Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: Keputusan tidak Rasmi- BN menang dengan majoriti besar

Keputusan Tidak Rasmi Calon BN menang
KEPUTUSAN tidak rasmi PRK Kuala Besut Terengganu, BN mengekalkan kawasan itu dengan jumlah majoriti yang lebih besar.

Sebentar tadi Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan melalui twitternya, menulis, bahawa BN menang di semua saluran.

Keputusan akan diketahui sekitar jam 10 malam.

PRK Kuala Besut- Bakal milik siapa?

Calon BN mempamerkan kertas UNDI yang belum dipangkah 
PEMENANG kerusi N1 Kuala Besut Terengganu dalam Pilihanraya kecil pertama selepas PRU-13 bakal ditentukan oleh 17,713 pemilih kawasan yang berjiran dengan Kelantan itu.

Seandainya kawasan itu dimenangi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, maka status quo Dewan Undangan negeri Terenggangu akan kekal; manakala jika berlaku sebaliknya, maka untuk pertama kalinya berlaku di negara ini, yang mana antara parti pemerintah dan pembangkang mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.

Kerusi DUN Kuala Besut memang wilayah Barisan Nasional sejak tahun 2004, walaupun  pada tahun 1999, DUN itu pernah dimenangi calon Pembangkang daripada PKR.

Pada PRU-13 lalu, kawasan itu dimenangi calon BN Dr A. Rahman Moktar dengan kelebihan undi 2,434.

Dr A. Rahman telah meninggal pada 26 Jun lalu kerana radang paru-paru, menyebabkan kawasan itu kosong.

Walaupun berasaskan rekod pilihan raya sejak tahun 2004, bahawa kawasan itu adalah kawasan penyokong tegar BN, namun parti pembangkang melalui PAS mencuba melakukan kejutan melalui PRK kali ini dengan membawa misi 16:16.

Para pemimpin PAS mempunyai MISI tertentu sekiranya berlaku seri antara jumlah kerusi BN dan PR; dan mereka yakin akan menubuhkan kerajaan baru di Terengganu dan telahpun mencadangkan bahawa Presiden PAS Datuk Hadi Awang bakal menjadi Menteri Besar yang baru.

Namun, diatas kertas, keadaan pertukaran kerajaan tidak akan berlaku, sekiranya semua ADUN BN bersatu, kerana Speaker adalah pementu undi, jika berlaku undi belah bahagi di sidang DUN. 

Pertukaran kerajaan akan berlaku, jika ada ADUN BN menjadi pembelot; jika itu berlaku, maka ada kemungkinan akan berlaku undi semula, kerana BN mempunyai alasan kuat untuk membubarkan DUN untuk mrmberi ruang kepada rakyat mengundi semula.

Di atas kertas, sebenarnya calon BN tidak mempunyai halangan untuk mempertahankan kawasan itu, kerana selain ianya wilayah BN, juga kerana faktor jentera BN yang berkampung di kawasan itu, serta habuan kepada rakyat Kuala Besut melalui berbagai pengumuman pembangunan yang mencecah lebih RM400 juta.

Siapa bakal pemenang? Keputusan akan diketahui selepas jam 10 malam ini.

Friday, July 19, 2013

PRK Kuala Besut: Nik Aziz buat fatwa lagi-Calon BN perlu undi PAS untuk masuk Syurga

TUNE lama Nik Aziz Nik Mat muncul lagi. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan mantan MB Kelantan ini, maka sudah mengerti, bahawa setiap ada PRK mesti ada "fatwa" daripadanya yang mengelirukan umat islam.

Pada PRK Kuala Besut, semasa berceramah semalam di Kg Beris Pak Abu dalam jajahan Kuala Besut, mengesa pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya menolak calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno kerana parti itu didakwa tidak memperjuangkan ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS itu mendakwa, perjuangan Umno di atas semangat kebangsaan untuk membela bangsa Melayu tidak akan membawa ke syurga.

"Umno tolak Islam...ambil (semangat) kebangsaan. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris...tapi nak bela orang Melayu.

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat nanti bila ditanya...kamu bangsa apa? Melayu...haa boleh masuk syurga. Senang la macam tu.

"Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat, sebab itu Nabi Muhammad SAW bukan pembela bangsa Arab tapi pembela Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Beris Pak Abu di sini, Khamis malam.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu juga dilihat mengingkari janji PAS untuk berkempen secara sihat dan berhemah khususnya ketika Ramadan apabila menuduh parti lawan dengan pelbagai dakwaan.

