Showing posts with label Post PRU-13. Show all posts
Showing posts with label Post PRU-13. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

Anwar Gagal Jadi PM- Apa kata sekutu Baratnya?

Anwar dan Jusuf Kalla
Selepas sembilan kali  menjelajah ke seluruh negara dan terakhir pada 25 Mei di Dataran Petaling Jaya  untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya. Atas sebab itu, bagi melihat apa kah benar sokongan itu telah berlalu, Anwar memilih 15 Jun bagi menyambung Jelajah BLACKOUT505nya kali ini, akan dilakukan di jalanan Kuala Lumpur

Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap TIDAK sependapat dengan Anwar.

Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu/bumiputera yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina bagi mengipas beliau agar terus membuat protes, manalah tahu mendapat sokongan ramai, bagi mengwujudkan suasana kacau seperti berlaku di Tunisia, Mesir atau Libya agar mendorong pertukaran Kerajaan bukan secara demokratik.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. 

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar

Wednesday, May 29, 2013

Umno Panik: Zam

Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe di kedai mamak dan sebagainya. Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalahclown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

Memang hal ini sudah lama terasa di hati, terfikir di kepala, tertusuk di mata tetapi tidak terkata.

Seorang kawan dalam dunia korporat mengirim pesanan ringkas menepati cita rasa zamkata:

Katanya, On Daim's remark I agree fully. Najib dosen't need to compete with Anwar and try to imitate his style. It looks awful. Please tell them to stop showig the banner "I Love PM" It is disgusting. Najib Should present himself as a serious statesman not as a student leader style.

Dalam entri blognya di sini Zam melihat bahawa Umno DALAM KEADAAN PANIK

Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam, The Star dramatised berita light got out during black 505 rally in Tapah selama 10 minit seolah-olah baru berlaku dan benar-benar berlaku, cuma atas dakwaan pembangkang tanpa pengesahan sesiapapun. Hebat sekali Journalisme The Star.

Blackout di kawasan sekolah di Sedim Kedah pada hari yang sama juga 10 minit. Semakin banyak laporan sama dibuat semakin ramai orang percaya. Ini strategi mereka.

Dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dari raja lawak dan kepala cauvanisme Cina, tiba-tiba muncul pula cerita hendak jadikan BN sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dengan membubarkan semua parti komponen.

Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

Zam juga menyifatkan cadangan menjadikan BN parti tunggal tidak kena masa, menurutnya kalau Nak test the ground pun bukanlah masa sekarang ini.

Selain itu melalui entrinya bekas menteri itu berkata bahawa SUARA PEMBANGKANG SEKEJAP HALAL SEKEJAP HARAM

Kedua-dua suara cetak parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibiarkan dijual kepada umum walaupun untuk hanya pengedaran kepada ahli sejak sebelum PU 2008 tiba-tiba diharamkan setelah PU13. Tindakan merampas jualannya telah dibuat.

Perkara ini lucu, pelek dan ajaib. Apakah ianya haram kerana sekarang KDN di bawah Zahid Hamidi dan halal kerana di bawah Hishamuddin Hussein sedangkan hukumannya memang haram. Atau ada pegawai-pegawai KDN yang pro pembangkang yang memejamkan mata atau kerana sukar untuk mengawal.

Penjelasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terkejut apabila dihalalkan semula jualannya kepada umum. Rupa-rupanya ada undang-undang kerajaan yang boleh sekejap halal sekejap haram.

Tindakan ini meyakinkan rakyat terhadap kecacatan demokrasi kerana telah sekian lama mereka bebas membeli yang haram.

Dari Mana Datang Jumlah 39.47% Pengundi Cina Di Putrajaya?

Di atas ialah statistik pengundi berdasarkan kaum di Putrajaya. Sungguh menghairankan apabila terdapat 39.47 peratus pengundi kaum cina di Putrajaya. Ramai sangatkah pengundi kaum cina di Putrajaya? Sepintas lalu, 95 peratus penduduk Putrajaya ialah dari orang melayu. Selebihnya terdiri dari kaum-kaum lain.

Adakah 39.47 peratus ini ialah pengundi hantu yang diimport? (kerana ramai pelancong terutama  dari China puluhan ribu tidak kesan, akan tetapi rekod imigresin..mereka belum keluar daripada negara ini).

Sandiwira kehadiran pengundi hantu Bangladesh dikalutkan oleh media Pakatan Pembangang hanyalah satu retorik demi menyembunyikan kehadiran pengundi hantu yang diimport.


Fikir-fikirkanlah… Jangan sampai kita tertipu lagi dengan sandiwara Pakatan Pembangang… Alasan konon pilihanraya umum ke 13 tidak telus hanyalah sekadar alasan mahu mengalihkan perhatian terhadap isu pengundi hantu yang sebenarnya mereka cipta… Jika SPR tidak telus, mengapa mereka masih menang besar di Selangor dan Pulau Pinang? Jika tidak telus, mengapa mereka mengangkat sumpah sebagai menteri dan exco di negeri yang mereka menangi?

Kalau mereka dakwa PRU 13 ini tidak telus, mereka tidak perlu angkat sumpah jadi menteri dan exco. Segera bawa ke mahkamah dan mahkamah boleh putuskan samaada perlu dilaksanakan PRU atau PRK. Dakwaan demi dakwaan mereka hanyalah sekadar kata-kata yang langsung tidak boleh dipakai.

Monday, May 27, 2013

Incorrect Strategy Cost Bn Votes- Najib Advisors should be sacked: Tun Daim

TWICE the Finance Minster of Malaysia and now a sought after political commentator, Tun Daim Zainuddin, attributed the Barisan Nasional’s poor showing at the May 5 general polls to incorrect strategy.

He told the China Press newspaper that Malaysia’ general elections is a parliamentary election and not a presidential election, adding that Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak’s advisors should be sacked.

“If you associate a vote for BN as a vote for him (Mohd Najib), then BN’s poorer results reflect on him too.

“This is a parliamentary election, not a presidential election. The PM's advisors should be sacked.” he said.

And is Mohd Najib a lame duck Prime Minister and Umno President?


The following is the English transcript of the interview, which covered a wide variety of issues surrounding the outcome of the 13th GE, made available to this blog. I record my appreciation to the China Press for its superb effort and to Tun Daim’s office.

The Day After

1. Tun, what was first in your mind when you first received the full election result? Did you expect it?

I wasn't surprised. At around 12noon the feedback I got was that - BN 141, DAP 38 butmy own assessment was BN between 125 and 135 only.

