Showing posts with label PRK Rompin. Show all posts
Showing posts with label PRK Rompin. Show all posts

Wednesday, May 06, 2015

PRK Rompin: BN Kena Ambil Iktibar

1. Walaupun Barisan Nasional mempertahankan Parlimen Rompin pada PRK yang melabuhkan tirainya semalam, akan tetapi dengan majoriti menurun 41 peratus daripada 15,114 pada PRU-13 ke 8,895.

2. Sebelum pembuangan undi, UBN yakin akan menambah majoriti berbanding yang diperolehi tahun 2013.

3. Apa yang menarik pada PRK kali ini, undi Pas hampir tidak berubah berbanding PRU-13 lalu. Pada PRU itu calon Pas mendapat undi 14,926, hanya berkurang 25 undi- 14,901 pada PRK kali ini.

4. Pada PRU-13, UBN mendapat undi 30,040, manakala pada PRK kali ini hanya 23,796. Kira-kira 6,200 pengundi tidak menunaikan tanggungjawab berbanding PRU-13 lalu. Jumlah pengundi berdaftar bagi Parlimen Rompin seramai 53,596. 

5. Tidak dapat dipastikan, apa yang menyebabkan lebih 6 ribu pengundi tidak menunaikan tanggungjawab mereka. Terlalu awal merungkainya, walaupun isu semasa yang hangat melanda rakyat seperti isu GST, 1MDB dan hudud Kelantan.

6. Ada sesetengah pihak beranggapan, bahawa lebih 6 ribu yang tidak turun mengundi, atas faktor, keputusan PRK itu tidak mengubah status quo. 

7. Terlalu awal, untuk menilai apakah kemungkinan berlaku Tsunami melayu terhadap UBN hanya berasaskan menurunnya majoriti yang diperolehi UBN melalui PRK ini, walaupun Parlimen Rompin merupakan wilayah tradisi UBN khususnya Umno. Belum pernah kawasan itu dimenangi pembangkang, sejak sistem pilihanraya diwujudkan di negara ini.

8. Penurunan majoriti UBN, menurut Naib Presiden Umno Dato Hishamuddin Hussien, bukanlah disebabkan oleh krtitikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Dato Seri Najib, walaupun Menteri Pertahanan itu tidak mengurai lebih lanjut berkaitan alasan yang diberikan itu.

Tuesday, May 05, 2015

PRK Rompin: BN Menang

1. Setakat ini BN mendapat undi 20,279, manakala Pas 10,239. Peratusan keluar mengundi 64 peratus (34110).

Blog Archive