Katanya Umno merosakkan pemikiran rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid hingga menyebabkan umat Islam menjadi kedekut.

"Umno suruh buat masjid, tapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja.

"Kenapa saya kata tidak akan buat masjid? kerana Umno khianat kepada otak orang Kelantan. Mereka buat banyak masjid, surau. Akhirnya orang Kelantan menjadi kedekut.

"Cari duit hanya buat rumah, beli tanah, beli kereta...masjid tak buat. Ini satu kecelakaan yang menimpa," katanya.

Menerusi ceramahnya Nik Aziz turut menggesa pengundi termasuk calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman supaya mengundi PAS.

"Tolonglah...bukan sahaja orang PAS, tapi saya nak minta calon Umno sendiri undi PAS.

"Apa yang tak kena dengan PAS? PAS sebut tentang Islam...yang tolak Islam bukan Cina, tapi Umno yang menolak Islam," katanya.

Tuesday, July 16, 2013

PRK Kuala Besut: PAS menyerang membabi buta

Memasuki hari kelima kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS dilihat mula mengambil pendekatan 'menyerang' BN dengan membangkitkan pelbagai isu tidak kira isu tempatan atau nasional. 

Ketika pendekatan sentuhan langsung dilihat sama seimbang, PAS kini aktif membangkitkan isu-isu seperti masalah tanah dan rumah setempat, sosio-ekonomi masyarakat, kelemahan infrastruktur serta isu nasional seperti pelantikan pengerusi Tabung Haji baru.

Mereka juga menjadikan tema "16:16 Terengganu Baru" dalam kempen mereka mendapat penguasaan seimbang antara Pakatan Rakyat-BN dalam DUN Terengganu, yang bergantung kepada keputusan di Kuala Besut.

Pada tiga hari pertama kempen, PAS lebih tertumpu kepada usaha memperkenalkan calon mereka dan menyentuh masalah tanah, tetapi semalam parti Islam itu mula mendedahkan berdikit-dikit dakwaan pemilikan tanah empat pemimpin Umno Besut di DUN itu.

Nampaknya PAS lupa bahawa bulan ini adalah bulan suci umat islam; sehingga mereka sanggup menabur berbagai fitnah dan putar belit, semata-mata untuk mengelirukan penggundi Kuala Besut; agar berpihak pada calon mereka.

Matalamat PAS adalah untuk menang, agar supaya berlaku "dun" tergantung, kerana berlakunya seri antara ADUN BN dan PR. 

Menurut Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub, mereka mempunyai perancangan tertentu, jika berlaku seri, dan beliau juga menggambarkan bahawa PAS akan mengambil alih kerajaan Terengganu.

Sunday, July 14, 2013

PRK Kuala Besut: PAS ambil peluang hubungan Idris Jusoh-Ahmad Said?

SEJARAH lama hubungan antara Datuk Idris Jusoh mantan MB Terenggangu, kini Menteri Pendidikan II dengan MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang bermula berkaitan isu perlantikan MB selepas PRU 2008, digunakan PAS untuk meraih undi.

Slogan PAS "Undi untuk Pas" adalah untuk kemenangan IdrisJusoh bagi mengimbangi kem Ahmad Said di Terenggangu.

Bolehkah slogan itu mempengaruhi pengundi Kuala Besut? di mana pada PRU 5 Mei lalu, kawasan itu dimenangi dengan selesa oleh calon BN.

Mempergunakan isu dalaman Umno dalam PRK itu, kelihatan bahawa PAS tidak mempunyai keyakinan untuk menang; selain tidak mempunyai hala tuju dalam PRK itu.

Kelihatannya PAS hanya mempergunakan isu semasa, iaitu isu 16:16 dan isu hubungan antara Idris-Ahmad; selain mengecam calon BN, kononnya bukan penduduk tempatan.

PRK Kuala Besut bagi BN, bukannya untuk calon yang dikemukan, akan tetapi calon itu hanya sebagai perantara bagi BN bagi meneruskan pembelaan dan pembangunan rakyat kawasan itu.

Sebenarnya seorang wakil rakyat tidak akan dapat membantu banyak, jika tidak mendapat dokongan daripada kerajaan yang memerintah. 

Rakyat perlu tahu, bahawa di Peringkat Pusat adalah kerajaan BN, dan di Terengganu kini, yang memerintah adalah BN, walaupun dengan majoriti mudah.

Rakyat Kuala Besut kena tahu, bahawa walaupun berlaku seri 16:16, kerajaan Terenggangu tetap diperintah oleh BN, kerana ada kelebihan satu undi, yang datangnya daripada speaker DUN Terengganu.