2. Do you think this election was a fair one? Opposition parties and NGOs still accused BN of misuse the government facilities, and the problematic integrity of the electoral roll.

Of course it is fair. If its not fair how come in Penang and Selangor Pakatan improved on majorities and Federal BN get only 133. These accusations are not new. They said all these even before the elections. I’ve said earlier that they will be saying all these because they know they can't get to Putrajaya.

Read my interviews before this, I said they will be proclaiming to the world they would win and that if they don’t its because they have been robbed and therefore entitled to protest, incite people which is what they are doing now and they want people to go to streets. They want FRUs, water cannons and teargas then CNN, Al Jazeera etc will be back and they are back in the news.

Anwar and Kit Siang are inviting police to arrest them. They want to be arrested. They are totally irresponsible. If you see the recent rallies and that majority of the participants are Chinese, what do you think will happen if one hot-headed Malay organisation wants to organise a counter rally? But Anwar and Kit Siang don't mind, if there is another interracial incident, they would blame BN. If you are willing to sacrifice peace and stability for your ends, what kind of leadership is this?

They say they should be the rightful leaders of this country, yet they defy laws, defy the police, and they have no respect for, and undermine every institutions of government which they say they should helm. What kind of leadership promotes lawlessness and anarchy? What message do you send and what lessons do you teach the young and the impressionable? Leadership comes with responsibility.

There are laws in this country. Go to court, of course, they say courts are not fair, yet these same courts have acquitted Anwar. Again when it’s convenient to them they go to the courts to sue and silence their detractors. They accept where they won and reject where they lost. They are selective. Karpal practices and appeals before this same Court.

Be brave and honest. Accept the results. Karpal says he is happy with the results. PAS has accepted. Azmin is critical of Anwar’s refusal to accept the results and doing these rallies, but don't read too much into his statements. It’s like an old married couple’s quarrel, one party merajuk (sulks) but in the end they are still together.

Anwar is already up to his tricks - putting out feelers to Barisan MPs. He is waiting after the Cabinet appointments for another round of his Sept 16.

Reasons for Poor BN Performance

3. As expected in our last interview, BN managed to retain Putrajaya but couldn't regain the two-third majority. What are the main reasons?

Really you should ask BN. But in my opinion, it’s the wrong strategy. As I’ve said before, this is a parliamentary election, not a presidential election. The PM's advisors should be sacked. If you associate a vote for BN as a vote for him, then BN poorer results reflects on him too. I kept reminding them that those huge numbers at BN’s ceramahs do not translate into votes. You don’t try to fight his (Anwar’s) numbers with your even bigger numbers. Let Anwar be the entertainer (borrowing from The Financial Times). We are not entertainers, we don’t know how to sing, dance and tell jokes. It’s a serious business electing a government, so lets leave this clown’s strategy alone and not play to his game.

If I know, then surely BN knows that the Chinese majority areas were gone. Why waste time and money? As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008. There was also the question of choice of candidates, and for example in Pandan, why be petty?

Many people disputed that there was a Chinese tsunami. But there was, in the sense that Chinese voters voted en block whilst non-Chinese votes were split; but this is their right. This is democracy.

What was disturbing was the reason for the en block votes. Pakatan preached hatred for BN particularly UMNO. DAP have always told the Chinese that they are victims, marginalised; that the cup they have is always half empty; that this is the time to teach MCA and Gerakan a lesson for being under UMNO’s control, that UMNO (and by extension the Malays) were dominant, and this was a Malay-led government, and the Chinese by voting out all the Chinese parties in BN is saying that they have had enough of being bullied by UMNO/ Malays. If this is not racist, I don’t know what is.

Their cybertroopers were at work, 24 hours a day, sending misinformation, spins, rumours, lies, untruths etc. Where were the Banglas? Where was the blackout? How many peoplewhose ink washed off, voted twice? Tun M flew away in a private jet? Lies and lies and the Chinese believe in "ubah" and "Ini kali lah".

I told you if the Chinese rejected Najib's leadership, the rural votes will swing to BN. DAP benefited the most. PAS, I do not know how it is going to reorganise itself. PKR we know practice nepotism, ask Azmin.

As for the Indian votes, only some Indians votes came back to BN. Koh Tsu Koon has announced his retirement. Chua Soi Lek is not seeking re-election. In the West you lose, you retire. Brown retired. Here they are not morally strong to quit. Anwar stays on, Kit Siang stays on, Hadi stays on. Let me remind you, Anwar said he would retire if he failed to get to Putrajaya. Anwar does not keep to his word. He will never retire, until the day he is on his deathbed he would still want to be PM.

Let’s recognize that nowhere in the world is it easy to get a two-third majority. Urban voters everywhere in the world are anti-government. BN's strength lies in the rural areas. Yet too much time and money were wasted in urban areas where the results were almost certain.

4. Chinese votes for opposition even reached over 90%, why? From your observation, why MCA and Gerakan rejected by the Chinese? We still remember in 2004 the situation was totally different.

I have explained at length in the answer above. Chinese votes for the Pakatan reached 90% because they believed in Pakatan’s propaganda. This is at last the chance to reject the Malay-led BN. We saw on polling day many Chinese came out in droves believing that Pakatan was going to win. They were all misled. Pakatan knew that they were not going to get the numbers. Imagine Chinese voting for PAS, when they have seen what was happening in Kedah and Kelantan. Chinese voters were taken for a ride that they were going to make the difference. If Hindraf can affect the 2008 results, imagine what the Chinese with their bigger number can do? This was the line given and they swallowed it. In 2004, Chinese gave the then PM with his clean image a chance but that got to BN’s head and 2008 was the result. In 2013, Pakatan tapped into the Chinese and urban psyche. The Chinese are practical people and if they felt that the votes could go either way, they would not take a chance and choose stability over change; but if they believed that they can change the Government and win, then they did what you see in GE13. But Chinese normally bet on minority horse.

5. By analysing the results, we can see DAP won more seats this time and seats won by PKR and PAS also close to their numbers in 2008. Does it mean Malay votes still split? How about Indian votes?

Malay votes split 4 ways. UMNO, PAS, Keadilan and fence sitters. Lucky for BN, this time most went to UMNO. Less than 50% of Indian voters voted BN.

People’s Real Concerns

6. Why the 1Malaysia plans, ETP, transformation plans did not work and caused BN a bigger loss?

I don't think people reject 1Malaysia, ETP etc. The issues were not these. In all my earlier interviews I had listed the rakyat’s concern. These were and still are 1) corruption 2) good governance 3) security 4) education 5) inflation 6) urban poor 7) young graduates. Government instead focused on giving handouts. You give dinner once, people thank you. Give them five times and they think you are trying to buy their votes.

