Showing posts with label Pembelian Kapal Selam. Show all posts
Showing posts with label Pembelian Kapal Selam. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Nak tahu juga apa kata mamat ni

Belum sempat mendengar apa kata Mat Salleh ni mengenai pembelian kapal selam Malaysia, imigresen dah tangap dan akan dideportasi ke negara asalnya Perancis.

Semalam, orang putih ni sempat berada di Pulau Pinang.

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Tujuan Suaram menjemput peguam Perancis tersebut untuk menarik kehadiran orang awam dalam kempen mencari Dana bagi persatuan itu.Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Sebagai gimik kempen mencari dana tersebut, Bourdon kononnya dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Friday, May 27, 2011

Siapa orang ketiga? bersama Razak Baginda dan Altantuya semasa pembelian kapal selam Malaysia

Menurut Pengarah NGO hak asasi Suaram-Cynthia Gabriel (gambar) ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Thursday, August 19, 2010

Kapal selam tidak boleh selam: Apa nak heboh? buktikan pada yang tak percaya

Kalau pihak pembangkang nak tahu sangat bahawa kapal selam Malaysia tidak boleh menyelam, buktikan lah sendiri.

Apa nak heboh.

Kepada menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, buktikan dakwaan tersebut palsu dan bohong.

Rakyat bukan lah bangang sangat percaya bahawa dakwaan pembangkang kononnya kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Siapa yang percaya dakwaan itu? Mana ada kapal selam tidak boleh menyelam.

Kenyataan Nurul Izzah wakil rakyat lembah Pantai di Jakarta pada 4 Ogos lalu adalah kenyataan dari sesorang yang hanya tahu menabur fitnah dan bohong. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Rakyat dak tahu bahawa KD Tunku Abdul Rahman adalah sebuah kapal selam yang canggih, kerana itu baru-baru ini berjaya melancarkan perlu berpandu excocet dari dasar laut ke permukaan dan keputusannya, sasaran adalah tepat.

Namun, AYT menganggap bahawa kenyataan Nurul Izzah kepada warga luar mengenai asset pertahanan negara adalah sifat seseorang yang tidak setia kepada negara.

Pihak keselamatan negara perlu bertindak kepada wakil rakyat lembah pantai itu, kerana mencuba mendedahkan pertahanan negara kepada pihak luar.

Tuesday, June 22, 2010

Kapal Selam Scorpene Bernilai RM6.7 Bilion

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Saturday, May 01, 2010

Pembelian Kapal Selam Scorpene: Bagaimana Perimekar Dapat Euro 114 juta??

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem, salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan bagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Blog Archive