Tujuan PAS mahu menang bagi PRK itu, hanya mahu menganggu perjalanan sidang DUN Terenggangu, manakala dari segi pemerintahan, BN akan terus memerintah selama sepenggal, meskipun berlaku seri 16:16; kecualilah adalah pihak DUN BN yang berpaling tadah.

Isu Hubungan Idris-Ahmad Said

Membangkitkan isu itu hanya membuatkan dua pemimpin itu berkerja keras dan menolak anggapan atau persepsi yang disebarkan oleh musuh BN. Atas sebab itu, Idris berani mengatakan bahawa pada PRK itu, calon BN bukan sahaja akan menang, akan tetapi akan meningkatkan jumlah majoriti.

Sebenarnya tiada sebab bagi pengundi Kuala Besut tidak mempertahankan BN, kerana sebenarnya kawasan itu mendapat pembelaan daripada kerajaan BN, apatah lagi, wakil Rakyat Parlimennya telah dilantik sebagai Menteri Persekutuan.

Pengundi Kuala Besut telah mengetahui, bahawa mereka dihargai oleh kerajaan BN, atas sebab itu tiada sebab bagi mereka tidak memilih calon BN.

Friday, July 12, 2013

PRK Kuala Besut: BN lawan PAS

Hari ini bermula kehangatan di Kuala Besut dengan penamaan calon bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lalu.

Cuaca mendung, hujan renyai-renyai serta tiupan angin Laut Cina Selatan bakal menambah lagi semangat calon dan penyokong yang tetap berkumpul sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kawasan itu terkenal sebagai kawasan kubu kuat BN.

Kemenangan kali ini penting bagi kedua-dua pihak memandangkan perbezaan kerusi cuma dua di peringkat negeri. 

Ini bermakna, jika PAS menang, keputusan akan menjadi 16-16, sekali gus menyebabkan situasi DUN 'tergantung'.

Saturday, July 06, 2013

PRK Kuala Besut: Parti mana bakal menang?

MESKIPUN Dun Kuala Besut Terengganu adalah wilayah BN sejak tahun 2004, namun berasaskan keadaan politik kini, tidak semestinya kawasan tersebut selamat bagi BN.

Faktor politik semasa boleh mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut membuat pilihan di luar jangka, kerana taruhan mereka, apabila berlaku kedudukan seri di Dun Terengganu, ada kemungkinan berlaku pilihanraya negeri melalui pembubaran Dun.

Kedudukan kerusi yang seri, masih membolehkan BN meneruskan kerajaan dengan bantuan Speaker, namun kerajaan dilihat terlalu lemah untuk memerintah. Dalam kedudukan itu, bila-bila sahaja kerajaan akan jatuh, sekiranya berlaku pertukaran parti. Dalam politik, tiada jaminan, semuanya boleh berlaku.

Jika berlaku kedudukan seri, sebaiknya diadakan pilihanraya semula, bagi mendapat kerajaan yang kuat. Rakyat seluruh Terengganu dapat membuat pilihan dengan tidak terpengaruh dengan PRU-13, kerana keadaan sudah tidak sama.

Memenangkan calon BN pada DUN Kuala Besut, tidak mengubah kekuatan kerajaan yang memerintah, kerana kerajaan yang ditubuhkan hanya berasaskan kerajaan dengan majoriti mudah. Kerajaan yang kuat apabila parti yang memerintah sekurangnya mempunyai 20 kerusi atau 21. Kedudukan 17-15 seperti mana yang ada sekarang, bukan sahaja kerajaan Terengganu tidak mampu meluluskan sebarang undang-undang, malah sukar membuat apa-apa keputusan dalam soal-soal polisi baru.

Demikian juga memenangkan PR pada PRK Kuala Besut, tidak membawa makna kepada rakyat Terengganu, kerana keadaan akan semakin runcing dan kecoh.

Namun, ada juga kebaikannya, jika PRK itu dimenangi PR, maka ada kemungkinan pilihanraya negeri akan berlangsung. Sama-samalah tunggu keputusan rakyat Terengganu, khususnya kawasan Dun Kuala besut.

Tuesday, July 02, 2013

Antara PAU dan PRK Kuala Besut

KALAU calon BN menang, sudah tentu sedikit impaknya terhadap Perhimpunan Agung Umno (PAU) menjelang sepetember. Namun kalah, sudah tentu banyak cerita yang bakal timbul.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut walaupun milik Bn sejak PRU-2004, namun kawasan itu pernah dimenangi calon Pembangkang, iaitu PKR pada tahun 1999. Pada tahun 1999, Terengganu di menenagi Pembangkang, sebelum berjaya dirampas BN pada PRU 2004.