7. Even though you have given your warning, but the so-called Chinese Tsunami was so big to be stopped. But, is it fair to blame the Chinese for BN's not so good victory?

I have explained the Chinese tsunami. Of course, Pakatan have to say it is not Chinese tsunami, otherwise they will be held responsible for this racial divide. Are they denying the Chinese voted en block and Malay votes were split? No one is blaming the Chinese, but this what it is. As I said they were misled and they voted Pakatan but again it is their right to buy into that argument and voted to kick the BN out.

8. How to change their minds or should BN given up Chinese by promoting the Ketuanan Melayu sprit to rely more on the support of Malays?

You can always try and you must try to change their minds. You cannot give up on nearly 30% of your fellow citizens. But you have to address issues as in my answer to Question 6.

Ketuanan Melayu was when the Malays fought against Malayan Union. Ketuanan Melayu was in the Federation of Malaya Agreement of 1948. After 1957 and later in 1963, there is constitutional Malaysia. All races have accepted the Constitution. It is a fine and well-balanced document. Sabah, Sarawak and Singapore too had accepted this document. The Constitution protects all citizens. We are all Malaysians. As I said, I'm born a Malay, you are born a Chinese. We don't chose to be Malay or Chinese, but you and I choose to be Malaysians. That is our choice. If I don't like to be a Malaysian, I can choose to be something else also. So let us stay united and work hard and sincerely and make sure the country continues to prosper in peace.

9. Najib has offered a “reconciliation" plan. How serious is he? In addition, if this plan is necessary, how should Najib deal with it?

I am glad he offered reconciliation. He must be serious. You don't make statements you don't mean. You are a leader. But I read Pakatan has rejected his overtures, they talk about unity but do not practice it. Instead they offer preset conditions. Are they sincere? As leaders, the country must come first.

10. How is this so-called process of reconciliation ever going to take place when chauvinists and radicals still there to give their provoking remarks?

We, the rakyat must reject the chauvinists and the radicals. Government must take action against them. Rakyat must show support against these people. Country must come first. Whatever you may think about the Malays, they have shown that they reject extremists. They rejected Perkasa, Ibrahim Ali and Zulkifly Nordin.

Najib A Lame Duck PM?

11. Some people say Najib is a lame duck Prime Minister, he has not only has to think of how to regain the support of non-Malays but has to guard against the wolves in his party. Will he encounter any problem when party election takes place this year?

I have retired. I don't know the mood is in the party. He has to explain to party members what went wrong. Is he going to be a lame duck PM? Cameron in UK, Gilliard in Australia, Mohan Singh in India so far are ok even though in their cases they are ruling on razor thin majority.

UMNO has to remain united if it wants to get the support of Malays. Strengthen your rural support and the rest of the Malays will respect UMNO. If he explains to UMNO what went wrong then I think UMNO will accept and offer their support. It will take a bit of time with the Divisions and he has to make sure they continue to support him and he has to tell UMNO members that only UMNO is their saviour. I believe UMNO members will give him another chance. Those disloyal, you must punish them. But prove with evidence. You have the Opposition to deal with you don’t need enemies in the blanket. You don’t need over 3 millions members if they did not work or vote for you. It is better to have a smaller but committed membership who love the party and want what is best of it. For far too long, UMNO has had members who placed self-interest above the party.

12. Please analyse the result for Selangor. Far from what we expected, BN lost more seats and more popular votes this time despite of thousand good efforts had been put?

Selangor was a disaster. When I got feedback on the problems on the ground, I sent many messages to the leadership. I spoke to Zain (Mohd Zain Mohamed, the BN Selangor Election Director). He assured me of victory, totally ignoring the voices on the ground. His own Ketua Pemuda stood against him and so many ketua bahagians campaigned against him.

I think Zain was a wrong choice. He was dropped from Cabinet by Najib because obviously he didn’t think much of his ability and then you appoint him as Selangor UMNO Secretary. I don't understand Najib’s logic. When you all asked me at the last interview, I said there were problems of wrong candidates. Ketua Bahagians’ were not happy. Among UMNO (members) sabotage was everywhere. I told Zain a list of state seats that were in trouble. Zain said yes a bit of problem but BN would win. In all those seats that were in my list, BN lost. With wrong candidates not going to the ground, ignoring divisional chiefs, not visiting your members and voters, sabotage, you couldn't win.

When I was in Negeri Sembilan campaigning on Friday night, I got a message that Bukit Selambau state seat under the Merbok Parlimentary seat was in trouble. I got back to KL at 2 am and a few hours later, early on Saturday morning, I flew to Kedah. They were still quarrelling about the state candidate, even when it’s one day before polling. I told them they were crazy. Just vote BN. Told them they had half a day left to campaign and go together and campaign and be seen to be united. They lost by 500 votes because they closed their pondok panas by 4pm, confident that they had won. I smsed you by noon that BN won Merbok but the Indians there have to quarrel even at the last minute about candidates and we lost. We are our own worst enemies.

13. As well as in Penang. Before 5 May, BN seemed to have some hope as the 1Malaysia welfare group had organized many free dinners around Penang and free concert. They tried to attract the voters with money and presents. But, all effort proved useless. Why?

These people are amateurs. They are silly people. They think they are clever and throw money around. Better give to charity. Why BN allowed stupid events like these? People are insulted because they knew you thought they could be bought with money, concerts and dinners. So they came to relax, have free makan and be entertained. This is an election. It’s a serious matter. Let Anwar be the entertainer. (China Press)

Sunday, May 26, 2013

Anwar Khianat Perjanjian Rahsia Terima Keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla

Jusuf Kalla
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

"Kami ada komitmen," Jusuf dipetik sebagai berkata. "Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,".

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka. -BERNAMA

Friday, May 24, 2013

Undi rosak tidak mencerminkan PRU-13 ada penipuan

ANALISIS berdasarkan 27 senarai kerusi Parlimen yang didakwa meragukan oleh Pakatan Rakyat (PR), mendapati hanya enam kerusi Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah undi rosak yang lebih tinggi dari undi majoriti.

Parlimen tersebut adalah Bentong yang mempunyai majoriti 379 undi dan 934 undi rosak; Kuala Selangor (460 majoriti, 934 rosak); Baram (194 majoriti, 242 rosak); Sungai Besar (399 majoriti, 690 rosak); Labis (353 majoriti, 689 rosak) dan Kota Marudu (842 majoriti, 911 rosak).

