Showing posts with label Plot Samseng. Show all posts
Showing posts with label Plot Samseng. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Pembantah PTPTN: Terpekik terlolong- bagai tin kosong

Mereka yang mengelar mahasiswa, bukanlah mahasiswa teladan atau contoh. Sebahagian daripada mereka adalah mahasiwa dropout, kerana tidak mempunyai kemampuan mengikuti pengajian di peringkat universiti.

Bayangkan individu yang mengelar mahasiswa, kononnya memwakili mahasiswa (foto), tidak ubah seperti penagih dadah.

Mereka yang terpekik tertolong pada Sabtu di jalan raya ibu negara, bagaikan, orang-orang yang tiada akal; tidak menggambarkan sama sekali sebagai mahasiswa.

Melihat kepada gelagat mereka, sebenarnya mereka hanya sebagai keldai jalanan yang diperalat oleh pembangkang.

Peserta Pembantah PTPTN- Ini yang dikawal oleh Unit Amal Pas di Dataran Merdeka

Inilah mahasiswa yang membantah PTPTN dan mendapat kawalan Unit Amal Pas.

Sebenarnya, serangan pada pagi Khamis lalu, adalah Sandiwara para "mahasiswa" ini agar supaya mereka mendapat simpati.

Setelah berkemah beberapa hari, ternyata perkemahan mereka itu tidak mendapat sambutan, malah melalui perkemahan itu, menjadikan tempat berkumpulnya "mahasiswa" yang tidak senonoh dan mungkin dipengaruhi oleh dadah.

Lihat sahaja "mahasiswa" perempuan di atas selain botak, pakaiannya tidak senonoh sambil menikmati "rokok".

Salah seorang lagi (foto bawah)... lihat matanya... stim habis... entah berapa pick.. ectasy dah masuk.

Para mahasiswa yang tidak terlibat dalam perkemahan ini, seharusnya menguntuk kumpulan ini jika melihat inividu2 yang mengaku mewakili mahasiswa seperti mana dipaparkan di atas.

Thursday, April 19, 2012

PemBantah PTPTN: Plot Samseng-akhirnya berjaya

Lima hari berkemah, tiada gangguan, masuk hari ke-6, "samseng" datang menyerang? jangan terpedaya, ini adalah muslihat dan sandiwara.

Selepas "samseng" menyerang, Anwar datang berkunjung, apa makna ini?

Plot asal, mereka yang berkemah, agar supaya pihak berkuasa menganggu. namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Kini, umpan mereka melalui PLOT SAMSENG berjaya. Yang disalahkan pihak Polis. Malangnya, Umno konon ada dibelakang serangan itu.

Hati-hati terhadap kelibat Pembangkang, mereka dibekalkan dengan rancangan dan muslihat yang cukup, untuk menukar keadaan agar senantiasa berpihak kepada mereka.

Jumlah yang berkemah bukan banyak manapun. Mereka bukanlah mengancam keselamatan. Kehadiran mereka hanya merosak pemandangan Dataran Merdeka.

Tak kan lah kerajaan sebodoh itu. Tak kan Umno sebodoh itu,untuk menyerang ala Samseng.

Plot Samseng adalah lakonan. Dalam lakonan itu, mesti ada yang sanggup tercedera, agar nampak lakonan itu REAL.

Polis buang masa untuk siasat, kerana serangan Samseng pada 2.45 pagi tadi, sebenarnya sebahagian daripada plot pembangkang.

Benar kan! Pembantah PTPTN salahkan POLIS

Benarkan, polis disalahkan. Walaupun pihak polis tiba 6 minit selepas bermulanya "aksi" "samseng" terhadap "mahasiswa" yang berkemah di Dataran Merdeka, pihak yang berkemah itu tetap menyalahkan pihak polis.

Satu fakta nyata: Dataran Merdeka bukan untuk berkemah.. Tiada undang2 atau peraturan, bahawa tempat itu adalah tempat berkemah. Ertinya, pihak polis, tidak perlu dipersalahkan, jika ada kejadian berlaku.

