Showing posts with label RCI TBH. Show all posts
Showing posts with label RCI TBH. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Nazri merapu lagi

Saya tidak tahu untuk menyatakan apa lagi terhadap Nazri Aziz ini. Walau apa pun hujah beliau, nampaknya menteri yang menjaga parlimen ini seolah-olah tetap mahu menyalahkan SPRM, sekali gus mahu menjadikan SPRM sebagai kambing hitam. Siapakah Nazri untuk menentukan sebab dan akibat hidup mati seseorang itu? Nazri dilaporkan berkata, "Kematian Teoh Tidak Akan Berlaku Jika Siasatan Ikut Standard" (baca di sini).

Apa hak Nazri untuk berkata sedemikian? Pertama - Nazri bukan Tuhan! Kalau sekali pun SPRM mengikut standard (SOP) dalam siasatannya, tetapi jika suspek benar-benar bersalah dan tertekan, lalu membunuh diri, maka apakah kita masih tetap mahu menyalahkan SPRM? Ambil contoh kematian Ahmad Sarbini Mohamed di bangunan SPRM, apakah Nazri mahu menunding jari kepada SPRM sebagai punca kematiannya disebabkan SPRM tidak mengikut standard siasatan?

Jawapan dalam soal ini sangat mudah - izinkan SPRM menyelesaikan kes rasuah Teoh sehingga selesai - jika sudah terbukti bahawa DAP dan Teoh terlibat dengan rasuah, maka kematian Teoh adalah disebabkan "dosa" diri sendiri dan bukan SPRM. Dengan kata lain, kematian Teoh tiada kena mengena dengan SPRM, sebaliknya Teoh yang tertekan dengan dosa rasuah yang dilakukannya sehingga sanggup membunuh diri sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah! Mustahillah Nazri tidak nampak semua ini?

Kalau beginilah sikap Nazri, saya boleh katakan kematian Teoh tidak akan berlaku sekiranya DAP Selangor tidak terlibat dengan sebarang rasuah, dan kematian Teoh juga tidak akan terjadi seandainya tiada laporan rasuah dilaporkan kepada SPRM. Dengan kata mudah, kematian Teoh bukan berpunca daripada SOP SPRM yang salah atau tidak standard, tetapi kematian Teoh adalah berpunca daripada tabiat rasuah yang bermaharajalela dalam DAP! Untuk menutup malu, bunuh diri adalah jalan paling mudah bagi mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah. Ada faham?

Cubalah semak kembali, sudah berapa banyak kes yang dikendalikan oleh SPRM yang menggunakan SOP yang sama dengan kes Teoh, ada kita dengar sesiapa bunuh diri akibat daripada tekanan siasatan yang kononnya tidak mengikut SOP SPRM? Tetapi, yang peliknya apabila kes seperti ini terkena batang hidung DAP atau kaum Cina, riuh satu Malaysia, seolah-olah SPRM jauh lebih hina daripada tahi anjing! Hanya orang yang bersalah sahaja yang sanggup membunuh diri, kerana itu penyelesaian paling mudah.

Sepatutnya Nazri mempertahankan SPRM dan bukan membuat kenyataan bodoh seperti di atas. Sekarang cuba Nazri jawab soalan saya, Altantuya tidak akan mati dibunuh di Malaysia sekiranya Najib tidak membeli kapal selam, betul atau tidak? Boleh terima soalan bodoh macam ini? Untuk Nazri, cukuplah DAP sahaja yang menjadikan SPRM sebagai kambing hitam, jangan ditambah lagi komen-komen hanyir seperti ini.

Bukan mudah untuk membuat sesuatu kerja dengan SOP yang standard, lebih-lebih lagi dalam kerja siasatan seperti polis dan SPRM - atas kertas nampak cantik SOPnya, apabila hendak dilaksanakan, cirit hijaulah jawapnya. Cubalah sekali sekala Nazri jadi pegawai siasatan, kita mahu tengok SOP yang macam mana digunakannya bagi mendapatkan maklumat daripada suspek.

Masalahnya sekarang, apakah Nazri sebagai menteri ada SOPnya? Kakitangan awam bukan balaci kepada menteri, bila-bila masa boleh dikambinghitamkan sesuka hati. Saya nak ingatkan Nazri agar menjaga hati kakitangan awam dan jangan mudah menyalah mereka ikut sedap mulut. Jangan sampai saki-baki kakitangan awam yang masih menyokong kerajaan ini berpaling tadah, buruk akibatnya. Wallahualam.Tulisan Asal disini

Sunday, July 24, 2011

Siapa Teoh Beng Hock?

Berapa banyak wang rakyat diguna untuk mencari punca kematian Teoh Beng Hock?

Beng Hock disimpulkan mati sebab bunuh diri. Walaupun Beng Hock tidak dapat berkata-kata lagi, kerana sudah mati, maka tujuannya membunuh diri adalah untuk melindungi Bosnya- exco Kerajaan Selangor daripada DAP.