Kesemua kerusi Parlimen ini ditandingi oleh ketiga-tiga parti komponen PR iaitu DAP di Bentong dan Labis; PKR (Baram, Kota Marudu) manakala Pas (Kuala Selangor, Sungai Besar).

Parlimen Kuala Selangor menyaksikan calon Pas, Dr Dzulkefly Ahmad yang merupakan penyandang Parlimen berkenaan kalah kepada calon BN, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Irmohizam mendapat 27,500, manakala Dzulkefly mendapat 27,040 iaitu perbezaan hanya 460 undi.

Walau bagaimanapun, jika dilihat kepada baki 21 Parlimen yang dinyatakan oleh PR, kesemuanya mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi berbanding undi rosak.

Sebagai contoh Parlimen Saratok yang mempunyai undi majoriti sebanyak 2081 tetapi undi rosak hanya 258.

Namun, masih terdapat beberapa Parlimen yang mempunyai perbezaan yang tipis di antara undi majoriti dan undi rosak.

Ini termasuk, Parlimen Machang yang mempunyai 805 undi majoriti dan 729 undi rosak; Ketereh (974 majoriti, 876 rosak); Tebrau (1,767 majoriti, 1,551 rosak); Bagan Serai (1,140 majoriti, 1,096 rosak); Segamat (1,217 majoriti, 950 rosak dan Beaufort (673 majoriti, 559 rosak).

Tiada sesiapa yang mengaku atau mendakwa bahawa jumlah undi rosak yang tinggi tidak mencerminkan berlakunya keputusan yang meragukan dalam PRU13.

Undi rosak berlaku kerana adanya mengundi yang tidak mahu menyokong mana-mana parti, perkara ini telah berlaku sekian lama, semenjak PRU diadakan di negara kita, bukan hanya berlaku pada PRU-13 yang lepas.

Seharusnya sesiapapun perlu menghormati hak pengundi, kerana tiada sebarang undang-undang di negara ini menyatakan bahawa mengudi rosak merupakan suatu kesalahan. Sebenarnya tiada sesiapa yang tahu sesiapa pemenang pada sesebuah kawasan, pemenang hanya diketahui selepas penjumlahan undi selesai. Jadi, tidak wujud anggapan, bahawa undi rosak adalah satu bentuk manipulasi untuk mempengaruhi keputusan.

Ekoran keputusan PRU13 yang diwartakan kelmarin, mana-mana calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing, bermula semalam sehingga 21 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya perlu menggunakan pendekatan undang-undang dan bukannya “turun ke jalan raya”.

Pembangkang didakwa menganjurkan himpunan ‘Blackout 505’ di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13 termasuk pada Sabtu ini di Petaling Jaya.

Sebelum ini, PKR menegaskan PR menerima 237 laporan penipuan yang berlaku di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, PR akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam PRU13 pada hujung Mei ini.

Selain jumlah undi majoriti yang tidak sepadan dengan undi rosak, PR juga memfokuskan siasatan terhadap jumlah kemenangan tipis di bawah 5 peratus; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa dan kerusi meragukan yang dilaporkan berserta laporan polis.

Wednesday, May 22, 2013

Blackout 505: Anwar cuba tutup kegagalannya

PKR mahu menidakan keputusan buruknya  dalam pilihan raya umum (PRU) lalu berbanding PAS dan DAP sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat. 

Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Peratusan kemenangannya hanya 30.03 peratus berbanding DAP 74.51 peratus (38 daripada 51); Umno 73.33 peratus (88 daripada 120) dan PBB 100 peratus (14 daripada 14).

Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Anwar  perlu  mendapat belas ihsan khususnya DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen untuk menjadi Ketua Pembangkang.

PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN. 

Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.

Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya kepada PAS, bahkan kepada DAP. 

Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.

Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. 

Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap. 

Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para media.

Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".

Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya. 

Anwar meletakkan kegagalannya  dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP. 

Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.

Friday, May 17, 2013

Keputusan PRU-13: Jangan "Meliwat" Fikiran Rakyat- Ahmad Maslan

Berikut adalah perincian perolehan undi bagi BN, PR dan Parti lain
SEJAK beberapa tahun lalu pembangkang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelirukan rakyat, menimbulkan keraguan dan menghasut rakyat supaya tidak mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan. Matlamat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menjadi pemerintah dengan slogan "Road to Putrajaya".

Terkini selepas gagal menanam keraguan dan menghasut kebencian rakyat ketika berkempen dan pengundian dalam Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13), pembangkang telah mengadakan Himpunan Bantah PRU-13 yang bakal bersambung dengan beberapa siri himpunan.

Mereka tidak sabar untuk menunggu rakyat mengundi pada PRU-14 dalam lima tahun lagi. Mereka bimbang hasutan dan kebencian itu terhakis daripada penyokongnya dan sesetengah pihak.

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

Hak Rakyat Memilih Menerusi Pilihan Raya, Bukan Himpunan

Pendekatannya masih sama iaitu dengan mengelirukan rakyat menggunakan pembohongan dan mengelirukan konon berlaku "penipuan besar-besaran". Atas alasan itu pembangkang mengajak rakyat mengadakan bantahan, himpunan dan demonstrasi jalanan untuk menukar kerajaan, tetapi cara ini adalah tidak demokratik dan tidak mengikut lunas-lunas undang-undang.

Perlembagaan negara menetapkan proses menentukan parti memerintah adalah menerusi pilihan raya, bukan menerusi himpunan, bantahan atau demonstrasi.

Proses pilihan raya yang sama jugalah yang pernah membolehkan bebas rakyat memilih pembangkang memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Demikian juga sistem demokrasi ini jugalah yang memberi kebebasan rakyat memilih BN menerajui Kerajaan Persekutuan bagi mengurus tadbir negara.

Kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman adalah hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, tetapi bukan sebagai proses pemilihan parti memerintah. Pembangkang sepatutnya memahami dengan jelas Perlembagaan negara dan proses demokrasi yang diamalkan oleh rakyat negara ini dan menghormati keputusan rakyat Malaysia menerusi PRU. Sistem yang sama digunakan di Negara-negara Komanwel, termasuk Australia yang sering menjadi rujukan pembangkang, malah Singapura dan Britain.

Petisyen Sebagai Bantahan Keputusan PRU

Himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya. Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen adalah hak rakyat. Semua dakwaan dan bukti boleh dibentangkan untuk diadili oleh mahkamah. Sistem mahkamah Malaysia inilah yang selama ini pernah memberi peluang kepada pembangkang mahu pun BN untuk mendapat hak perbicaraan dan keadilan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sudah pun menjelaskan, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU-13 dalam masa dua minggu. Petisyen itu boleh dikemukakan di mahkamah tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

Pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen paling banyak diterima pada PRU 1999 yang membabitkan 40 petisyen. Pada PRU 2008, hanya 26 petisyen dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada BN.

Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Undi Popular Bukan Penentu Keputusan PRU

Sebaliknya pembangkang kini mendakwa mereka menang dan layak memerintah berdasarkan undi popular kerana telah memperolehi jumlah undi yang lebih tinggi daripada BN. Sedangkan undang-undang Malaysia menetapkan proses pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan jumlah undi popular.

Berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi kumpulan majoriti di Dewan Rakyat layak menerajui Kerajaan Persekutuan, manakala majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri akan mengurus tadbir sesebuah Kerajaan Negeri.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, BN berjaya menguasai majoriti Dewan Rakyat dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dan menawan semula Kedah dan Perak apabila menguasai majoriti kerusi dua Dewan Undangan Negeri berkenaan. UMNO sendiri menambah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88 Parlimen.

Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri. Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat.

Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria menjelaskan, BN berjaya meraih 47% undi popular, manakala PKR 20.0%, DAP 15.4% dan Pas 14.5% (jika dijumlahkan hanya 49.9%).

Sistem PRU di Malaysia bukanlah berdasarkan undi popular, tetapi keputusan menentukan majoriti adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding. Berdasarkan sistem ini, tentulah undi popular bagi kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar kerana sesebuah kawasan Parlimen di bandar mempunyai jumlah pengundi yang jauh lebih banyak daripada Parlimen di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

Sempadan Parlimen di bandar pula lebih kecil, jadi penduduk atau pengundinya lebih padat, maka seseorang calon boleh melawati lebih ramai pengundi ketika berkempen berbanding luar bandar yang luas dan tidak padat untuk meraih undi popular.

Sebaliknya jika cadangan pembangkang untuk menyamaratakan jumlah pengundi bagi setiap Parlimen, kesannya tidak realistik dan tidak adil kepada wakil rakyat mahu pun penduduk kawasan berkenaan. Sebagai contoh jika kawasan Parlimen di Sarawak dipuratakan mengikut 60,000 pengundi, maka berkurangan daripada 31 kerusi kini kepada 18 kerusi sahaja (PRU-13: 1,083,972 pengundi).

Bayangkan seseorang Ahli Parlimen terpaksa menjaga satu kawasan yang sama luas atau lebih luas daripada sesebuah negeri di Semenanjung . Keadaan ini tidak adil bagi Ahli Parlimen berkenaan mahu pun rakyat di kawasan itu, di dalam mana-mana pun sistem yang ada.

PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL:

Elak Bahaya Kanser & Penyakit Buah Pinggang

Antara perkara yang menjadi serangan utama pembangkang adalah penggunaan dakwat kekal yang pernah menjadi desakan mereka dahulu terhadap SPR. BN ingin menegaskan sokongan penuh kepada nasihat profesional pakar-pakar di Kementerian Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan silver nitrat yang tinggi.

Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi.

Bagaimanapun baru-baru ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata SPR bersikap terbuka dan akan meminta Kementerian Kesihatan untuk menilai semula sama ada kandungan kimia dalam dakwat kekal iaitu 'silver nitrat' sebanyak satu peratus dapat ditambah agar lebih tahan lama.

Penggunaan dakwat kekal telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan termaktub dalam undang-undang pilihan raya.

Malah, kaedah asas, pemotongan nama pengundi yang sudah datang mengundi oleh kaunter semakan SPR di pusat mengundi, pemotongan nama pengundi oleh petugas SPR (senarai bercetak dan senarai dalam komputer). Demikian juga pemotongan nama pengundi secara serentak oleh ejen calon-calon bertanding daripada senarai di tangan masing-masing. Kaedah rapi ini sudah memadai untuk mengelakkan penipuan atau mengundi lebih daripada sekali.

Tidak mungkin seorang pengundi dapat mengundi lagi jika dia datang kali kedua kerana namanya sudah dipotong oleh SPR dan wakil-wakil calon di dalam bilik mengundi. Kad pengenalan MyKad pula menjadi semakan utama ketika pengundi hadir sebelum menerima kertas undi.

KHABAR ANGIN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK:

Hanya Hasutan Supaya Rakyat Meragui SPR

Pembangkang juga menipu rakyat dengan mengedar gambar dan visual palsu bagi menuduh SPR dan menghasut orang ramai dengan dakwaan berlaku gangguan bekalan elektrik ketika pengiraan undi, menuduh Pejabat Perdana Menteri membawa masuk 100,000 orang asing sebagi pengundi, polis mengiringi pengundi hantu dari luar negara, beg kertas undi dibuang dan konon pegawai SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 ketika pengiraan undi masih berjalan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad berkata, tiada kejadian seperti itu berlaku kerana beliau mengesahkan perkara itu dengan semua pengurus pilihan raya setiap negeri. Pengurus-pengurus pilihan raya di semua negeri melaporkan tiada insiden seperti didakwa.

Malah, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor pula menjelaskan apa yang berlaku hanya khabar angin berhubung gangguan bekalan elektrik semasa proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Polis di seluruh negara memantau proses dari awal mengundi sehingga keputusan diumumkan.

TUDUHAN WUJUD PENGUNDI HANTU:

Satu Lagi Cubaan Hasutan Jahat

Pembangkang juga terus menghasut rakyat konon wujud pengundi hantu. Kemasukan pekerja asing menerusi lapangan terbang adalah perkara biasa apabila ada permintaan, namun kehadiran mereka dieksploitasi untuk mengelirukan rakyat. Kemasukan pekerja asing yang sah di negara ini memang biasa diterbangkan secara berkumpulan oleh ejen pekerja asing. Hal ini bukan perkara baru baik di Semenanjung mahu pun bagi masyarakat Sabah atau Sarawak.

Pembangkang menuduh Pejabat Perdana Menteri membawa masuk 100,000 warga asing sebagai pengundi hantu. Hitungan biasa pun tidak munasabah sekali pun diangkut dengan pesawat Boeing 747 yang mampu membawa 400 penumpang.

Senarai penerbangan yang dihebahkan di internet juga hanya serkap jarang dan palsu. Hal ini sudah dijelaskan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, tiada kemasukan 'pengundi hantu' warga asing dari Bangladesh dan Filipina melalui beberapa penerbangan seperti didakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasil semakan polis, mendapati syarikat penerbangan seperti AirAsia menyediakan penerbangan tambahan atas permintaan orang ramai dan ini adalah amalan biasa seperti yang berlaku setiap kali musim perayaan.

