Showing posts with label Rasuah Azmin. Show all posts
Showing posts with label Rasuah Azmin. Show all posts

Friday, June 01, 2012

Duit siapa dalam akaun Azmin itu?

Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.

Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.

"Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.

Pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.

Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

"Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.

Beliau berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.- BERNAMA

Thursday, May 31, 2012

Rasuah Azmin: Ada bukti-bukti baru

Blogger RPK mendakwa seorang bekas penyiasat SPRM (dulu BPR) telah menyerahkan bukti-bukti baru berhubung rasuah Azmin Ali.

Dengan dakwaan itu, SPRM memberi respon, bahawa dalam kes jenayah rasuah, tiada had waktu yang ditetapkan; jika ada bukti-bukti baru, maka kertas siasatan akan dibuka semula.

Ada beberapa fakta yang perlu dirungkai berhubung kes rasuah yang membabitkan Azmin:-

Pertama-Seorang penjawat awam yang hanya bergaji RM2,244/bulan dalam spin waktu yang singkat dapat mengumpul harta jutaan ringgit plus wang jutaan dalam akaun bank, samaada atas nama sendiri ataupun isteri.

Kedua-Mengapa kes pemilikan harta Azmin ditutup 17 tahun lalu, sedangkan fakta/bukti  wujud.

Ketiga-Peranan Anwar Ibrahim dalam kes rasuah setiausaha sulitnya itu?

Tuesday, May 29, 2012

Rasuah Azmin- Anwar terlibat menutupnya

Satu kenyataan daripada pegawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini, menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

Blog Archive