Showing posts with label PRK DUN Kerdau. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Kerdau. Show all posts

Saturday, March 05, 2011

PRK Kerdau: Kehadiran Anwar membuatkan pengundi naik berang

Betapa meluatnya dan marahnya pengundi Kerdau terhadap Anwar. Dikhabarkan Anwar adalah individu yang tidak disenangi di Kerdau, atas sebab itu, apabila Anwar datang untuk berkempen membantu calon PAS Hassanudin Salim bagi PRK DUN Kerdau yang akan melabuhkan tirainya pada 6 Mac ini, dikhabarkan bukan sahaja Anwar dicemuh, malah keretanya dibaling dengan batu.

Selain itu, para pengiring Anwar juga terkena tempias amarah penduduk, sehingga dikhabarkan juga kenderaan mereka dirusakkan.

Apabila rakyat meluat, beginilah akibatnya. Anwar adalah kaki putar alam, atas sebab itu kemungkinan pengundi Kerdau tidak sudi mendengar putar alam Anwar di Kerdau.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat (Bernama), insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."

Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.

Bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.

Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.

Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR itu.

Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.

"Kita kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin. (Bernama)

Saturday, February 26, 2011

Kenapa PAS marah sangat gambar kartun ni?

PAS dikhabarkan akan membuat laporan Polis berkenaan gambar kartun ini yang tersebar meluas di kalangan masyarakat Dun N28 Kerdau.

Risalah yang menggambarkan DAP melompat kegembiraan sekiranya program 100 hari Pakatan Rakyat dilaksanakan itu, telah disifatkan sebagai satu cubaan hasutan melampau oleh pihak PAS.

Pengarah Pilihanraya PAS bagi Dun Kerdau ini, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pihak UMNO sebenarnya takut dengan Program 100 Pakatan Rakyat. Sebab itulah cubaan jahat seperti penyebaran risalah sebegini terpaksa dilakukan, kata Tuan Ibrahim.

Kalau kita tengok betul-betul, siapa yang takut sebenarnya dengan penyebaran risalah ni? PAS lah yang dilanda ketakutan kerana khuatir masyarakat Kerdau tahu siapa sebenarnya yang untung disebalik perlaksanaan janji buku Jingga.

Sebab itulah PAS cepat-cepat nak membuat laporan Polis supaya penyebaran risalah panas ni dapat ditarik balik. PAS tahu mereka pasti akan menerima malu jika masyarakat Kerdau mengetahui siapa sebenarnya yang berkuasa didalam Pakatan Rakyat.

Selama ini PAS sibuk mengatakan bahawa mereka yang paling dominan didalam gabungan PR. Tapi hakikatnya, PAS hanyalah dijadikan alat oleh DAP dan Anwar Ibrahim untuk memecah belahkan bangsa melayu di dalam negara.

Apa taknya, PAS melalui fatwa-fatwa menyeleweng para ulamaknya telah secara berleluasa menghukum rakyat yang memberikan sokongan kepada pihak Barisan Nasional (kerajaan Pusat).

Lihat saja sebelum ni di PRK Tenang. PAS dengan secara membuta tuli menjahiliyahkan pengundi yang memberi undi kepada calon Barisan Nasional. Inilah yang dimahukan oleh pemimpin DAP dan PKR supaya kekuatan politik bangsa melayu didalam negara tergugat.

Disebalik semua ni, PAS sebenarnya semakin dipinggirkan oleh bangsa melayu sendiri di seluruh negara. PAS yang menjadi barua kepada DAP dan tunggangan kepada Anwar bukan lagi menjadi satu rahsia.

Ini semua bakal menghancurkan PAS dari dalam jika mereka masih berdegil untuk meneruskan sumbang mahram dengan DAP serta PKR.

AYT yakin, PRK Kerdau akan menjadi permulaan kehancuran PAS dimata bangsa melayu keseluruhannya.

Thursday, February 24, 2011

Jika benarlah Ijazah Al-Azhar boleh dibeli: Sungguh ramai pemimpin Pas berijazah Al-Azhar

Tiada isu! Demikian kata MB Pahang Datuk Adnan Yaakob. Pembangunan Kerdau telah bermula sejak lama. Kerdau dahulu lebih dikenali sebagai DUN Sanggang-dalam kawasan Parlimen Mentakab-kini termasuk kawasan parlimen kuala Krau.

Disebabkan tiada isu, maka Pembangkang terutama Pas mengarahkan kempen mereka kepada profile calon BN Syed Ibra.

Kononnya calon BN itu membeli sijil kelulusan daripada Universiti Al Azhar. Jika benarlah tuduhan pihak Pas itu, bahawa sijil Al-Azhar boleh dibeli, entah berapa ribu penyokong Pas pernah belajar di universiti itu dan kononya berkelulusan.

Rupanya ijazah-ijazah mereka adalah palsu dan hasil belian??.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.- Bernama

Sunday, February 13, 2011

Satu lagi ADUN BN Meninggal-Kali ini ADUN Kerdau-Pahang

SATU lagi ADUN BN meninggal-kali ini ADUN Kerdau. AL-FATIHAH untuk keluarga Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia petang semalam.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang akibat serangan jantung.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor pada Ahad.

Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.

Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di parlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

Blog Archive