Hanya warganegara Malaysia yang memegang MyKad yang berdaftar sahaja berhak mengundi. Pemegang MyKid belum layak mengundi, manakala warga asing yang memegang kad pengenalan pemastautin sementara dikenali sebagai MyKas tiada hak sebagai warga negara, termasuk tiada hak mengundi. Manakala gambar kad pengenalan yang bertaburan seperti dipaparkan dalam gambar di internet sebenarnya mempunyai kaitan dengan satu kes jenayah yang di Kedah pada 2011, bukan menjelang atau semasa PRU-13.

Tuduhan beg kertas undi dibuang juga tidak berasas kerana semua urusan beg dan peti undi sentiasa diawasi oleh setiap wakil calon yang bertanding. Manakala tuduhan pegawai SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 ketika proses mengira undi sedang berjalan tidak pernah dibuktikan berlaku.

Menghormati Mandat Rakyat

Oleh itu, Barisan Nasional hari ini mengajak rakyat beramai-ramai menyatakan ketegasan supaya pembangkang menerima dan menghormati proses demokrasi bagi memilih kerajaan memerintah yang telah ditetapkan menerusi pilihan raya seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik mereka untuk memerintah negara ini. Semua pihak, termasuk pembangkang berpeluang menawarkan diri bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.

Rakyat sudah memilih, tibalah masa wakil rakyat yang menang bekerja. Parti yang memenangi majoriti kerusi di Parlimen mahu pun di DUN pula hendaklah melaksanakan tugas mengurus tadbir negara dan negeri masing-masing.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, May 14, 2013

Kekalutan Pemilihan MB Selangor: Azmin dan Demokrasi Terkorban

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor hari ini, apabila nama beliau dicadangkan oleh Presiden PKR Datuk Wan Aziziah Wan Ismail dan dipersetujui oleh PAS dan DAP.

Hari ini adalah hari ceriah bagi Khalid, kerana untuk penggal kedua dipilih sebagai Menteri Besar, namun hari ini juga merupakan hari duka bagi Azmin dan demokrasi dalam PKR.

Beberapa hari yang lalu, Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR telah mengadakan Sidang Media, menyelar cara Wan Azizah mengutus surat kepada Sultan Selangor berhubungan dengan perlantian MB Selangor.

Azmin menyifatkan cara itu tidak betul, kerana Wan Azizah gagal berbincang apatah lagi mendapatkan persetujuan daripada 13 ADUN PKR termasuk Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Cara Wan Azizah itu melambangkan bahawa tiada amalan demokrasi dalam PKR, namun sebaliknya suaminya ke hulu ke hilir bercakap soal demokrasi, namun semua itu, hanya kata-kata dusta.

Komen Azmin secara terbuka terhadap Presiden PKR beberapa hari sebelum ini, secara tiba-tiba bertukar kepada persetujuan; nampaknya Azmin layu sebelum berkembang.

Tetapi apa yang malang, Anwar menjelajah ceruk negeri bercakap soal demokrasi, namun apa yang dicakapkannya merupakan hipokrasi paling hebat abad ini.

Percakapan Anwar senantiasa berlawanan dengan tindakannya.

Senarai 27 Kawasan Parlimen Yang Pakatan Pertikai


Monday, May 13, 2013

Keputusan PRU-13: Anwar Cuba Manipulasi Fikiran Rakyat- Media Antarabangsa

Pembangkang didakwa cuba menyemat ke dalam fikiran rakyat kononnya akan berlaku penipuan, malah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lagi, sebagai justifikasi andai mereka kalah dengan harapan rakyat percaya, ‘kerusi’ yang sepatutnya menjadi milik mereka dirompak oleh pihak lain.

Menurut Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, langkah itu dianggap penganalisis di seluruh rantau ini sebagai satu provokatif, berbahaya dan sangat tidak bertanggungjawab. 

“Sebelum undi dikira, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengisytiharkan menang dalam pilihan raya. 

“Tidak ada apa-apa bukti mengatakan Anwar menang kerana undi belum dikira.

“Ia sebenarnya bertujuan untuk memanipulasi orang ramai dan menyediakan pentas buat beliau untuk merusuh serta melakukan huru-hara mengikut revolusi Barat.

“Seseorang mesti serius bertanya dalam kalangan mereka memandangkan penyokong asing Anwar menyatakan amat berminat dengan Asia. 

“Beliau sangat tidak bertanggungjawab dan membuat dakwaan tidak berasas sebelum, ketika serta selepas pilihan raya.

“Sebenarnya, apa yang bersih dan adil,” kata Global Research.

Kata laman web itu lagi, Anwar ialah seorang penipu dan proksi terang-terangan kepada pihak asing yang berkepentingan.

“Badan bukan kerajaannya (NGO) termasuk gerakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) secara terbuka dibiayai oleh korporat asing, sama bahaya seperti Merdeka Center yang menggambarkan dirinya bebas walaupun dibiayai secara langsung oleh kerajaan asing,” katanya.

Rafizi angan-angan menang Petisyen 27 Kawasan Parlimen Untuk membolehkan Anwar dilantik Perdana Menteri

Pasukan yang diketuai pengarah strategi PKR Rafizi Ramli akan menyiasat dakwaan penipuan pilihan raya di 27 kerusi parlimen dan mungkin akan mengemukakan petisyen berhubung kes berkenaan tidak lama lagi.

Daripada jumlah itu, 19 merupakan kerusi yang ditandingi PKR manakala selebihnya oleh DAP dan PAS.

The 19 kerusi berkenaan, yang gagal dimenangi PKR dengan majoriti kecil, adalah – Baram, Pasir Gudang, Machang, Ketereh, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Muar, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan, Tebrau dan Saratok.

Kerusi yang gagal dimenangi DAP itu adalah adalah Bentong dan Labis manakala bagi PAS – Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa, Pulai, Kuala Kangsar dan Pendang.

BN berjaya memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi Pakatan.

Keputusan yang berbeza di 27 kerusi berkenaan akan membolehkan Pakatan membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

Rafizi berkata pasukannya yang dikenali dengan nama Siasat PRU13 menerima 237 laporan berhubung dakwaan ketidaklaziman itu

Anwar Meneruskan Jelajah Menghasutnya

Anwar dengan Penyokongnya Yang Buta Peta Buta Sejarah
Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.

