Showing posts with label Pehin Seri Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Pehin Seri Taib Mahmud. Show all posts

Saturday, February 08, 2014

Media Berkumpul di Pejabat PBB- Menunggu Pengumuman Penting

Kuching: Wakil media berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) susulan spekulasi bahawa Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan persaraannya di mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

Wartawan mula tiba di ibu pejabat parti seawal pukul 9 pagi dan mesyuarat hanya bermula pada pukul 10 pagi.

Taib tiba sekitar pukul 10.06 pagi dan disambut oleh lebih 200 penyokongnya yang turut membawa sepanduk yang menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri itu.

Mengenakan baju batik rasmi parti tersebut, Taib turut diiringi oleh dua timbalan presiden parti, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta beberapa pemimpin kanan parti tersebut.

Beliau dibawa terus ke bilik mesyuarat di tingkat atas bangunan tersebut dan tidak berhenti bertemu wartawan.

Spekulasi persaraannya mula diperkatakan umum pada Selasa selepas laporan akhbar Berita Hari melaporkan yang beliau akan mengumumkan persaraannya pada minggu ini.

Wednesday, February 05, 2014

Berita Pehin Seri Taib Akan Melepaskan Jawatan Semakin Kencang

Datuk Dr Salleh bersama Pehin Seri awal minggu ini
Semasa PRN Sarawak tahun 2011, Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmud telah membuat kenyataan, bahawa pada PRN itu adalah PRN terakhir bagi beliau. Beliau juga menambah, bahawa beliau akan melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh dua tahun.

Menjelang hampirnya tempoh dua tahun, kini khabar atau berita bahawa Ketua Menteri terlama di negara ini akan melepaskan jawatan setidak-tidak hujung bulan ini, dan kemungkinan beliau akan dilantik ssebagai TYT Sarawak yang baru.

Tempoh masa TYT Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin, 93 akan tampat pada 28 Februari ini, selepas disambung bermula 5 Disember lalu.

Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun bermula tahun 1981. Beliau telibat dalam politik selama 50 tahun.

Siapa kah bakal menggantikan beliau? nama-nama seperti Tan sri Adenan Satem, Abang Johari Tun Openg,  Awang Tengah Ali Hassan. 

Taib adalah Presiden Parti PBB Komponen Bn Sarawak. Pada PRU-13 lalu, PBB menang 100 peratus kerusi yang ditandingi, sementara pada PRN Sarawak pada 2011, semua kerusi yang ditandingi parti itu menang.

Bakal pengganti Taib, hendaklan seoarang pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat berbilang kaum dan agama Sarawak, dan yang paling penting, pemimpin itu mampu memikul tanggungjawab, bahawa Sarawak akan senantiasa menjadi simpanan Tetap Bn, selain Sabah.

Blog Archive