Pada awal inkues kematian Beng Hock-terdapat banyak tuntutan Palsu yang dijumpai dalam CPU milik Beng Hock. Ingat, Beng mahu melangsungkan majlis perkahwinan secara grand, sudah tentu perlu wang yang banyak.

Dalam siasatan awal juga, didapati akaun bank Beng Hock tidak sampai seribupun, sedangkan majlis perkahwinannya akan berlangsung, sebulan dari tarikh kematiannya.

Beng Hock, dipanggil ke SPRM kerana dakwaan salah guna peruntukan DUN yang diwakili Ean Yong Hin Wah.

Disebabkan pelakuannya diketahui, maka Beng Hock-sungguh tertekan. Dalam inkues juga didedahkan, bahawa sebelum mayat Beng Hock dijumpai di luar Plaza Masalam, Shah Alam, Beng Hock kelihatan sangat gelisah.

Kegelisahan ini, menunjukkan bahawa dia melakukan kesalahan menipu. SPRM berkehendakan agar Beng Hock menjadi saksi utama salah guna dana ADUN, namun-sebenarnya dialah biang keroknya.

Tembelang dah terbongar, fikiran Beng Hock bercelaru. Bukan sahaja akan dicemuh oleh partinya, malah bosnya. Penjara menunggunya.. inilah yang bermain-main di kepala Beng Hock. Keluarganya akan malu, mungkin bakal isterinya akan tinggalkannya.. bertambah-tambah lagi kecelaruan fikiran Beng Hock.

Apatak lagi sissatan SPRM yang mengulangi-ulang semua kemungkinan buruk akan dihadapinya akbiat perubatannya. Keadaan ini, berakibat fikiran Beng Hock jammed dan buntuh.Apatak lagi, ditambah tidak tidur semalaman, tidak mandi, tidak segar.. semuanya menumpuk, bertambah parah lagi keadaan Beng Hock.

Dalam keadaan jammed itu, Beng Hock dengan longlai menuju tingkap di tingkat 14, kawasan merokok, walaupun Beng Hock tidak merokok. Beng Hock melihat-lihat pemandangan, namun otak dan fikiran bercelaru, tidak mampu berfikir lagi, dalam benaknya hanya satu... "saya ini manusia tidak berguna" seperti dialog filem-filem kantonis-punca "pelakon" mengambil keputusan nekad.

Kini, Beng Hock telah tiada. Inkues telah selesai menjalankan tugas, demikian juga RCI. RCI membuat kesimpulan, Beng Bunuh diri. Namun, kelaurganya tidak dapat menerima keputusan itu, kerana mereka mahu beng hock kembali ke pangkuan mereka juga.

Seandainya keluarga Beng Hock, mengetahui bagaimana Beng Hock melakukan penipuan tuntutan, memalsukan tuntutan, sehinggakan memburukan majikannya serta parti yang disokongnya, AYT pasti keluarga Beng Hock,lebih suka kalau dia mati, kerana mencalar imej buruk pada keluarga. Seharusnya, data-data penipunan ini, perlu dihebahkan oleh SPRM, kerana inilah punca Beng Hock bunuh diri, bukannya cara siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

Thursday, July 21, 2011

RCI Teoh Beng Hock: Karpal Cabar ke mahkamah

Peguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata beliau mempertimbangkan untuk mencabar keputusan suruhanjaya diraja di mahkamah.

"Memandangkan keluarga ini tidak menerima keputusan suruhanjaya diraja bahawa anak lelaki mereka membunuh diri, satu daripada pilihan yang mereka ada ialah untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya ketika dihubungi, lapor Bernama.

Beliau mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan keputusan berkenaan.

Petang tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh memutuskan setiausaha politik DAP itu bertindak membunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen, Nazri berkata tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan".

Laporan suruhanjaya itu menyebut tindakan ketiga-tiga pegawai berkenaan iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut.

Laporan itu menyebut sesi itu pastinya membebankan Teoh dari segi fizikal dan mental memandangkan dia telah dinafikan tidur sepanjang malam dan pagi dan perlu menanggung soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar.

Suruhanjaya itu dalam laporannya berpendapat soal siasat keempat telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, Nazri berkata, pegawai SPRM itu tidak mempunyai niat untuk membunuh Teoh.

Nazri juga berkata keluarga Teoh boleh mengambil sebarang tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang negara sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan laporan suruhanjaya itu.

"Ini adalah negara bebas, kalau ada apa-apa cadangan lagi yang dimahukan, kita akan pertimbangkan.

"Lagipun suruhanjaya diraja itu dilaksanakan mengikut permintaan orang ramai," katanya.

Teoh Beng Hock bunuh diri: RCI

Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis .

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenan.

Dalam laporan itu juga disebut, bahawa Beng Hock sangat tertekan apabila tiga pegawai penyiasat SPRM mendesak agar pembantu Khas tersebut menjadi saksi utama terhadap penyelewangan dana peruntukan ADUN Ean Yong Hian Wah.

Friday, April 01, 2011

RCI Teoh Beng Hock: Pegawai SPRM menonton pornografi sambil bertugas

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong semalam.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.

Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.

Blog Archive