Anwar terus mengapi-apikan penyokongnya dengan mengunapakai undi popular berbanding dengan jumlah kerusi sesuai dengan amalan demokrasi dalam negara.

Anwar tidak mahu mengakui sistem demokarsi negara yang bukan berasaskan undi popular, melainkan jumlah kerusi berasaskan kawasan.

Anwar menipu penyokongnya, dengan melupakan bahawa pengundi bandar yang padat adalah penyumbang kepada undi popular pakatan.

Anwar langusng tidak mengakui, bahawa berasaskan jumlah kerusi bahawa BN menang.

Anwar berbohong kepada penyokongnya dengan mengandaikan bahawa undi popular boleh menjadikan dia sebagai Perdana Menteri.

Anwar, terlalu terdesak, sehingga tidak dapat lagi berfikiran waras, sehingga hanya kata-kata bohong sahaja ada difikiran dan hatinya.

Malangnya, para penyokong Anwar yang dibohongi itu adalah orang-orang yang terdiri daripada mereka yang hanya membuta tuli, tidak usul perikasa, kerana dihati mereka hanya mahu berkuasa.

Anwar lupa, bahawa pemenang kini masih lagi berdiam diri, tidak mahu memberi reaksi, kerana tidak mahu berlakunya huru hara dalam negara.

Anwar sejak 8 Mei mencoba melakukan provokasi dan hasutan, namun hasutannya itu hanya dibeli oleh penyokongnya yang buta peta dan buta sejarah.

Kaum Cina Khianat- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut. 

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei. Dalam pilihanraya itu, hanya 10 peratus pengundi kaum cina menyokong BN, sementara 9 kawasan yang dimenangi parti-parti yang berasaskan kaum cina adalah kawasan campuran, di mana peratus kaum melayu melebihi 48 peratus. (Pada PRU lalu- MCA menang 7 Kerusi, Gerakan 1 dan SUPP 1).

Bagaimanapun, Umno yang bertanding 117 di kerusi majoriti Melayu  menang 88 dengan tambahan sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini, 

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati.

"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya.

Beliau turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina.

“Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila. Lepas merdeka, menteri besar dan exco boleh isytiharkan kawasan-kawasan Melayu dan beri jaminan perlembagaan apa kita boleh buat.

“Tanah rizab hendaklah diisytihar di kawasan bandar supaya orang Melayu boleh berniaga di kawasan bandar yang sebelum ini dimiliki oleh orang Cina.

"Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah (membolehkan) orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja,” katanya.

Berucap dalam seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu, Mohd Noor mencadangkan agar penyusunan semula masyarakat itu dijalankan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini.

“Sudah 56 tahun berlalu, kita masih memiliki tidak sampai 20 peratus kekayaan negara ini.

“Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus.

“Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa saudara-mara kita,” katanya lagi.

Turut hadir menjadi ahli panel ialah bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahmad Arshad serta timbalan presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa.

Sunday, May 12, 2013

Anwar proksi kuasa Barat


Anwar Ibrahim, Bersih serta Merdeka Center yang merupakan proksi kuasa asing adalah individu serta entiti yang menipu apabila mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Menurut penyelidik geopolitik, Tony Cartalucci yang berpusat di Thailand, Anwar serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebenarnya proksi kuasa luar yang berselindung di sebalik tema 'kebebasan', bagi meluaskan pengaruh Amerika Syarikat (AS) khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Katanya, Anwar serta NGO terbabit berjaya mempengaruhi rakyat yang mahukan ketelusan, serupa dengan taktik yang digunakan oleh syarikat pengeluar rokok.

Katanya, seperti syarikat pengeluar rokok yang akhirnya menyebabkan jutaan kematian perlahan dan menyakitkan, perkara-perkara yang diperjuangkan oleh Anwar serta NGO proksi kuasa asing itu akan menyebabkan bencana kepada Malaysia.

"Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012.

"Di Rusia, pemerhati pilihan raya 'bebas' iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui 'National Endowment for Democracy' (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia yang juga ditaja secara terus oleh AS melalui NED.

"Di sebalik semua ini, pertubuhan-pertubuhan media Barat mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia yang mendapat sokongan Barat dengan seringkali merujuk Merdeka Center sebagai 'bebas'," katanya dalam artikel bertajuk 'Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi.

Artikel itu disiarkan di laman web Global Research kelmarin, milik Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Canada.

Menurut Cartalucci, hasrat sebenar kuasa asing melalui Anwar dan pembangkang adalah untuk menyaksikan Malaysia tunduk kepada model dasar luar dan perdagangan bebas AS.

Katanya, perkembangan itu akan menghentikan sifat kebebasan ekonomi Malaysia yang dicapai sejak merdeka, sementara kesemua sumber bahan semula jadi negara tidak lagi disalur untuk pembangunan domestik, tetapi ke arah konfrontasi proksi AS dengan China, seperti dilakukan AS di Korea, Jepun dan Filipina.

"Kerana kebodohan itu, Malaysia mungkin perlu membayar harga yang mahal satu hari nanti - tetapi bagi Anwar dan pembangkang, mereka telah kalah dalam PRU-13 dan 'lapisan mempromosi demokrasi' ala AS 'yang digunakan pembangkang) kini semakin tertanggal.

"Hubungan antara pakatan pembangkang diketuai Anwar dengan Jabatan Negara AS tidak terhenti setakat Merdeka Center tetapi turut merangkumi Bersih yang kononnya memperjuangkan pilihan raya adil dan bebas. Secara realiti, Bersih digunakan Anwar untuk menggerakkan protes jalanan," katanya.

Anwar Kian Terdesak- Guna Rakyat terutama kaum cina sokong bantahan PRU-13

Kelana Jaya 8 Mei- 80 persen Peserta-Kaum Cina
Mahu sahaja kaum cina diperbodohkan Anwar. Dua Perhimpunan yang sudah diadakan oleh Anwar, pertama pada 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya dan kedua semalam, di stadium Batu Kawan rata-rata disertai kaum cina.

Anwar memilih stadium yang kecil-kecil, agar berlaku kesesakan, bukan itu, sahaja Anwar mahu akan berlaku kematian dikalangan yang hadir, supaya emosi daripada kalangan peserta meningkat; dan dengan itu akan menimbulkan rusuhan.

Di hati Anwar,  dia mahukan rusuhan berlaku, atas sebab itu, ucapan-ucapannya penuh dengan hasutan dan tipu muslihat. Namun setakat ini, hasutan untuk merusuh belum belaku, walaupun himpunan itu menganggu orang ramai.

