA, kerana kononnya terbabit kegiatan keganasan.

Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)-maklumat penahanan Haris, diketahui melalui ahli keluarganya.

Pada tahun ini sahaja seramai sembilan orang ditahan dibawah ISA kerana ada kaitan dengan keganasan.

Wednesday, October 28, 2009

Nizar: 22 Tahun operasi Lalang. ISA Masih Releven?

17 Julai lalu, Tun Abdullah Badawai, mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

abdullah ahmad badawi pm pc 160908 01Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Pemuda Gerakan berdemo

Pada 16 Julai lalu, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

NONEParti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Namun sambutan 1 Ogos demo apa yang dikatakan GMI tidak mendapat sambutan, walaupun beratus FRU ditempatkan di Ibu Negara.

Setelah 22 tahun operasi lalang yang terkenal itu, hari ini merupakan peristiwa itu berlaku. Setelah 22 tahun, ISA tetap ada, dan masih releven demi keselamatan negara. Kata orang membendung lebih baik daripada ,mengubati.

Saturday, October 03, 2009

Nizar-Pas-Anwar TIDAK Setuju Cadangan Mahathir soal I.S.A.

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada satu tahun berbanding dua tahun mendapat perhatian orang ramai.

Menurut Presiden Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh berkata syor tempoh tahanan ISA satu tahun tersebut merupakan saranan yang tidak rasional dan praktikal jika ianya diwujudkan juga.

“Saya kira pertamanya, Dr. Mahathir adalah orang yang paling tidak layak sekarang untuk bercakap sama ada wajar atau tidak atau sama ada boleh dipendekkan atau tidak.

“Bagi GMI, saranan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya ISA dimansuhkan adalah lebih munasabah dan berperikemanusiaan.

“Jadi bagi saya wajar satu tahun atau dua tahun bukan soalan dipersoalkannya tapi yang sebenarnya adalah wajarkah ISA ini diwujudkan atau pun tidak kerana bagi GMI sendiri seorang itu tidak boleh ditahan tanpa bicara walaupun satu hari,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa soal berapa hari pun tempoh tahanan seharusnya tidak dijadikan agenda pihak tertentu ekoran pada asasnya apa yang lebih penting ialah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.

“Jadi proses sekarang di bawah ISA tidak wujud ruang sama sekali jadi soal dua tahun, satu tahun atau pun enam tahun mahupun sebulan, bagi kita itu adalah soal praktikal bagi soal fundamental, soal asasnya adakah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.

“Sepatutnya ruang pembelaan, penahanan dan ruang keadilan itu juga diberikan kepada seseorang dan kalau didapati bersalah sebelum dibicarakan, maka ia layak dihukum tetapi selagi itu tidak berlaku, seseorang itu tidak dibolehkan biar ditahan walaupun satu hari,” katanya.

Ibrahim menambah terdapat dua perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam hal ini iaitu soal keselamatan dan soal keadilan.

“Ada dua perkara penting di situ, soal keselamatan negara dan soal keadilan. Dalam soal keadilan ianya adalah sesuatu yang tinggilah dalam menentukan sesuatu undang-undang ataupun menentukan satu prosedur, proses dan sebagainya.

“Keadilan itu adalah tertinggi yang sebenarnya. Maknanya ianya tidak boleh digadaikan atas dasar untuk semata-mata atas isu keselamatan. Kalau pun kita membincangkan isu tentang keselamatan dan kestabilan negara, kita perlu melihat supaya peraturan dan undang-undang itu supaya ianya tidak memberikan atau menafikan hak keadilan dan juga hak seseorang,” katanya.

Difahamkan setakat ini terdapat lebih daripada 17,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang telah dianiaya oleh akta ISA ini semenjak ianya diwujudkan.

Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut sama ada boleh ISA digantikan dengan perbicaraan mahkamah, beliau berkata di negara ini terdapat undang-undang penjenayah tertentu yang boleh memahami kes-kes keganasan.

Jelasnya, undang-undang ini seharusnya diberikan peluang untuk berdiri dengan sendiri.

“Bagi kami kalau ISA hendak digantikan dengan perbicaraan sebenarnya boleh dan buat masa ini sebenarnya kita ada undang-undang criminal prosedur code yang boleh memahami kes-kes keganasan cumanya adakah kebijaksanaan di pihak peguam negara mahupun di pihak perundangan kita untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada ini.

“Kalau ada political will pun dengan kehendak politiknya yang kuat, perkara ini boleh dilakukan tinggal lagi ianya tidak dibuat satu kajian yang betul dan terperinci untuk digunakan undang-undang sedia ada dan kemudian melepaskan atau memansuhkan ISA,” katanya.

Saturday, August 01, 2009

Gerakan Menentang ISA (GMI) apa Faedahnya

Hari ini didakwa akan menghimpun 100 ribu manusia berhimpun bagi menyokong GMI di Kuala Lumpur. Hanya berhimpun dan kononnya lagi ingin menyerahkan memoranda kepada istana. Apa faedahnya? Memang ISA menjadi musuh kepada penjenyah, musuh kepada ekstremis, musuh kepada pelanggar undang-undang negara.
.
Bagi mereka yang bukan subrisif, adalah pasti ISA hanya merupakan nota-nota atas kertas, tidak bererti dan tidak berkesan. Akan tetapi yang tergolong seperti yang diuraikan di atas, ISA bagaikan empedu, bagaikan racun arsenik yang sungguh pahit dan mematikan.
.
Hanya mereka yang cintakan keganasan akan merasa bahawa ISA ada erti, akan tetapi bagi mereka yang suka kedamian, ISA tidak pernah terfikirkan.

Blog Archive