Showing posts with label TKSU KBS Khalwat. Show all posts
Showing posts with label TKSU KBS Khalwat. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Bahana Nafsu

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, (kanan) dan pasangannya Nur Diayana Norslan, 29, selepas dituduh berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut di George Town, Isnin. Mereka membayar jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Salim dan Nur Diayana mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lepas.

Pelik dalam bilik berdua-dua jam 4 pagi-ditangkap berdua-duaan-tak mengaku salah??

Timbalan Ketua Setiusaha KBS didakwa berkhalwat

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama.

Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Blog Archive