Anwar mahukan pihak polis bertindak menyeruaikan peserta, namun taktik itu sudah dibaca oleh pasukan polis, atas sebab itu, gelagat Anwar dibiarkan, selagi tidak menganggu ketenteraman awam.

Pada malam ini, Anwar akan ke Ipoh untuk menghasut para penyokongnya. Anwar tidak akan berhenti, selagi tidak berlaku rusuhan kaum.

Selepas ke Ipoh Anwar ke Kuantan, kemudian ke Johor Baru. 

Anwar begitu terdesak, kerana gagal menduduki Putrajaya sepertimana yang beliau janjikan kepada pemberi dana luar negara.

Merdeka Center dan Bersih yang mendapat dana daripada Amerika Syarikat, sejak 5 tahun lalu, menjalankan berbagai propaganda fitnah, termasuk menyalahgunakan kajian ilmiah yang dimanipulasikan.

Anwar bolehlah menipu kaum-kaum cina yang menyokong Pakatan pada PRU-13. Pada Pru itu, 89 peratus kaum cina menyokong Pakatan; tetapi Anwar lupa bahawa daripada 222 kawasan Parlimen, 133 kawasan menolaknya.

Anwar mahu suara majoriti mengikut kemahuannya, atas sebab itu dia bertindak liar seperti orang gila. Hitler dan napoleon semasa mendekati hari-hari akhir kehidupannya, menjadi tidak waras, perkara sama berlaku pada Anwar.

Kenapa Anwar Mahu digelar Jahil dalam sistem demokrasi negara

Anwar menyertai UMNO tahun 1981 dan bertanding di Permatang Pauh. Dia menang melalui sistem pilihanraya yang ada. Dia menjawat berbagai jawatan menteri daripada Belia dan Sukan, Pertanian, Pendidikian dan kemudian menteri kewangan dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga dipecat pada tahun 1998.

Anwar mendapat karier politiknya melalui sistem demokarsi dalam negara, namun dia mahu digelar sebagai jahil dalam sistem demokrasi negera. Pura-pura tidak tahu.

Anwar tahu benar, bahawa sistem demokrasi negara adalah berasaskan parlimen, yang ditentukan oleh sejumlah kerusi, bukan berasaskan undi popular.

Al-Gore calon Presiden Amerika Syarikat, menang undi popular ke atas George Bush pada tahun 2007 namun kalah dalam jumlah "electrol vote" dan Al-Gore gagal menjadi Presiden Amerika menggantikan Bill Clinton.

Itu di Amerika, di United Kingdom pula, di mana sistem demokrasinya serupa dengan di Malaysia, undi popular tidak diambil kira, yang diambil kira adalah jumlah kerusi, demikian juga di Jepun, Australia dan Kanada,

Anwar memperbodohkan penyokongnya bahawa Pakatan dirampas hak menduduki Putrajaya kerana mendapat undi popular pada PRU-13 lalu, namun Anwar lupa bahawa parti-parti mereka hanya mendapat 89 kerusi parlimen berbanding BN 133.

Dimulut Anwar hanya terkeluar perkataan TIPU, namun dia tidak dapat membuktikan Penipuan yang bagaimana.

Dolak dalik Anwar sebelum hari pengundian, kononnya kapal terbang Jumbo digunakan membawa pengundi dari Sabah ke Selangor dan Johor, namun selepas tidak terbukti dan merupakan penipuan, maka diada-adakan pula cerita, bahawa "bangla" kononnya mengundi untuk BN.

Anwar bersifat talam dua muka, di Pulau Pinang, kelantan dan Selangor, dia memuji pilihanraya diadakan dengan telus, tetapi tidak di negeri-negeri yang dimenagi BN. Ini lah sifat hipokrasi yang paling tinggi di abad ini.

Kini Anwar cuba mengapi-apikan penyokongnya melalui himpunan. Pada masa ini, satu himpunan mereka diadakan di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. Pada 8 Mei lalu diadakan di Stadium Kelana jaya Selangor.

Berkokok lah Kau Anwar, sampai kokok kau tidak kedengaran lagi.

Saturday, May 11, 2013

PRu-13: Analisis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

PRU 13 telah selesai dan semua data telah diperolehi  maka membolehkan analisis secara terperinci. Dalam artikel ini hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya kekeliruan tentang corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini. Analisis suasana di Sabah dan Sarawak tidak dilakukan kerana tidak timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.

Pengundian Mengikut Kaum

Bagi Semenanjung Malaysia, analisis menunjukkan 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk negeri negeri dan wilayah adalah seperti dalam Jadual beritkut:

Jadual: Pengundian Mengikut Kaum
Wilayah Melayu mengundi BN Cina mengundi BN India mengundi BN
KL dan Selangor 62% 11.6% 24.4%
Pulau Pinang 62.4 12.6 21.5
N Sembilan & Melaka 81.8 7.2 31.0
Perak 63.0 13.1 68.5
Kedah 56.7 9.2 54.9
Johore 84.1 11.1 59.1
Terengganu 53.2 - -
Kelantan 46.7 - -
Semenanjung(purata) 63.3 10.8 43.2

Jadual di atas menunjukkan sokongan padu kaum Melayu kepada BN di aras 63.3% dengan Johor mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan undi berbanding PRU 12 dan fenomena ini mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. 

Undi dari kaum Cina, malangnya untuk BN telah jatuh diluar jangkaan sama sekali, keparas 10.8%. Dalam ramalan model matematik telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.

Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disaat saat akhir. Ini mencerminkan betapa efficiennya jentera DAP dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini. Kaum Cina begitu yakin yang mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.

DAP mampu merancang dan melaksanakan kempen dengan begitu teliti sekali, Penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.

DAP telah menggunakan Isu Rasuah, Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti dan perlaksanaan yang amat effisien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. Ini dibuat dengan begitu teratur termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia.

Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%. Sebenarnya penentangan ekstrim dari kaum India masih wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di Johor dan 68.5% di Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.

Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.

Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Komposi Ahli Parlimen mengikut Parti dan Kaum

Untuk makluman di bawah saya paparkan jadual komposisi Parlimen dalam jadual di bawah:

Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu/Bumi Cina India Jumlah
DAP 2 33 3 38
PKR 16 9 5 30
PAS 21 0 0 21
Jumlah Pakatan Rakyat 39 42 8 89
Barisan Nasional 122 7 4 133

Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera dari Barisan Nasional dan hanya 39 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh kaum Cina dengan 42 Ahli Parlimen.

Angka diatas menunjukkan ada seramai 161 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 139 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini.

Blog Archive