Pada PRU-13 lalu, Terengganu masih di menangi BN dengan 17 Kerusi DUN berbanding PR 15.

PRK Kuala Besut, dikatakan sebagai PRK yang sangat kritikal baik pada BN mahupun PR, atas sebab jika BN kalah pada PRK itu, maka akan berlaku kedudukan seri antara kerusi BN dan PR, 16-16.

Ada yang mengatakan bahawa BN akan terus memerintah kerana ada kelebihan di Dewan Undangan, kerana Speaker mempunyai satu undi, yang pastinya akan memihak BN, kerana Speaker adalah ahli BN.

Kerusi DUN Kuala Besut, pasti mahu dipertahankan oleh BN, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno mengetuai pilihanraya kecil itu. 

Pada PRU-13 lalu, kawasan itu dimenangi Dr A Rahman daripada BN, namun telah meninggal pada 26 Jun lalu kerana kanser.

Sunday, June 30, 2013

PRK Kuala Besut Terengganu: Kritikal untuk BN dan PR

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) yang bakal diadakan di N1 Kuala Besut dalam Parlimen P33 Besut Terengganu, kerana kematian penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Kawasan itu kritikal terehadap BN, kerana jika kalah, maka akan mengubah lanskap politik Terenggangu selepas PRU-13.

Kedudukan DUN bagi Terengganu selepas PRU-13 adalah BN=17 dan PR=15 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kekalahan kepada BN, menjadikan kedudukan seri 16-16, namun BN bakal meneruskan kerajaan, bila Speaker DUN akan mengundi menyokong BN; tetapi jika sebaliknya, maka akan ada perubahan kerajaan.

Apa yang menarik pada PRK kali ini, apabila PAS dan PKR berebut untuk bertanding DUN itu, kerana menurut rekod, kawasan itu pernah dimenangi PKR pada tahun 1999.

Pada PRU-13 lalu kawasan itu ditandingi calon PAS, namun calonnya kalah kepada penyandang Dr A. Rahman dengan majoriti 2,434. Calon PAS Napisah Ismail hanya mendapat 6,375 undi.

Thursday, June 27, 2013

PRK Kuala Besut: Ujian Besar Pada BN

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) yang bakal diadakan di N1 Kuala Besut dalam Parlimen P33 Besut Terengganu, kerana kematian penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Dr A. Rahman berjaya mempertahankan kawasan Dun itu dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon PAS Napisah Ismail. Rahman mendapat undi 8,809, sementara Napisah 6,375.

PRK Kuala Besut mengulangi PRK selepas PRU-12 lalu, di mana untuk pertama kalinya, selepas PRU itu BN kehilangan satu kerusi yang dimenanginya; apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu berjaya dirampas oleh PAS.

Apa kah keputusan pada PRK di Kuala Terengganu itu berulang, di mana BN kehilangan kerusi DUN Kuala Besut pula?

PRK kali ini, sungguh mencabar, kerana jika kerusi itu berjaya dirampas Pembangkang, maka kemungkinan berlaku krisis perlembagaan, kerana kedudukan ADUN akan seimbang antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kedudukkan sekarang ada 17 kerusi DUN bagi BN, dan 15 kerusi DUN bagi PR. DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN.

Jika kerusi DUN Kuala Besut berjaya dirampas PR, maka perkiraannya kedudukan pengundian belah bahagi, akan menyebelahi PR, dengan jumlah kerusi ADUN 16, makakala BN 15, kerana Speaker tiada hak mengundi dibawah undang-undang tubuh kerajaan Terenggangu.

Sesungguhnya PRK Kuala Besut merupakan ujian besar kepada BN, apa kah masih memerintah Terengganu atau sebaliknya.

Dalam keadaan begini, ada baiknya, DUN Terengganu dibubarkan sahaja untuk memberi peluang pilihanraya bagi negeri itu sahaja, kerana tiada jaminan bahawa kawasan yang dipertandingkan melalui PRK itu boleh dimenangi calon BN.. Ambil iktibar kepada PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009; di mana calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan kekalahan 2,631 undi. Pada PRU-12 kawasan Parlimen itu dimenangi calon BN Datuk Razali Ismail. Kawasan tersebut diistiharkan kosong, apabila penyandangnya Datuk Razali meninggal dunia ketika bermain badminton.

Blog Archive