Sejak Sabtu, kumpulan yang memanggil mereka "mahasiswa" berkemah di Dataran Merdeka. Dalam perancangan awal mereka, perkemahan itu akan diganggu pihak polis atau DBKL. Pada mula pihak DBKL menasihatkan mereka agar menacari tempat lain untuk berkemah, namun kumpulan itu enggan. Pihak polis pula, langsung tidak ikut campur, kerana peserta yang berkhemah bukan mengacam keselamatan, kerana itu dibiarkan.

Selama lima hari, tiada gangguan daripada pihak polis. Perancang kepada perkemahan ini, terpaksa membuat PLOT baru. Tujuannya semata-mata untuk menadapat sokongan atau simpati daripada pihak tertentu atau untuk mencipta isu baru yang boleh menjadikan pihak kerajaan atau polis dipersalahkan.

Siperancang PLOT.. mendapat jawapan... SAMSENG untuk menyerang. Atas sebab itu di pagi hari semalam, SAMSENG ciptaan mereka bertindak. Dalam lakonan ini, mesti ada sanggup menjadi mangsa, agar sandiwara itu nampak REAL.

Kini, mereka mula menyalahkan POLIS, kononnya lambat bertindak...inilah tujuan pembangkang, perbuatan yang mereka cipta, menuduh orang lain yang salah.

Yakinlah wahai pembangkang.. rakyat tidak akan dapat menerima sandiwara kalian...

Awas Pembangkang cari helah cetus HURU HARA

MEREKA sudah lakukan melalui PLOT SAMSENG "meyerang" pembantah PTPTN di dataran Merdeka.

Diluar dugaan mereka, polis tidak bertindak menyuraikan perkemahan "mahasiswa" yang bermula Sabtu lalu, dan pada rancangannya sehingga 28 April, menjelang aksi DUDUK kumpulan Bersih, Pembantah LYNAS, Pembatah PTPTN serta Program Mansuh ISA.

Dalam plot perancangan mereka, apabila Polis bertindak, maka mereka akan melakukan aksi balas dengan merosakkan harta benda awam.

Sayang PLOT mereka melalui "Samseng" termakan oleh pemimpin BN termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

AYT tabik pada polis, kerana membiarkan perkemahan di Dataran Merdeka. Kini, melalui PLOT mereka dengan mengunapakai "samseng" menyalahkan pihak polis pula, kenapa tidak bertindak.

Adalah diharapkan, kepada pihak polis, jangan terpengaruh dan buang masa kepada dakyah ini, kerana selagi terperangkap, maka pihak polislah yang akan dipersalahkan dan seterusnya pihak kerajaan.

Jangan lupa, pembangkang mempunyai perancangan yang rapi untuk mencetuskan huru hara, agar supaya semangat 'ARAB SPRING' merebak di negara ini.

Pada 28 April, kepada pihak Polis, jangan ganggu mereka itu, biarkan rakyat menilai perjuangan mereka; kecualilah, mereka ini merosakkan harta benda awam dan menganggu ketenteraman rakyat.

Bantah PTPTN: Serangan "Samseng" - rancangan sendiri

JANGAN terpancing hela "mahasiswa" yang berkemah di Dataran Merdeka, kononnya mereka diserang Samseng. Sejak berkemah pada Sabtu, hingga ke hari ini, provokasi mereka terhadap pasukan keselamtan, tidak berbalas.

Untuk itu, demi menarik simpati, mereka merancang sesuatu untuk mendapat simpati. Wujudlah idea "samseng" untuk mennyerang mereka.

AYT sangat yakin, "samseng" yang digambarkan adalah satu plot mereka, demi propaganda, menarik simpati.

Samseng itu adalah sebahagian daripada "mahasiswa" yang berkemah itu, atas sebab itu "samseng" berkenaan seolah-olah satu kelompok berasingan, lengkap dengan seragam-all in black.

Dalam plot awal "mahasiswa" yang berkemah, mereka menjangkakan akan mendapat tindak balas daripada pasukan keselamatan (polis), namun keinginan mereka itu tidak menjadi.. sebaliknya, pasukan polis membiarkan perbuatan mereka.

Untuk menimbulkan HO HA... mereka terpaksa merancang sesuatu... PLOT SAMSENGLAH JAWAPANNYA.

Blog Archive